Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 11-Jul-2007 07:28 Email | Share | Bookmark
Daging Blaze & Telur Masak Hancur

Daging Blaze
Telur Masak Hancur
Jemu dok masak ikan & ayam.. sekali sekala masak ler daging pulak. Dok merungut kat hubby asyik dok beli ikan, ayam, sotong... beli ler daging pulakk… hehe.. hubby cakap bukannya dia takmau beli daging.. tapi kedai yang dia selalu singgah beli lauk tu.. dagingnya tak fresh. Memang sejak pindah ke rumah baru ni.. dah jarang2 dapat ke pasar besar PJ sebab agak jauh dari rumah. Kalau dulu hubby selalu pegi pasar PJ beli lauk utk stok lauk seminggu time dia kerja siang. Kalau dia kerja malam.. no problem.. balik dari kerja pagi tu anytime dia boleh singgah pasar. (tugas beli lauk memang tugas hubby sejak ada baby no. 2 sebab kalau MaDiHa nak beli payah nak bawak naik rumah.. almaklum dok apartment.. mana nak dukung baby, mana nak bawak lauk, mana nak bawak handbag... setakat beli sikit2 tu ada ler..)

Sekarang ni sejak dah dok Bandar Sunway.. tak berapa familiar lagi kat sini. Selalu dia beli lauk kat kedai runcit aje. Memang payah nak dapat daging yg fresh. Kebanyakan daging beku. Hari tu.. balik dari kerja dia singgah ler pasar malam mana tah.. ada ler daging fresh ni dan beli ler sekilo untuk memenuhi hajat MaDiHa.. Bila hubby beli daging ni.. suka ler hati sebab boleh cuba resepi baru . Memang lama dok teringin nak masak daging blaze ni bila nampak dlm satu FP tu... alamakk.. lupalah FP siapa.. maaf yer MaDiHa ni selalu lupa nak taip ambil dari FP sapa. Dok copy resepi jer.. tapi memang nampak sedap.. so MaDiHa pun cuba ler.. bila masak.. boleh tahan.. sedap jugakk.. bila dah ada sayuran2 dalam masakan tu… apalagii.. kerja pun mudah ler.. masak satu jenis lauk pun dah cukup.. hehe.. Untuk baby.. MaDiHa masak telur masak hancur jer.. sebab resepi daging tu terasa pedas juga.. lagipun baby belum pandai makan daging.. takut tak boleh nak hadam..

Inilah dia resepinya.. kot ada yang nak try. TQ pada empunya resepi.. resepi telur masak hancur pun disertakan.. resepi sempoii...



DAGING BLAZE
Sumber : FP

Bahan
1/2 kg daging lembu (jenis goreng)- potong nipis kecil2
2 cm halia (cincang kasar)
8 ulas bawang putih (cincang kasar)
4 tangkai cili padi (dipecah-pecahkan)
3 sudu makan minyak masak
2 batang lobak merah (potong bulat)
250 gm bunga kobis (hiris kecil)
200 gm kacang pepeh (kecipir) -potong serong (MaDiHa guna kacang panjang)
4 biji bawang besar (hiris bulat)

Bahan Utk Pekatkan Kuah
1 sudu makan tepung jagung }
4 sudu makan air } gaul rata dan ketepikan dulu

Bahan Utk DiPerap Bersama Daging
2 sudu makan kicap pekat
1 ½ sud makan kicap cair
1 sudu makan gula perang
½ sudu makan sos tiram/sos abalone
½ sudu makan minyak
½ susu teh lada hitam serbuk

Cara
Daging digaul bersama bahan perap dan biarkan setengah jam. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang putih, halia & cili padi hingga wangi. Masukkan daging, jika perlu masukkan ½ cawan air. Masak hingga daging empuk. Kemudian masukkan sayur-sayuran tadi lalu balik-balikkan dan tuang bahan pemekat kuah. Balik-balikkan sebentar lagi sebelum diangkat. Hidangan ini sesuai dimakan dgn nasi putih .


TELUR MASAK HANCUR
Sumber : Sendiri

Bahan2
3 biji telur
1 batang carrot - potong memanjang halus2
2 ulas bawang putih - cincang
2 ulas bawang merah - mayang
sikit garam
sos tiram
air sikit
minyak

Cara2
Panaskan minyak. Tumis bwg putih & bwg merah hingga wangi. Masukkan carrot, sos tiram, garam dan air sikit. Kacau2 biar carrot lembut sket. Pecahkan telur dan masukkan dlm kuali dan kacau2 hingga rata dan telur masak. Boleh ler dihidang.

Quote:
Kak Jie: MaDiHa pun suka masakan ada lada hitam… naik selera.. tapi hairan kalau dalam pantang MaDiHa langsung tak boleh makan lada hitam… kalau makan mesti pening kepala.. kenapa yer ?

Outlet Kenitra :
Susah sungguh nak update FP
Asyik sibuk ke sana ke sini
Hari-hari dok menatap FP
Kerja di opis menimbun tinggi

Jeff: Sehari selembar benang, lama2 menjadi kain.. macam tu ler resepi MaDiHa dalam FP ni.. dok hari2 masak.. lama2 banyak ler jadinya…

Ain: Ain alergi daging ker? Dulu2 Kak MaDiHa alergi dengan ayam.. lama juga pantang tak makan ayam. Tapi sekarang ni dah ok dah.. Cuma pantang jumpa jer.. Oh ya.. TQ Ain sudi jawab TAG tu yer..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net