Want your
own Fotopage?








 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 9-Jul-2007 03:12 Email | Share | Bookmark
Sirih Junjung untuk Siti Nurul Fathiah

alat2 nak buat sirih junjung
bekas sirih junjung
pinang
bunga ros dari pinang
bunga ros dari kapur.. wat sekuntum jer
kayu manis & sirih
siap untuk digubah
dah siap punn..
sirih junjung bersama hantaran lain
pelamin Fathiah
lerrr.. dia plak yg posing
closed up.. sirih junjung
Dini & Fathiah
Dini & Amirul
Dini posing atas pelamin..
Makan beradap..


Dini posing atas pelamin


Ini pulak projek Jumaat malam baru ni. Permintaan dari Fathiah (anak ADUN Kawasan Taman Medan iaitu YB Hj Abdul Wahab bin Hj Ibrahim). Fathiah suruh MaDiHa buat sirih junjung ni pasal kawannya yang buat hantaran2 yang lain tu umahnya jauh sangat. So takut tak sempat nak hantar kerumah dia pasal sirih junjung ni nak pakai pagi Sabtu. Sirih junjung ni faham2 ler bukan boleh gubah awal2. Kena buat dekat2 nak guna baru boleh gubah kalau tak karang layu pulak. Fathiah ni anak saudara Sujah juga iaitu anak kepada abg suaminya. Kiranya sepupu ler dengan Syikin dan Naknie.. So hari Jumaat tu balik dari kerja terus singgah umah Fathiah ambil barang2 utk buat sirih junjung yang dah siap dibeli. MaDiHa memang tak sempat nak cari barang2nya.. lunch time pun tak sempat nak mencelah pasal sibuk nak kena fetch anak balik sekolah. Daun sirih dan bunga2 segar tu nak kena beli kat pasar.. kalau dah petang memang pasar dah tutup. So MaDiHa cuma tolong gubah jerlaa.. barang2 semua Fathiah dah siapkan... Balik dari kerja sampai rumah terus mulakan projek.

Bunga ros dari pinang


Kulit kayu manis & sirih siap digulung..


Siap utk digubah


Siap digubah..


Dini dengan Fathiah


Amirul, anak saudara Fathiah & Dini



Makan beradap..


Malam tu memang tak masak pasal Sujah suruh makan kat umah Fathiah ajer sebab malam tu ada buat tahlil & makan2. Sujah merangkap caterer untuk majlis tahlil tu.. Siap gubah pun dah kul 11 lebih.. hubby dah merungut lapor.. pastu dia wat milo ais.. hehehe malam tu jugak pegi anto umah Fathiah pasal dia nak pakai pagi Sabtu. Macam ni ler hasilnya sirih junjung sempoiiku.. hehee.. actually takde berjunjung pun.. maklum ler sirih junjung moden.. pakai gubah2 macam gubah bunga jer.. lagipun Fathiah dah beli bekas khas utk gubah sirih tu.. kalau dulu2 MaDiHa selalu gubah pada nenas.. So hari Sabtu memang tak masak.. makan kat kenduri jer lahh.. siap tapau utk dinner malam tu.. oleh kerana makanan ada lebih.. (order catering utk 2000 orang tapi catering buat utk 2 ribu lebih pasal takut tak cukup) MaDiHa tolong ler Sujah (orang kuat majlis ) bungkus2 utk diagih2kan pada jiran2.. MaDiHa pun ambil 1 set lagi utk bagi pada jiran depan rumah. Hari Ahad pun tak masak gakk... pagi tu sarapan kuih muih yang ditapau dari kenduri tu jugak.. ada karipap, apam gula hangus, seri muka & talam keladi.. amboii.. mewah makanan pree.. tengahari pun makan nasi kenduri lagi.. hehehee.. tak jemu2.. hubby paling suka rendang dagingnya.. & malam dah naik lemak malas masak.. gi tapau chicken chop KFC.. hehehee


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4007038.ip-198-27-81.net