Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Jul-2007 02:33 Email | Share | Bookmark
Daging Goreng

Daging Goreng
Resepi ni mudah dan ringkas.. masak untuk dinner baru ni... resepi ni favorites hubby MaDiHa..



DAGING GORENG

Bahan2
500 gm daging - potong 3 dan direbus hingga empuk.. baru dihiris lebar2
1 biji carrot - hiris serong (boleh ganti dengan kacang panjang atau apa2 sayuran lain yg sesuai)
4 biji cili hijau- hiris
4 biji cili api - diketuk
1 biji bawang besar - mayang
2 inci halia - hiris lebar2
2 ulas bawang putih - ketuk & cincang
sedikit tepung gandum
garam & perasa
serbuk kunyit
minyak utk menggoreng

Cara2 Memasaknya
-Daging yang direbus dan dihiris tadi digaul dengan garam dan kunyit. Kemudian direnjis2 dengan sedikit air. Taburkan sedikit tepung gandum supaya melekat pada kepingan daging. Gaul rata.
-Panaskan minyak dan goreng daging tadi hingga garing.. angkat dan ketepikan dulu.
-Kurangkan minyak dlm kuali tadi.. tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan halia, bawang besar & cili api.. Kacau2 sebentar kemudian masukkan cili hijau dan carrot. Tambah air sikit jer jika perlu utk melembutkan carrot.
-Masukkan garam dan perisa..kacau kejap. last sekali masukkan daging goreng. Kacau rata dan bolehlah dihidang.


Quote:
Ouled Kenitra: kalau nak cuba apa salahnya..

Tinggi-tinggi Gwan Ak didaki
Minda cergas badan pun kuat
Seronok sungguh dia pergi bercuti
Semua dijelajah, gunung pun dah dipanjat

Kak Jie: Boleh ajer Kak Jie.. lagi best kot.. MaDiHa tak bubuh asam pasal hubby tak suka masam2.. nanti kacau mood resepi feberet dia..

Sabrina: Boleh jugak Sab.. boleh bubuh apa2 sayur yang sesuai..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net