Want your
own Fotopage?






















































 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 6-Jul-2007 03:16 Email | Share | Bookmark
Puding Roti Berkismis & Cekodok Pisang

Cekodok Pisang
Puding roti b4 bakar
after bakar
Puding Roti Berkismis
Nak menghabiskan pisang yang dah masak hari tu masih berbaki.. buat ler cekodok pisang ni.. untuk sarapan dan bekal anak2. (sorang bwk gi sekolah, sorang bawak gi umah pengasuh) mula2 konon2 teringin nak buat kek pisang.. (pernah buat sekali tapi agak oily...) tercari2 resepi kek pisang yang print out aritu (resepi lain lak).... tak jumpa plak.. emm.. makanya jadilah cekodok pisang.. mudah dibuat & sodap dimakan.. Anak2 suka cekodok pisang ni.. Resepinya semua orang pun tau buat... tapi takperlah.. untuk rujukan anak dara MaDiHa di masa depan.. jadi dituliskan jugalaa... MaDiHa kalau buat cekodok suka pisang lebih.. so cekodoknya lembut tak payah bubuh soda bikarbonate... Tapi kadang kala ada gak buat cekodok pisang yang bubuh soda tuu... kalau stok pisang tak banyak. kalau buat yang tu kena tambah tepong gandum lebih skit.. tapi pada selera MaDiHa.. lebih gemar yang ada pisang lebih... terasa pisangnya


CEKODOK PISANG

Bahan2
8 biji pisang masak - dilenyek
2 cawan tepung gandum
1/3 cawan gula pasir (ikut kemanisan yg disukai)
1/2 cawan kelapa parut yang agak muda (kalau takde pun takper.. sajer nak bagi lemak..)
minyak masak secukupnya

Cara2
Gaulkan pisang yang dilenyek, gandum, kelapa parut & gula kacau rata2. Adunannya sedikit lembik.. jika terlalu lembik (mungkin saiz pisang terlalu besar) boleh tambah sikit tepung lagi.
Panaskan minyak.. bila cukup panas.. kecilkan api.. dan sudukan adunan ke dalam kuali sesudu demi sesudu. Bila dah siap sudukan hingga memenuhi minyak.. boleh besarkan sikit api menggunakan api sederhana besar. Balikkan cekodok bila sebelahnya dah garing.. bila dah masak.. angkat dan toskan atas tisu dapur..
Nota : Tujuan kecilkan api b4 menyudu adunan ialah supaya cekodok yang dimasukkan mula2 tu tak hangus berbanding yang masuk akhir.. jadi masaknya sama rata..

Buat puding roti ni pulak keesokkannya sebagai sarapan pagi & bekal anak2 jugak.. tapi hubby dah komplenn.. "ibu ni asyik buat kuih manis jer utk sarapann.. wat la yg pedas2 plakkk... " hehehee.. faham2 jelaa... hubby MaDiHa memang kurang gemar makanan manis2.. makan tu makan, tapi tak mkn banyak lerrr.. Abis nak wat camnoo.. selera tak sama.. oh ya.. actually.. puding roti ni first time makan kat umah Sujah.. pernah buat versi yang belajar dgn Sujah.. tapi resepinya main agak2 takde sukatan. Kali ni MaDiHa buat versi yang diambil dari FP jugak tapi maaflah yer.. lupalah ambil dari siapa.. tq pada tuan punya resepi. MaDiHa copy & paste je resepinya)



PUDING ROTI BERKISMIS

Bahan-bahannya
10 keping roti, dipotong kiub (MaDiHa bubuh 12 keping)
¼ cawan majerin, dicairkan
½ cawan kismis
1 sudu teh serbuk kayu manis
6 biji telur
¾ cawan gula
2 sudu teh esen vanilla
½ sudu teh garam
3 cawan susu yang telah dipanaskan
Secubit serbuk buah pala (tak bubuh pun)

Cara-caranya
1. Panaskan oven pada suhu 190’C.
2. Dalam mangkuk yang besar, campurkan roti, mentega cair, kismis dan serbuk kayu manis. Gaul hingga sebati dan masukkan kedalam loyang pembakar.
3. Menggunakan bekas mangkuk tadi pukul telur. Masukkan gula, esen vanilla dan garam. Kacau sehingga gulanya larut. Masukkan susu panas perlahan-lahan dan kacau hingga sebati. Tuang adunan telur ini diatas roti dan taburkan dengan serbuk buah pala. Ketepikan untuk 5 minit supaya cecair meresap kedalam roti.
4. Bakar didalam oven selama 25 – 30 minit, atau sehingga lidi pengguji bersih menandakan pudding roti telah pun masak


Rumah bergenting biru entry hari ini
Lambang kemegahan seluruh negeri
Bersiap ke masjid mengabdi diri
Jumaat penghulu sekalian hari
Fri 6-Jul-2007 08:28
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Bersiap ke masjid mengabdi diri
Jumaat penghulu sekalian hari
Mula2 buka FP mu.. terkujat jantungku ini
Tengok gambor tag yang nampak ngeri

TQ yer sudi lawat FP MaDiHa yang tak seberapa ni..
Fri 6-Jul-2007 09:05
Posted by:MaDiHa  - [Link]
Sedapppp Cekodok Pisang Ni.... Wat Minum2 Petang Fri 6-Jul-2007 12:10
Posted by:RosLeenda rosleenda66@yahoo.com  - [Link]
salam perkenalan... introducing my brand : LAIN (upon requests) check it out!!!~
http://lain-brand.fotopages.com
Fri 6-Jul-2007 13:25
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
>> sememangnya menyelerakan... Fri 6-Jul-2007 15:49
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
madiha : kalau nak fliffy buatkan scrap utk gambar madiha bleh tp bukan mcm pro lah...mcm beginner...hahaha mcm biasa masakan anda mengancam jiwa raga saya..hahaha keep on uploading... Sat 7-Jul-2007 00:28
Posted by:auntie fliffy  - [Link]
Puding roti tu feberet hubby Sab tapi Sab plaks prefer cekodok jer... Mon 9-Jul-2007 00:11
Posted by:Sabrina  - [Link]
Puding roti tu sedappppp Mon 9-Jul-2007 16:32
Posted by:Jie jie  - [Link]
Puding roti tu sedappppp Mon 9-Jul-2007 16:32
Posted by:Jie jie  - [Link]
Kak Leen: Memang sedap kak.. nak pulak yang banyak pisang...
sweetsixsixsix_666: salam perkenalan..
Jeff: cekodok tu memang evergreen.. dari dulu sampai la ni.. femesss..
fliffy : terima kasih fliffy... MaDiHa lagi tak tau apa pasal scrap tuu.. takde masa yg sebenarnya nak mencuba.. bukan tak mau fliffy buatkan utk MaDiHa.. tapi masalahnya gambar2 MaDiHa kualiti tak bagus almaklum amik gambar guna hp cak pokok pisang je.. blur semacam jer..
Sabrina: hubby MaDiHa lak kurang suka kuih2 manis ni.. dia makan cikittt jer nak amik hati..
Kak Jie: memang bestttt.. nak pulak kalau ada sos dia.. tp MaDiHa malas nak buat sosnya.. cos puding tu pun dah cukup manis dahh..
Tue 10-Jul-2007 02:40
Posted by:MaDiHa  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.