Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 11-Jul-2007 02:59 Email | Share | Bookmark
MaDiHa pun kena TAG kerrr??

Dulu2 masa MaDiHa belum ada FP.. seronok dok baca entry orang lain yang berhempas pulas menulis jawapan bila kena TAG... sekarang tak sangka ler MaDiHa pulakkkkk yang kenaaa..

Sebagai menyahut cabaran Kak Jie Jie yang menTAG MaDiHa... inilah dia cerita panjang lebar berkenaan nama anak2 MaDiHa.

Soalannya ialah : What or how or why you gave the name(s) to your kid(s)?

Kedua-dua nama anak2 MaDiHa ni telah dipilih sejak MaDiHa mengandung anak pertama lagi. Maklumlah excited nak dapat baby... sampai 6 nama dipilih . Masa tu MaDiHa dan hubby dah buat perjanjian.. MaDiHa sediakan 3 nama untuk perempuan & 3 nama untuk lelaki.. samada dapat baby perempuan atau lelaki.. yang berhak memilih antara nama2 yang MaDiHa sediakan adalah hubby.. (tapi sememangnya kesemua nama2 yang MaDiHa sediakan tu adalah nama yang MaDiHa suka ). Untuk nama2 tersebut MaDiHa rujuk ertinya dari sebuah buku yang dibeli.. lupa pulak apa nama buku tu.. Selain membuat pilihan supaya gabungan erti nama tersebut yang baik-baik.. MaDiHa juga buat pick & match supaya bunyinya sedap didengar dan mudah apabila menyebutnya . Jadi tidaklah terbelit lidah nak menyebutnya nanti.

1. Wan Amalia Nur Dini ertinya Cita-Cita Cahaya Agama

Nampaknya nama Wan Amalia Nur Dini terpilih untuk anak sulung MaDiHa. Amalia Nur Dini membawa maksud Cita-cita Cahaya Agama. Sebagai ibu bapa.. sememangnya mengharapkan agar anak2 menjadi yang terbaik. Semoga dengan memberi namanya sedemikian.. dapatlah dia menjadi anak yang baik, mencapai cita2nya, beramal soleh & berjaya dlm hidupnya dunia & akhirat.

2. Wan Haziq Azhari ertinya Cerdik Yang Gemilang

Nama anak lelaki MaDiHa juga telah dipilih dari senarai yang MaDiHa sediakan masa mengandung anak pertama dulu juga. Kami suami isteri memang sukakan nama Haziq Azhari… tak tau kenapa. Hubby pun kata.. masa MaDiHa mengandung anak sulung dulu kalau dapat lelaki… memang nama inilah yang akan dipilih. Jadi bila MaDiHa lahirkan baby kedua dapat lelaki maka kami memutuskan memberikan nama Wan Haziq Azhari. Haziq Azhari membawa maksud Cerdik Yang Gemilang. Dengan ertinya yang sedemikian semoga Haziq Azhari akan menjadi seorang anak yang pintar dan berjaya dalam hidupnya di masa hadapan.

Hingga kini.. senarai nama2 yang MaDiHa pilih masih tersimpan rapi. Masih ada 4 nama yang perlu dipilih. Manalah tau ada rezeki bertambah lagi zuriat kami… maka nama2 dah pun tersedia…

Ada di kalangan kawan2 yang tertanya2 kenapa nama anak2 ada Wan sedangkan nama ayahnya takde Wan? Yang sebenarnya.. sepatutnya nama hubby Mohd Rozi memang ada Wan.. tapi arwah apak iaitu Wan Mohd Nor bin Wan Yusuff (ayah hubby) terlupa nak letak Wan semasa mendaftar pada 4 orang anak2nya yang terdahulu… sehinggalah diberitahu oleh saudara mara.. 4 orang anak yang kemudian barulah ada Wan di pangkal nama mereka. Adik beradik hubby 8 orang kesemuanya.. jadinya 4 orang takde Wan, 4 orang ada Wan… maklumlah orang dulu2… tak ambil berat bila nak daftar nama anak2. Apa2 pun.. Wan itu hanyalah panggilan semata2… takde apa2 kelebihan pun..

Ok lerr.. Kak Jie.. selesaii tugas MaDiHa kali ni... Kali ni.. giliran MaDiHa lah pulak nak menTAG kawan2.. jangan maree.. mari kita tengok sapa yang kenaaa….

LadyAin
Umi Najla
Kak Leen

Quote:
Outlet Kenitra :
Susah sungguh nak update FP
Asyik sibuk ke sana ke sini
Terima Kasih tak terhingga MaDiHa ucapi
Kerana sudi singgah ke sini

Kak Leen : Mesti kena jawab Kak Leen.. takleh mengelat tauu..

Ain: TQ Ain.. nama yang baik boleh membentuk akhlak anak2 menjadi baik.. insyaAllah.. kerana panggilan kita kepada anak2 setiap hari itu adalah doa kepada mereka..

Kak Jie: Yerlah Kak Jie.. biar sama2 kena TAG.. Mak oii.. nak kena lawan Kak Jie ker? Tak boleh ler akak… MaDiHa dah tua dahhh… nanti kena perli dengan nurse.. bagi orang muda2 jerlah beranak ramai2..





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net