Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 25-Jul-2007 04:05 Email | Share | Bookmark
Buah Asam Gelugur

buah asam gelugur yang masak
yang belum masak..
warna hijau..
Buah Asam Gelugur
Pada sesiapa yang tak pernah tengok buah asam gelugur... inilah buahnya.. tapi yang ini belum masak lagi.. kalau masak dia warna kuning.. gambar buah yang masak tu MaDiHa ambil dari internet..

Buah yang belum masak berwarna hijau..


Dah masak.. bertukar warna kuning.. (gambar dari internet)



Buah asam gelugur ni hubby jumpa dalam sungai masa dia pegi menahan tajo petang tu. Buah ni hanyut dibawa arus dan terperangkap di celah2 batu kat sungai tu.. hubby pun kutip masuk dalam poket suor dia utk bawak balik boleh jugak dihiris2 dan dibuat asam..

Sedikit info mengenai buah asam gelugur di petik dari internet


Sumber : Ooi’s Flora Malaysiana

Nama Melayu (Malay Name) : Asam Gelugor (buah)
Keluarga (Family) : GUTTIFERAE
Nama Saintifik (Scientific Name) : Garcinia atroviridis
Saiz Biasa (Size) : 12 cm (buah)
Nama Lain (Other Names) : Sour Garcinia (fruit)

Pohonnya sederhana besar, tingginya 25 meter dan mempunyai daun, buah dan bunga yang agak besar. Pokok ini boleh didapati di Myanmar, Negara Thai, Malaysia dan Indonesia. Saiz buahnya boleh membesar sehingga 6 cm – 12 cm, bunga betinanya yang berwarna merah, sedikit harum, dan lebahnya lebih kurang 5 cm. Pokok ini biasa ditanam di kampong dan dusun untuk buahnya. Juga terdapat di dalam hutan. Buah gelugor dipotong nipis dan dikeringkan. Kepingan yang telah dikering mempunyai asid yang kaya dengan "catharic", rasanya masam dan digunakan dalam masakan terutama oleh masyarakat melayu.

Quote:
Ouled Kenitra:
Umpama pasaraya saling tak tumpah
Sungguh tak sangka rupanya kilang sampah
Rakyat Malaysia sepatutnya berubah
Ada insinerator.. barulah negara tak bersepah

Kak Leen : Buah tuu.. hubby terjumpa hanyut dlm sungai masa dia nak pegi menajo ikan tu.. dia kutip2 masuk poket wat balik umah.. tapi.. buah tu ditinggalkan je utk mak mertua kat kg.. kat umah MaDiHa manalah boleh nak menjemur asam gelugur tuu… dok apartment.. hai nasib badan…

Bonda: MaDiHa masa kecik dulu tak pernah tengok buah ni pasal kat kg MaDiHa takde pokoknya. Dah dewasa baru ler kenal.. itupun first time tengok masa pegi MAHA exhibition dulu.. Ohh rupanya Bonda ni ratu sungai yer.. MaDiHa penakot dengan air.. pasal tak reti berenang.. kalau mandi sungai.. mandi kat air cetek jer.. tajo dengan taut benda yang sama yer.. baru tauu.. hehe..lain tempat lain sebutannya kan..

Nabialishad: Memang ramai yg tak pernah tengok buah asam gelugur.. especially yang berasal dari bandar.. selalu dok jual kat kedai.. yang dah siap hiris dan jemur..
Tq juga coz sudi jenguk rumah MaDiHa

Azurahakim: Memang suka mencari buah2 yang pelik utk dikongsi bersama.. juga utk rujukan anak2 cucu MaDiHa nanti…

Yah: Thanks juga sudi berkunjung kemari…

Nur: Adik MaDiHa si Abby tu pun masa kat kg aritu lagi laa jakun... dia ingatkan manggis.. dia ckp kenapa manggis ni hijau… abis kena gelak dengan adik beradik hubby..

Sabrina: Memang jarang jumpa buah ni Sab. Hanya kat kg2 tertentu jer yang ada pokok ni..

Mamasya: Rupanya yang macam manggis tu hanya pada kelopak kat tangkai tu jer.. bentuk buahnya lain sebab asam gelugur ni kulit dia macam berpangsa2 gitu.. manggis kulitnya licin jer.. tp kalau tengok sekali imbas memang macam manggis muda..

Hajar: Betul tu Hajar.. apalah ertinya kuah laksa penang tanpa asam gelugur..

Kak Jie: Laa.. macam janji2 plak kita ni yer dpt buah gelugur.. eerrr.. Kak Jie..pucuk & buah gelugur tu boleh buah sayur ker? tak tau plak MaDiHa ni... macamana masaknya?






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net