Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 10-Jul-2007 06:33 Email | Share | Bookmark
Sambal Jering Campur Tempoyak

Sambal Jering Campur Tempoyak
Hari ni kita masak masakan kampong plak yer... MaDiHa nak perkenalkan masakan kampong hubby yang berasal dari Raub, Pahang iaitu sambal jering campur tempoyak. Pertama kali MaDiHa makan sambal ni.. terus jatuh cinta & jadi favourites sampai sekarang. Bukan saja MaDiHa tapi juga mak, adik2 dan anak sulung MaDiHa sendiri... Kalau masak satu besen pun boleh habis

Sebelum kawin.. memang tak pernah jumpa masakan macam ni.. jering tu hanya tau dibuat ulam aje.. kalau dah tua memang tak layan dahh.. nak gigit pun kerass..macamana nak makan?? Lepas kawin dengan hubby barulah tau yang jering tua yang keras tuuu.. masih boleh dimakan dibuat lauk nasi. Sebelum ni yang MaDiHa tauu.. jering tua hanya boleh direbus dan dimakan dengan kelapa parut dicampur garam & gula. Cumanya kami tak pernah ler masak sendiri sebab orang kata hanya mereka yang biasa saja yang boleh buat jering rebus ni. Kalau orang tak pandai buat boleh akibatkan susah nak buang air kepada si pemakan... MaDiHa pernah gak makan jering rebus ni masa pergi Kelantan tak lama dulu.. sedap jugak.. oh ya ada satu lagi.. baru teringat.. ada seorang kawan MaDiHa berasal dari Indonesia pernah bagi rendang jering.. pun sedap. Tapi MaDiHa tak tau cara masaknya... alahaiii... rindulah pulak nak makan rendang jering nii...

Ok sambung cerita masakan hari ni.. Kat kampong hubby.. bila musim jering berbuah.. mesti tak habis dimakan sampai jering tua2 di pokok. Mak (mak hubby) akan suruh adik hubby petik buah2 jering tua tu.. kemudian dikopek isinya dan dibuang tunas kemudian jering2 tua tu akan ditanam dalam pasir sungai. Hasilnya... dalam masa 2 minggu macam tu.. jering2 tua yg keras tu akan jadi lembut dan rangup semula boleh dibuat ulam atau sambal. Setiap kali balik kampung kalau musim jering... hubby mesti buat balik jering tanam ni kemudian sambung tanam balik dalam pasu guna pasir sungai.. bila nak masak just gali jer dalam pasu tuu...

Untuk resepi kali ni.. MaDiHa share resepi Sambal Jering Campur Tempoyak.. (lain kali MaDiHa wat sambal jering biasa lak yer.. )



SAMBAL JERING CAMPUR TEMPOYAK

Bahan2
30 keping jering tanam - dicuci bersih kemudian dihiris nipis2 atau disagat
(kalau kat pasar besar PJ ada gak jual jering tanam ni kat org jual sayur kampong)
segengam ikan bilis - dikopek bersih
1 biji bwg besar - hiris bulat
15 - 20 biji cili padi }
2 ulas bwg putih } ditumbuk halus
6 ulas bwg merah }
1 cm kunyit hidup }
2 sudu besar tempoyak - bancuh dengan 1 cawan air
(boleh gak dicampur sedikit isi durian segar)
garam, gula & perasa secukupnya
minyak secukupnya

Cara2
Panaskan minyak (agak banyak) dan goreng jering hiris hingga nampak masak. Angkat dan ketepikan.
Gunakan minyak yang sama (kurangkan minyaknya) dan tumiskan bahan2 tumbuk tadi. Tumis hingga garing.
Masukkan bancuhan tempoyak & durian tadi dan kacau rata.
Masukkan ikan bilis, bawang hiris dan jering goreng tadi dan kacau bagi rata.
Masukkan garam, gula & perasa secukupnya dan gaul rata.
Kalau suka berkuah boleh tambahkan air. Kalau suka sambal kering2 masakkan hingga kering sikit. Bolehlah tutupkan api dan hidang. Sedap dimakan dengan nasi putih atau nasi lemak..

Quote:
Jeff : Makan dengan nasi sejuk pun best bro... tak payah lauk lain.. best sesangat..

Kak Jie : Kalau jumpa jering tanam.. bolehla Kak Jie try.. mesti jatuh cinta dengan rasanya..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net