Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Jul-2007 01:27 Email | Share | Bookmark
Puding Marble Pelangi Blackmore... Untuk Kak Ina..

Puding marble pelangi Blackmore... utk Kak Ina
lebihan bancuhan.. isi dlm ni..
dah potong.. macam ni rupanya..
tapi ini yang lebih tadi..
bancuhan warna coklat
bancuhan warna kuning
bancuhan warna pink
siap melapis... jadi ler mcm ni..
ini nasi kenduri tahlil tu... my portion.. hehe..
bubur cha cha pun ada..
dah abis kenduri.. Kak Ina bagi bubur ni.. banyak berlebih..
Last Tuesday.. genap 7 hari pemergian suami Kak Ina.. jika sebelum ni Kak Ina buat tahlil 3 malam berturut2 di rumah ibu mertuanya... kali ni.. Kak Ina buat kat rumah dia pulak. MaDiHa tak tau nak bagi apa tambah2 pulak badan masih letih balik dari kampong... dok fikir benda yang mudah2 jer.. terlintas ler nak buat Rainbow Marble Pudding Blackmore ni.. aritu dah pernah buat sekali.. memang sedap sangat.. rasa lemak2 manis.. memang bestlah puding ni.. Buat pun tak la susah sangat.. TQ to Blackmore untuk resepi yang sedap ni..

Petang Isnin tu balik dari kerja.. sampai rumah cepat2 siapkan dinner.. siap2 makan dan sebagainya.. MaDiHa pun buat ler projek puding marble pelangi ni.. siap melapis.. biarkan dia sejuk sket.. sebelum masuk tidur.. terus masukkan dlm peti ais. Petang esok.. boleh bagi Kak Ina sebagai pencuci mulut kenduri tahlil rumah dia nanti...

Inilah puding tu.. sebelum hantar ke rumah Kak Ina.. posing ler dulu..


Ini lebihan bancuhan.. MaDiHa letak dlm bekas plastik kecik ni..


Dah potong2 macam ni ler rupanyaa... tapi ini yang dlm bekas kecik tu... yang kat rumah Kak Ina selepas potong tak amik gambor... segan sehh... orang sibuk bertahlil.. kita sibuk nak amik gambor plak..


Ada tanya Kak Ina samada dia perlukan bantuan untuk masak kenduri tahlil tu nanti.. tapi Kak Ina cakap semuanya dia dah suruh adik ipar dia yang masak (caterer). MaDiHa ingat.. kalau Kak Ina nak masak sendiri.. MaDiHa boleh ambil half day utk tolong dia.. bila dia cakap macam tu.. MaDiHa pun kerja macam biasa jelah hari selasa tu. Balik kerja jengok gak kejap umah Kak Ina.. tapi Kak Ina cakap takde apa pun nak buat.. dia pun tengah tunggu adik ipar dia hantar makanan... Lepas solat Maghrib baru MaDiHa pergi... Si Haziq pulak tau jerlah dia.. bukan boleh dok diam.. pintu terbukak dia pun kejap keluar kejap masuk.... sabor jelahh.. pastu dia meragam plak nak tidur.. MaDiHa pun mintak diri ler dulu utk tidurkan Haziq... Bila Haziq tidur.. orang dah makin ramai saudar mara Kak Ina.. lepas orang surau solat Isyak.. rumah Kak Ina pun dah penuh.. itupun siap bentang tikar kat corridor dan atur kerusi.. kerusi makan MaDiHa pun keluarkan jugak.. faham2 laa.. dalam rumah bukan besar sangat.. jadi separuh duduk kat tikar kat luar termasuk ler hubby..

Siap tahlil.. masing2 pun menjamu selera... tak terkecuali MaDiHa.. tapi MaDiHa ambil last sekali... segan sehhh... biar semua orang makan dulu.. lagipun kita dok sebelah jer.. tak kisah ler makan lambat ponn... antara lauk pauknya ialah Paru Sambal, Asam Pedas Ikan Tenggiri, Rendang Ayam, Sayur Campur & Telur Masin.. semua kita rasa.. serba sikit Pencuci mulut plak.. ada Bubur Cha Cha dan tak lupa Puding Marble Pelangi Blackmore yang MaDiHa bagi tuu..

Inilah nasi kita.. hehe.. siap cedok lauk.. wat masuk rumah kita.. Haziq pun dah bangun masa ni.. suap ler dia dulu.. (lauk sayur & ikan goreng kat umah) Lepas Haziq makan baru ler kita lak makan..


Bubur Cha Cha.. rasa cam tak cukup jer semangkok kecik ni..


Sekalinya lepas siap kemas2.. Kak Ina bagi bubur ni utk pulangkan bekas puding tadi.. alhamdulillah rezeki... tadi nak tambah segan tau2 dapat lagi


Ok.. untuk resepi sesiapa yang nak mencuba.. disertakan di sini..

RAINBOW MARBLE PUDDING
Sumber: Sis Blackmore

Bahan-bahannya
2 bungkus serbuk agar-agar (sebungkus 13 g)
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya

Cara-caranya
1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker, kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih. Kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk. Bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata. Adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing-masing diwarnakan dengan kuning dan merah.
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung ataupun bulat seperti yang dalam gambar.
6. Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras. Tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat. Ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
7. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan.

Note: MaDiHa menggunakan acuan 10" x 10" x 3"

Quote:
Jeff: pasal tu nama resepi ni pun ada rainbow..

Kak Jie : memang sesuai Kak Jie.. corak dia menarik..

Mamasya: rasanya boleh tahan.. kena dengan selera MaDiHa.. thanks to sis blackmore... bolehlah try buat nanti yer



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net