Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 27-Jul-2007 08:20 Email | Share | Bookmark
Buah Kundang & Jeruk Kundang

buah kundang
masammm...
kundang dijeruk masin terlebih dulu b4 jeruk manis
dibersihkan dulu
baru dibelah2.. cantik warna bijinya.. kundang gitu..
siap belah dan buang biji
kundang dah dijeruk... sedapnyerrr...
nyum nyummmm...
Kundang Jeruk.. dah boleh makan..
Buah kundang ni ambil kat kampong hari tu. Hubby dengan adik2 jer pegi ke kebun.. sebab jalan nak ke kebun tu tak boleh masuk kereta. So diaorang jer yang pegi berempat naik motor.. dapat ler 1 bakul & setengah baldi.. Hubby cerita pacat bukan main banyak kat kebun.. sebab musim hujan ni.. pacat memang suka keluar kalau tanah2 lembab. huhuhu… nasib baik tak ikut.. kalau tak mau berkinja2 kat situ..

Buah kundang


Kitorang berbagi2 ler sorang sikit.. ma, adik hubby Ida yang duduk Kajang tu dan MaDiHa. Tinggal sikit utk mak.. Cadang nak buat jeruk… tapi bila balik PJ hari pun dah lewat.. letih sangat dah tak larat nak belah2 buah kundang ni. Tapi oleh sebab takut buah ni rosak, MaDiHa basuh2 dan jeruk masin sebiji2 jer malam tu. Jeruk dulu nanti boleh dibelah2 buang bijinya kemudian. Terlampau nak cepat.. tak sempat nak rendam air kapur. Kaedah rendam air kapur adalah supaya jeruk tu nanti jadi rangup..

Gambar tak cantik.. guna hp jer..


Selepas rendam 2 malam barulah boleh dijeruk manis.. kali ni MaDiHa buat jeruk berlada versi Trengganu.. selalu jeruk dengan air gula putih macam tu jer.
Dah siap buang biji.. sepatutnya dibelah sebelum jeruk masin.. tapi dah ngantuk.. lepas jeruk masin baru belah...nasib baik Dini rajin menolong buang biji ni.. kalau tak jenuh gak tuu...


Inilah dia jeruk kundang yang dah siap... terliur tak..?

JERUK KUNDANG BERLADA
(Versi Trengganu)

Bahan2
Buah kundang yang masih muda
Garam
Air
Gula merah
Gula putih
Cili kisar dari cili kering (takmau cili boh yer.. sebab dlm cili boh ni dicampur bahan lain.. takut jeruk cepat rosak)

Cara2 Membuat
Buah kundang dibasuh bersih2 dan toskan.
Belah 2 atau 4 buah kundang dan buangkan bijinya.
Rendam dlm air kapur kejap. Pastu basuh balik buah tu dan rendam dalam air biasa. Campurkan garam dan kacau rata. Pastikan guna garam yang banyak mengikut kuantiti buah. Agak2lah yer.. kalau tak cukup garam nanti buah cepat rosak.
Lepas 2 malam jeruk air garam.. basuh buah bersih2 dan toskan.
Masak air gula merah pekat2 dan tapiskan.
Campur air gula merah tadi dengan cili kisar dan juga garam. Kuantiti gula yang digunakan agak banyak. Bila air gula dah sejuk.. tuangkan ke dalam bekas berisi buah kundang tadi dan kacau rata. Masukkan dalam peti ais dan biar terendam. Keesokannya dah boleh dimakan.. boleh disimpan beberapa hari jika letak dlm peti ais. Kalau kat luar.. mungkin tak tahan lama kot… tak pernah try la pulak.

Quote:
Mamasya: MaDiHa tengok pun terliur gakk.. hehe.. itulaahhh kalau dekat boleh gak bagi semangkuk..

Umi: yer.. sempoi jer jeruk ni.. tak susah membuatnya

Kak Jie: Peminat2 asam… memang akan terliur tengok kundang ni.. tambah2 kalau dah buat jeruk kan kak.. kalau dekat leh bagi akak sikit..

Anir: sabar yer anir… mintak mahap ler buat terliur..

Kamalina: terliur gak ker? Ni mesti kaki asam niii….

Sabrina: Kat KL memang susah nak cari jeruk berlada.. tak kira buah apa… tapi kalau belah2 pantai timur.. memang biasa orang jual jeruk berlada ni.. hinggakan kaki lembu pun diaorang jeruk mcm ni.. sedap tau jeruk tuu.. kitorang panggil jeruk kateh… aduu mak.. akak yg cerita akak pulak yang terliur

Fliffy: haa.. fliffy ni memang bukan kaki asamm.. kalau tak mesti dah meleleh

Nur: sabor yer Nur..

Yah: memang sedapp.. tapi bila makan sampai sepet2 mata menahan masam

Rinnchan: kalau yang kuning tu dah kurang masamnya.. kalau yg tu boleh makan gitu ajer kan.. tak pun cicah ngan garam.. sodappp…




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net