Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 17-Jul-2007 04:14 Email | Share | Bookmark
Macam2 Ada..

udang celup tepung
paceri nenas
masak asam daging
sawi goreng
ikan bakar kuah cuka
ikan bakar kuah cuka (Versi mak kita)
Alahaii.. jangan maree yer… ni masakan minggu lepas jugak ni.. tapi dah tak ingat hari apa.. belum habis2 di update…bukan apa.. tak sempat nak taip resepi sebenarnya.. almaklum… bz ngan keje kat opis lagi.. takkan asyik nak ngadap FP jer kan… hehehee…

Ok.. antaranya ialah.. Udang Celup Tepung, Paceri Nenas, Masak Asam Daging, Sawi Goreng dan Ikan Bakar Kuah Cuka. Resepinya main agak2 jer ni… bila ada masa nanti MaDiHa update ok.. tapi rasanya semua orang tau resepi ni kan.. Cuma masak asam daging tu jer agak lain sikit coz tu resepi dari kakak angkat MaDiHa Kak Ramlah.. best sangat masak asam ni.. kena ngan selera MaDiHa..



UDANG CELUP TEPUNG
Bahan2 (sukatan takde becos MaDiHa main agak2 jer)
Udang – bersihkan buang kulitnya (terpulang samada nak kopek kulit semua atau kopek separuh – MaDiHa kopek semua sebab senang anak2 nak makan)
Garam
Serbuk kunyit
Tepung jagong
Tepung gandum
Air sikit
Minyak masak

Cara2
Gaulkan udang dengan garam & serbuk kunyit. Masukkan tepung jagung & tepung gandum dan gaul rata. Jika nampak kering dan tepong tak melekat pada udang, renjiskan air hanya untuk melembab dan melekatkan tepong pada udang saja. Gaul lagi rata2 hingga tepong menyaluti udang. Panaskan minyak.. masukkan udang sekor2 supaya ia tak melekat antara satu sama lain. Biar seketika.. balik2kan udang dan biar hingga kekuningan. Angkat dan toskan sebelum dihidang.


PACERI NENAS SEMPOI
Bahan2
1 biji Nenas – potong ikut suka
2 mangkuk santan atau secukupnya dari sebiji kelapa – kalau suka lebih lemak boleh tambah kelapa supaya dpt santan yg lebih pekat
1 pkt Rempah kari daging –bancuh dengan air jadikan pes
5 biji Bwg merah ]
2 ulas Bwg putih ] diblend halus –MaDiHa hiris jer..
1 inci halia ]
sedikit udang kering – tumbuk halus
1 senduk kerisik
1 keping gula melaka/manisan atau secukupnya ikut kemanisan yg disukai
1-2 btg kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 buah pelaga
6 bunga cengkih
garam & perasa
minyak secukupnya utk menumis – MaDiHa bubuh sikit jer sebab tak suka lauk yang berminyak2 sangat…

Cara2
Panaskan minyak. Tumis rempah tumis (kayu manis, bunga lwg, pelaga, cengkih ) Masukkan bahan2 blend kacau rata biarkan hingga garing. Masukkan rempah kari. Bila rempah dah masak masukkan santan, udang kering, kerisik. Kacau sebentar. Masukkan gula melaka dan bahan2 perisa. Akhir sekali masukkan nenas. Biarkan mendidih dan agak pekat. Rasakan apa yang kurang bolehlah ditambah.


MASAK ASAM DAGING
Bahan2
500 gm daging – dihiris
6 biji bwg merah]
2 ulas bwg putih]
10 tangkai cili kering – direndam air panas] bahan2 ini diblend halus
1-2 cm belacan]
1 inci halia]
1 cm kunyit hidup]
2 btg serai – ketuk
1 inci lengkuas – ketuk
1 s/k serbuk lada hitam
1 s/b kerisik
1 s/b asam jawa – diramas dengan air buang bijinya
air secukupnya
garam, gula & perasa
2 helai daun limau purut - MaDiHa tak bubuh.. hubby tak suka..
minyak utk menumis

Cara2
Panaskan minyak. Tumis serai & lengkuas ketuk. Masukkan bahan2 blend. Tumis hingga wangi. Masukkan serbuk lada hitam, kerisik, air asam jawa, air dan daging. Masak hingga daging empuk. Masukkan daun limau purut, garam, gula & perasa.

(ni sawi jenis yang besar & panjang tu.. panjangnya dekat 1 kaki setengah.. sawi ni sedap sangat.. manis & tak pahit macam sawi biasa tuu..)

SAWI GORENG
Bahan2
2 pokok sawi panjang – potong dan bersihkan
10 ekor udang – buang kulit
3 ulas bwg putih – cincang
sos tiram secukupnya
air sikit
minyak masak

Cara2
Panaskan minyak. Tumis bwg putih hingga wangi. Masukkan udang kacau2 kejap. Masukkan sos tiram dan air sikit. Masukkan sawi dan kacau2 kejap hingga sawi layu.

(versi ma kita.. favourites arwah ayah ni.. )

IKAN KEMBUNG BAKAR KUAH CUKA
Bahan2
Ikan kembong/ ikan lain pun boleh – bersihkan
Garam
Serbuk kunyit
3 ulas bwg putih]
10 biji cili kering] diblend
cuka secukupnya
gula secukupnya

cara2
ikan dilumur dengan garam & kunyit dan dibakar. (MaDiHa bakar dalam oven jer… sebab ari tu tanya Kak Liza.. dia cakap orait boleh bakar ikan or ayam dlm oven.
Sambil tunggu ikan masak, masukkan cili & bwg putih blend ke dalam periuk. Panaskan atas api. Campurkan cuka, gula & garam sesedap rasa. MaDiHa suka masam2 manis. Garam pun nak rasa gak… hehehe pandai2 ler ejas ikut citarasa sendiri. Bila ikan dah masak, letak dlm pinggan hidangan dan tuangkan sos cuka ni atas ikan. Yum yum… meleleh teringat ikan bakor ni…

Quote:
Note: masakan MaDiHa biasanya guna minyak yg sedikit utk menumis.. for health reason ler kunun2.. pasal tu lauk nampak kurang menarik..tak naik minyaknya


Quote:
Nur: ni lauk minggu lepas.. tak abis update lagi..

Kak Leen: semer2 tu pun favourites MaDiHa… ikan bakor tu memang sedap.. cicah ngan kuah cuka tu… naik selera.. makan ikan bakor baik utk kesihatan

Jeff: gambor tak cantik ler abg Jeff.. takleh lawan ngan gambor dlm FP abg Jeff.

WanZee: cepat2 gi masak.. resepi sempoi jer ni.. thanks mai umah MaDiHa




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net