Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Jul-2007 08:16 Email | Share | Bookmark
Salam Takziah Buat Keluarga Kak Ina..

Awal pagi tadi dalam pukul 5.30 pagi MaDiHa dikejutkan oleh ketukan pintu & panggilan dari Kak Ina jiran sebelah rumah. Sebelum tu baru je bangun utk bancuh susu kat Haziq. Bila dengar suara Kak Ina.. cepat2 MaDiHa bangun dan pergi untuk buka pintu.. Bila bukak pintu… Dengan nada sebak.. Kak Ina bagitau.. suaminya dah takde.. masa tu dia balik ke rumah sekejap utk ambil barang dan akan ke rumah mertuanya semula. Lepas Kak Ina bagitau tadi terus MaDiHa call hubby kat tempat kerjanya. Terkejut sangat MaDiHa bila dengar berita ni.. rasanya macam baru saja jumpa dengan suaminya. Sebenarnya MaDiHa memang jarang bertemu muka dengan suaminya sebab masing2 pun sibuk dengan kerja. Tapi hari Ahad minggu lepas 15hb Julai.. keluarga mereka baru saja buat kenduri kahwin adik lelaki arwah di rumah emaknya di Taman Dato’ Harun… dan di situlah kali terakhir kami jumpa Abang Man.. dia nampak ceria dan sihat saja masa tu walaupun dia ada bagitau dia masih MC hingga hari selasa (semalam). Hari ni sepatutnya dia akan masuk kerja balik di MBPJ. Rupanya tak sempat pun dia masuk kerja.. tapi dia terlebih dulu pergi menemui Ilahi.. Innalillahhiwainnailaihirrajiunn… semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman..

Pagi tadi selepas hantar Dini ke sekolah & hantar Haziq ke rumah pengasuh, MaDiHa masuk opis kejap dan minta izin dari bos utk menziarah keluarga arwah. Hubby datang opis jemput MaDiHa dan kami pergi menziarah keluarga arwah di rumah emak arwah kerana jenazahnya dibawa ke rumah emaknya setelah meninggal di PPUM. Kemudian arwah dibawa ke masjid berdekatan utk dimandi, dikafan dan disembahyangkan. Tapi MaDiHa tak dapat ikut hingga ke tanah perkuburan kerana urusan kerja. Hubby hantar semula MaDiHa ke opis dan dia pergi semula ke masjid dan bersama2 hingga selesai segala urusan pengkebumian.

Masa kat masjid tadi.. sebak rasa hati melihat keadaan Kak Ina.. bila dipanggil utk mendekati jenazah.. Kak Ina berdiri & berjalan sambil dipapah oleh saudara mara yang lain.. tapi belum sempat sampai ke jenazah Kak Ina tiba2 pengsan.. MaDiha sedih & sebak lihatkan situasi demikian… Semoga Kak Ina tabah menghadapi hari2 mendatang bersama sepasang anak2 peninggalan arwah.. dan salam takziah buat seluruh keluarga arwah. AL-FATIHAH..

Quote:
Roylazim & Maklang : Semoga Kak Ina mendapat semangat & tabah untuk meneruskan kehidupan tanpa suami tersayang disisinya. Sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga roh arwah tenang di'sana'


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net