Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Jul-2007 03:12 Email | Share | Bookmark
Sambal Tumis Udang & Nasi Goreng Recycle

Sambal tumis udang
 
Nasi goreng recycle
 
Malam tadi masak sambal tumis udang.. Ada ler lebih sikit sambal tu.... pagi tadi masa nak goreng nasi untuk sarapan... dicampurkan sekali jadi rencah nasi goreng... daripada membazir.. baik ler recycle.. ye dak? jadilah Nasi Goreng Recycle


SAMBAL TUMIS UDANG
Bahan2 (agak2 la yer)
Udang - buang kulit tinggalkan bahagian ekornya
bawang merah]
bawang putih] diblend hancur
cili kering]
belacan]
bawang besar - hiris
minyak masak
gula, garam & perasa
air asam jawa

Cara2
Panaskan minyak.. Tumiskan bahan2 blend tadi hingga garing. Masukkan 1 sudu besar gula supaya ianya cepat garing. Bila dah garing masukkan udang, bawang besar dan air asam jawa dan juga garam & perasa. Biar sebentar hingga udak masak.


NASI GORENG RECYCLE

Bahan2
nasi semalam - peroikan
2 helai daun kubis - hiris
2 biji telur
lebihan sambal tumis udang
2 ulas bwg merah- hiris
2 ulas bwg putih -ketuk & cincang
garam & perasa
minyak masak

Cara2
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan bawang merah dan kacau kejap. Masukkan sambal tumis dan biar hingga garing. Pecahkan telur ke dalam kuali dan biar telur masak.. jangan kacau supaya telur tak hancur... kaup dan terbalikkan telur biar masak rata. Bila dan masak.. baru di tekan2/dipotong2 ketulan telur tadi dengan sudip supaya jadi kecik2 sket. Masukkan kubis, garam dan perasa. Gaulkan rata. Bila kubis layu.. masukkan nasi dan digaul rata2 hingga sebati. rasakan garamnya. dan bolehlah dihidang.


Quote:
Nur: MaDiHa pun feberet jugak.. Dini lagi ler kalau ada sambal tumis macam ni..bertambah2 ler dia makan..

Kak Jie: Samalah kita tak suka membazir.. MaDiHa memang diajar sejak kecik lagi oleh keluarga supaya tak membazir makanan..

Sabrina: Boleh ajer Sab.. akak sebenarnya buat camtu pasal pertamanya memang sebab taknak membazir.. kedua sebab boleh jimat masa tak payah blend ciliā€¦


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net