Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 6-Jul-2007 02:56 Email | Share | Bookmark
Black Pepper Chicken

Black Pepper Chicken
Resepi ni dah 3 - 4 kali buat.. memang sedap sangat.. memang kalau lauk ada lada hitam MaDiHa suka sangat.. tambah pula dicampur sayur-sayuran.. kalau malas nak masak lauk lain pun takper dahh.. hehehee.. orang malas mcm ni lerrr.. Tapi.. disebabkan ada anak kecik.. terpaksa lah masak gak lauk lain yang tak pedas.. sebab baby takleh makan pedas2.. terngango melalak2 ler jawapnya kalau suap makanan pedass... Resepinya MaDiHa cilok dari FP Kak Liza.. Tq Kak Liza untuk resepi ni yer... hinggakan mak MaDiHa kat kampong pun dok tanya resepi ni bila MaDiHa masak sekali tu kat kampong... berkenan sangatlah tuu...


BLACK PEPPER CHICKEN
Sumber : Hanieliza

Bahan-bahan
500 gm ayam - potong kecil
1 batang carrot [potong kecil]
1biji cili capsicum hijau saiz kecil -potong kiub (MaDiHa tambah)
1 s/b kicap pekat
2 s/b sos tiram
1 s/b tepung jagung ] bancuh
1/2 cawan air ]
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
garam secukup rasa...

bahan tumis [mayangkan/hiriskan]
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

bahan hiasan (MaDiHa tak bubuh pon)
2 tangkai daun sup ]
2 tangkai daun bawang ]potong 1 inci]
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah [hiris]

Cara membuat
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan carrot dan gorengkan sehingga masak/lembut.
4. Masukkan cili capsicum, bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.
6. Angkat dan hidangkan dengan nasi atau roti.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net