Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 30-Jul-2007 02:54 Email | Share | Bookmark
Kisah Durian..

ini aje yang dibawa balik
yang ni masih dlm kete sorong
isi durian nak simpan dlm peti ais
 
tempoyak sedap
dibuat sambal
chiffon durian b4 bakar
dah masak kena terbalikkan semasa proses penyejukan
Chiffon Durian..
memang sedap.. lembut & gebu..
Muffin Durian
Sedap jugak.. terasa durian
Talapia masak tempoyak
Muffin Durian.. closed up
Dah seminggu berlalu.. baru sempat masuk entry gambor2 durian yang dibawa balik dari kampong minggu lepas.. hehe.. Sekarang.. dimana2 boleh nampak orang jual durian nii.. masa durian baru keluar dulu.. hubby ada gak ler beli sebab teringin sangat.. tapi mahalnya mak datok… sebiji saiz besar tu.. RM10.00?? Terkejut kita… tapi oleh kerana hubby dok teringin sangat dia beli ler jugakk.. Kalau MaDiHa memang tak beli laa.. pasal bukan buah kegemaran… Yang hairannya bila time buah tu dah murah dan melambak orang jual hubby takmau pulak beli.. dia cakap.. takperlahh kita tunggu buah durian kat kg gugur.. hehehee… agaknya sebab dah beli masa buah mahal aritu.. dah terubat rindu dia nak makan durian.. Masa kat kampong MaDiHa buat serawa durian makan dengan pulut tanak.. tapi terlupa nak amik gambor..

Selain bawak balik buah durian.. mak ada jugak bagi tempoyak… kalau rajin dan ada masa terluang kat rumah.. memang banyak buah durian yang boleh dibuat tempoyak.. tapi disebabkan bimbang takde masa nak melicik ulas durian tu.. MaDiHa tak ambil pun... hanya ma jer yang ambik.. bila siap diperisi ulas2 durian tu.. dapatlah dekat 1 guni beras 10kg tu… jenuh ler tu nak dilicik.. tapi takper.. ma ada ramai pembantu… adik ada, menantu pun ada…

Sayang tengok buah yang dah terbuka sikit tu.. memang kalau nak dimakan masih boleh.. tapi oleh kerana buah yang banyak.. kalau nak makan.. mesti ler ambil buah yang baru gugur. Jadi buah yg gugur semalam atau 2 hari tu… biasanya mak buat tempoyak aje. Bergebok2 tempoyak mak. Memang tak habis makan.. kadang kala ada juga orang datang mencari tempoyak mak.. bolehlah buat belanja hasil jual tempoyak.. yang specialnya.. tempoyak mak original.. takde dicampur dengan benda2 lain selain garam. Kalau beli tempoyak kat pasar.. kadang kala dicampur dengan pisang dll… itu orang ckp ler.. MaDiHa tak pernah beli pun tempoyak kat pasar…

Inilah tempoyak yang mak bagi..


Ini pula sambal tempoyak mentah senang jer buatnya.. tumbuk cili padi & ikan bilis (rendam dulu) + garam sket. Pastu masa nak makan.. gaulkan dengan tempoyak… sedapppp!!


Yang ini pulak talapia masak tempoyak.. dah lama buat sebenarnya... ni dah kebetulan masuk cerita pasal durian ni.. MaDiHa selitkan sekali... resepinya sempoi ajer... bahan2nya hanyalah ikan (apa2 ikan pun boleh - MaDiHa guna talapia sebab nak habiskan stok talapia yang Lily bagi hari tu..), timun, cili padi, kunyit hidup, tempoyak, air, daun kunyit (MaDiHa tak bubuh), garam dan perasa....


Dah nak balik baru sempat amik gambor durian ni.. sibuk2 tak sempat nak amik gambor.. yang dlm kete sorong ni dah kena pilih dengan adik ipar.. hehehe… dia balik dulu.. ma punya pun dah masuk dlm bonet kete… MaDiHa pulak ambik tak banyak.. takut tak habis makan.. itupun bagi Sujah 3 biji, jiran depan rumah (Lily) 2 biji saiz sedang.. & Kak Ina sebiji saiz besar tuu… itupun bagi keesokan harinya pasal masa balik tu hari lewat malam.. orang semua dah tidur..


Lepas dah bagi2 kat jiran.. MaDiHa pun buka durian yang tinggal.. bukan utk dimakan.. tapi saja nak simpan dalam peti ais. Nak makan dah tak lalu sebab masa kat kampong dah banyak makan. Kalau tak buka bimbang pulak rosak sebab durian ni tak tahan lama.. Harus diingat.. kalau nak simpan durian dalam peti ais kenalah simpan dalam bekas bertutup… kalau tak.. abis satu peti ais berbau durian…


Hari Jumaat lepas sempatlah mencuba resepi dari Kak Roylazim iaitu Kek Chiffon Durian… terima kasih pada Kak Roylazim sebab sudi share resepi Chiffon Durian ni. Masa membakarnya satu rumah berbau wangi durian ni… aduhhh rasa tak sabar nak rasa. Ini first time MaDiHa buat chiffon.. tak sangka pulak menjadi.. walaupun keknya turun sedikit berbanding semasa membakarnya naik tinggi.. tapi kek ni masih lembut dan gebu. Rasanya memang sedap… MaDiHa suka… lebih sedap dari buah durian asli. Hehehe… Sempat bagi rasa Sujah sikit..






Quote:
CHIFFON DURIAN (FP Roylazim)
Ingredients:

Egg Yolk Batter:

6 egg yolks
150 ml. coconut milk
4 Tbsp. Corn oil
1/4 tsp. salt
150 gm. Isi Durian (mashed)
40 gm. caster sugar
140 gm. Plain flour

Egg White Foam:

6 egg white
1/4 tsp. Cream of Tartar
80 gm. Caster Sugar

Method:

(1) Mix all the egg yolk batter together. Stir till smooth.
(2) Whisk egg whisk till slightly forthy then gradually spoon in the sugar till finish. Whisk at high speed until forthy adn stiff peak form.
(3) Gently fold beaten egg white into egg yolk batter.
(4) Pour batter into a 25 cm. chiffon cake pan. Bake at 175C for about 45 mins. or until cooked.
(5) Remove cake from oven and invert the pan onto a wire rack and leave it to cool completely.
(6) Remove cake from pan and serve.


Hari Ahad pulak… angin rajin datang lagi.. MaDiHa try buat Muffin Durian pulak.. alhamdulillah menjadi dan sedapp juga… Tapi macam biasalah.. muffin tekstur dia agak berat berbanding kek.. Kalau diberi pilihan.. MaDiHa lebih suka Chiffon Durian dari Muffin Durian… tapi alhamdulillah.. kedua2nya dah selamat.. bagi kat Lily sikit sebab nak pulangkan piringnya.. dan pagi ni bagi sikit pada pengasuh…



Quote:
MUFFIN DURIAN
Bahan2
1 3/4 cawan tepong serbaguna
2 s/k baking powder
1/2 cawan gula castor (MaDiHa guna soft brown sugar)
secubit garam
3/4 cawan isi durian -hancurkan
260 ml susu segar
1/4 cawan minyak jagung
1 biji telur - pukul sedikit

Cara2
Aturkan muffin cup dlm muffin try.
Panaskan oven 160-170C.
Satukan bahan2 kering dalam satu mangkuk.
Satukan bahan2 basah dalam satu bekas. Kemudian masukkan durian dan kacau hingga rata dan durian sebati.
Tuangkan ke dalam bahan2 kering tadi dan dikacau rata. Tuangkan ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan bakar selama 25 minit dengan suhu 170C (bergantung pd oven)


Quote:
Kak Jie: memang senang.. main kacau2 jer macam buat cekodok..

Roylazim: terima kasih kak roy.. belum pas lagi.. masih kena belajar lagi nii..

Anir: alahaii ruginya.... MaDiHa pun bukan penggemar durian sebenarnya.. tapi masih boleh makan laa.. setakat 4 ulas masih boleh lagi.. tapi kalau dah dijadikan kuih.. jadi feveret pulak

Jeff: betul tu abg jeff.. raja segala buah.. macam2 boleh olah.. asalkan rajin mencuba

Kamalina: cuba ler buat sekali… gerenti jatuh cinta..

Umi: TQ.. memang cantik2 tupperware tu..

Nur: Betul Nur.. macam2 boleh direka dengan durian ni.. nak kena tunggu next season plak.. boleh cuba buat kuih lain pulak..

Kak Jie: TQ akak utk resepi kerabu tu yer.. nanti kalau MaDiHa dah buat.. akan ditepek dlm FP ni.. tapi kena tunggu sepupu belikan ler.. pasal MaDiHa jarang balik sana kecuali ada hal.. ada sedara sebelah hubby kat sana..

Sabrina: Itupun belum habis lagi kuih muih yang dicuba menggunakan durian ni… kena tunggu tahun depan pulak… Kesian Sab yer… patutlah Sab selalu pening2 yer.. agaknya sebab BP dah naik tu.. kena selalu jaga pemakanan lah macam ni Sab.. tak boleh mkn sembarangan..

Yah: Alahaiii nak pos dah abis ler Yah.. kek durian tu memang sedapp.. gebu sangat.. rugi tak cuba tau..





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net