Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Jul-2007 02:00 Email | Share | Bookmark
Sotong Sumbat Berempah

Giant sotong
Sotong Sumbat Berempah
 
 
Jiran bagi..
Ni masakan minggu lepas sebenarnya. Masa kat opis pagi tu.. hubby MMS gambor sotong ni.. terkejut beruk MaDiHa apa taknya.. tengok sotongnya sikit punya besor.. saja ler tu dia MMS sebab dia tau mesti MaDiHa terkejut punya.. MaDiHa reply kat hubby.. ‘Mak Datok Besornya!’ Bila tau hubby beli sotong pagi tu.. (hubby kerja malam.. tu yang dia sempat pegi pasar balik dari kerja pagi tu) MaDiHa pun tercari2 resepi sotong… terjumpalah resepi Sotong Sumbat Berempah kat blog Jeni.. Nampak menarik.. jadi MaDiHa pun cubalah menu baru ni.

Sajer letak lighter nak buat perbandingan saiznya..


Resepi ni agak pedas dan hangat sebab ada cili kisar, rempah kari dan lada hitam… rasanya boleh tahan.. tapi oleh kerana sotong tu besor sangat… bila makan tu rasa lain macam jer. Sebenarnya bukan sotong tu rasa lain macam.. tapi tekak MaDiHa ni yang rasa lain macam . cakap kat hubby kenapa beli sotong besor sangat? Dia cakap saja jer nak rasa.. aduhaii suamiku.. suka betul beli sotong besor2.. (rasanya ini pun sotong katak gak..) sampai aku tak reti nak masak apa.. lagi mengejutkan.. anakku Dini pun taknak makan sotong tu mungkin dia pun takot nak makan bila tengok saiz sotong tu besor benor.. kekekeee.. sanggup dia suruh goreng telur dadar.. alahaiiii.. ini first time dia takmo makan lauk yang MaDiHa masak. Actually resepi ni ok jugak.. kalau guna sotong jarum yang saiz sedang mesti best. Dah warning kat hubby.. lain kali toksah dok beli sotong besar2 lagi.. sampai anak pun tak lalu nak makan…

Pada Jeni terima kasih untuk resepi ni yer.. MaDiHa copy & paste aje kat sini mana tau ada yang nak cuba resepi ni.. amat sesuai kalau buat lauk pengantin.. dipotong dan susun cantik2.. hias daun salad, bunga cili.. mesti menarik..

Bukan main besorr.. sampai tak habis dimakan..



Nasi impit ni pulak.. jiran depan rumah bagi. Dia pinjam periuk besar utk rebus ketupat segera ni.. katanya nak buat jamuan kat opisnya. malam tu dah siap masak dia bagi ler merasa nasi impit dengan kuah kacang... panas2 lagi tu... alhamdulillah... rezeki.. boleh ler buat sarapan.. baru jer berkira2 nak buat bila tengok nasi impit ni dalam FP Rinnchan hari tu.. tau2 dah ada org bagi..




SOTONG SUMBAT BEREMPAH (dari blog Jeni)
Sumber : Variasi Masakan Utara oleh Norzailina Nordin

Bahan-bahan
600 gm sotong
500 ml air (agak2 saja)
4 biji telur
2 biji bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, buang biji dan cincang halus
1 biji cili merah, buang biji dan cincang halus
1 biji bawang besar, dihiris bulat
4 sudu makan rempah kari ikan (MaDiHa guna rempah kari daging/ayam)
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi koktel secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya
1.Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.
2.Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan
sejukkan.
3.Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.
4.Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga berbau.
5.Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampr pekat,
campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.
6.Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan
kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api.

Quote:
Kak Leen: Kalau nak cuba.. jangan guna sotong besor mcm MaDiHa tu.. guna sotong sedang jer.. mesti lagi best… yang MaDiHa masak tu isinya tebal sangat.. kurang ummphh..

Nur: Macam tau2 jer kita makan menjilat jari… memang ler kena jilat jari sebab nak bersihkan kuah2 kat jari kita..

Pemancing Ikan: Sudah tentu.. kaum wanita kena pandai2 ler memujuk.. baru ler kaum lelaki rajin nak menolong..

Aliza: MaDiHa sebenarnya tak gemar sangat dengan sotong.. lagi kalau besar2 camtu.. hubby dah beli terpaksalah juga masak.. tapi yang ini tak liat.. lembut jer isinya.. sebab MaDiHa masak tak lama… memang betul.. rasa semacam nak mkn sebab besor sangat… dok teringat benda lain..

Jeff: tak habis pun abg Jeff.. carry forward keesokkannya..

Tun: MaDiHa rasa sotong yang kecik2 tu lebih manis isinya...

Hanny: Kaklong pun rindu gak kat Naknie tauu.. kalo gi PJ rasa cam tak best jer u all takde kat umah.. Naknie takde, Kak Ekin pun takde.. kalau balik sini.. dtg ler umah.. kaklong masak spesel utk Naknie.. dok kat rantauan tu jaga kesihatan baik2, belajar rajin2.. jangan lupa solat..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net