Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 17-Jul-2007 01:57 Email | Share | Bookmark
Kisah Pagi Isnin..

inilah kereta nya..
kereta pemandu cuai pagi tu..
Pagi Isnin semalam 16 Julai 2007 on the way nak pegi hantar anak ke sekolah dan ke tempat kerja.. macam biasa jalan mesti jem punya kat jambatan gantung menuju ke Federal Highway dari Bandar Sunway ni.. Masa traffic light merah.. ada la kereta kat depan MaDiHa ni tak semena2 kereta dia berundur ke belakang. MaDiHa pun apalagi cepat2 HON HON HON HON tak berhenti2 MaDiHa HON tapi orang depan ni punyalah pekakkk.. kereta dia tetap mengundur hingga ler melanggar bahagian depan kereta MaDiHa.. bergegar jugaklaa… MaDiHa HON lagi after dia langgar tuu… aikkkkkk tuan punya kereta ni PEKAK KER HAPER?? Ke tengah mamai lagi pagi2 Isnin ni?? Bengang gak hati ni apasal berhenti kat traffic light TAK TARIK HAND BRAKE? Dah tau jalan kat situ agak curam sure kereta gelungsur punya… tak sayang kereta ker haperrr orang ni???? Kereta aku ni buruk jer… dah abis bayor pun… kereta ko tu baru lagi.. tak takut kemek/calor ker???? Bila dia dah sedar dia terlanggar kereta MaDiHa.. barulah dia ke depan sikit... dah tak guna dah.. awak dah langgar kereta saya..

Malas ler nak turun tengok depan kereta MaDiHa pasal rasa2 macam takde apa2.. kalau ada pun mungkin kesan calar sikit kot pasal memang malas nak gaduh2.. lantaklahhh.. Lagipun masa tu MaDiHa dengan anak2.. buatnya orang depan tu samseng jalan raya ker.. bikin susah jer… tapi hati ni geram jugaklaa dengan KECUAIAN si pemandu Hyundai Asscent (eh betul ke ejaan ni?) NBP 7291… geram punya pasal MaDiHa pun apalagi.. buka hand beg, ambil handphone.. tangkap ler gambor kereta dia.. tengok ler bukan main rapat dengan depan kereta MaDiHa… akaiii ada kaa??

Bila traffic light turn green.. kereta dah masuk Federal Highway.. rasa nak tengok jugak si 'PEMANDU BERHEMAH’ tadi.. walau jalan sesak.. kejar jugak sampai dapat.. saja dok sebelah dia.. lelaki rupanya yang memandu… tengok mamat ni sikit punya hensemm tapi dia buat muka bodoh jer kita tengok dia.. buat macam tak bersalahh jer… hampehh betull!!! ingatkan pompuan… selalu pompuan dikatakan cuai.. kali ni sah2 ler pemandunya lelaki… (pada lelaki2 yang membaca ni.. jangan maree ehhh.. ni edisi melepas geram pada si pemandu NBP 7291 ni ajer…) Dan pada pemandu NBP 7291 pada pagi Isnin 16 Julai 2007, diharap lain kali berhati2 ler kalau memandu tu.. bukannya susah pun nak tarik hand brake tuu……. Ataupun turun untuk MINTA MAAF kalau dah langgor kereta orang tu….

Quote:
Ain: Apa nak buat Ain… orang ego memang macam tu.. syukur takde apa2.. sikit jer sebenarnya.. hanya flat kereta akak yang serpih sket kena ‘cium’ dengan Hyundai tu..

Kak Leen: Masa kejadian tu MaDiHa pun memang geram… tapi bawak bersabor jerlah.. lain kali kalau orang buat camtu kat kereta dia… baru dia tau…

Alim: Mula tu ingat nak turun gak.. tapi banyak lak fikir.. takut org depan tu samseng , pastu takut org belakang marah lak nanti bila jalan jem sebab masa tu traffic light dah nak hijau.. last2 tak jadi turun.. sebab bila fikir balik.. malas nak bergaduh lagipun takde apa yang boleh di minta ganti rugi.. buang masa jer layan org macam tu..

Maklang: dah tua2 ni kena ler belajor jadi penyabor.. hehe



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net