Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Jul-2007 09:14 Email | Share | Bookmark
Coney Dogs

 
 
 
Untuk resepi hari ni.. MaDiHa nak share apa yang MaDiHa buat hari sabtu lepas. Dah lama teringin buat Coney Dog ni.. baru ni hajat tercapai. Dini bukan main suka.. tapi Haziq hanya makan hotdog kosong jer.. Resepi ni MaDiHa ambil dari FP MamaFaMi... TQ mama.. MaDiHa copy & paste je ni.. rindu ngan tinggal komen kat FP mama.. tapi apa nak buat.. keadaan tak mengizinkan



SOS CONEY (coney sauce)
Dari FP MAMAFAMI

Bahan-bahan :
Roti hotdog
Hotdog – rebus

Bahan2 inti/sos
1/2 paun daging cincang
1/4 cawan air
1/4 cawan bawang ~ dicincang
1 bawang putih ~ cincang
1 cawan tomato (MaDiHa bubuh 1 biji tomato potong kiub + sos tomato)
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 sudu kecil aji no moto
1/2 sudu kecil garam

Kaedah penyediaan :

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali pada suhu sederhana dan gorengkan daging cincang selama 10 - 15 minit sehingga daging berubah warna. Gunakan garfu untuk meleraikan ketulan daging.
2. Masukkan air, bawang cincang, bawang putih, tomato sos, serbuk cili, aji no moto dan garam.
3. Renihkan selama 10 minit sehingga masak.

Nota : Bila membuat Coney Dogs, sosejnya direbus dulu ya....

Quote:
Kak Jie: Bukannya makin rajin kak… tapi terliur punya pasal tengok kat FP kawan2.. buat gak ler nak merasa..

MamaFami: ohh yer ker sis Roylazim yg mula2 share resepi ni.. tq yer kak Roy.. thanks to mama juga coz MaDiHa copy resepi dari FP mama..

Nur: mana ada laju Nur… biasa saja.. terliur punya pasal.. buat gak laa.. Nur punya masakan lagi best2.. gambor pun cun..

Jeff: dah takleh nak isi banyak2.. nanti intinya bertaburan pula…

Kak Leen: boleh tahan sedap Kak Leen.. tapi hubby MaDiHa cerewet sket.. masih tak kena dgn selera dia sebab katanya roti tu terasa manis.. so tak sesuai diganding dgn sos coney tu… tapi MaDiHa ngan Dini ok jerrr bab2 makan tak memilih..

Ain: sebenarnya bahan2 dah lama beli.. ni baru sempat buat.. sib baik roti simpan peti ais.. kalu tak musti dah rosak..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net