Want your
own Fotopage?






















































 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 31-Jul-2007 07:14 Email | Share | Bookmark
Menu hari sabtu..

ayam goreng kunyit
ikan merah masak kicap berempah
bayam merah tumis air
buah cempedak
cempedak goreng
Aduhhh.. hari ni agak bz sikit kat opis ni... tak sempat nak update apa2 pagi tadi.. tapi dalam hati ni seboleh2nya nak masuk jugak FP ni.. nak buat macamana yer... kalau sehari tak masuk FP.. resah gelisah rasa hati ni.... alhamdulillah.. ni dah tenang sikit.. boleh ler luangkan masa kejap..

Takde apa pun cerita menarik.. just nak masuk apa yg kita masak petang sabtu baru ni.. Untuk lunch Sabtu baru ni.. MaDiHa dan anak2 makan kat rumah Sujah.. merangkap tukang masak (hubby kerja) Bukannya apa.. sebenarnya hari Sabtu baru ni Dini kena sekolah ganti. Jadi lepas hantar dia sekolah pagi tu.. MaDiHa singgah rumah Sujah kejap sebab nak hantar kek chiffon durian yang dibuat petang jumaat sebelum tu.. dah borak2 ngan Sujah & anak2nya yang balik bercuti weekend jam pun dah tunjuk pukul 9 lebih.. hmmm.. kalau nak balik alang2.. nanti pukul 11.30 nak kena dtg PJ lagi jemput Dini balik sekolah.. dari Bandar Sunway nak ke PJ jauh gakk laa.. ahh alang2.. lepak jerlah kat rumah Sujah.. Kebetulan hari tu Sujah & anak2 nak pegi shopping baju raya.. Sujah cakap lepak jerlah kat rumah.. coz cousin MaDiHa.. Bie ada.. Pastu Sujah memberi kepercayaan suruh masak2 utk lunch.. dia cakap makan jerlah kat sini.. tp kena masak sendiri ler... Sujah pun keluarkan daging, ikan aji2/ikan sisa nabi, dengan labu kuning. MaDiHa masak kicap daging, asam pedas ikan aji2 dan labu goreng + udang geragau. Alhamdulillah kenyang..

Gambar2 ni yang dimasak utk minum petang/dinner hari sabtu tu.. masakan org malas... ni memang menu sempoi habis ni.. budak darjah 6 pun boleh masak.. hehe..

Ni ayam goreng kunyit.. sapa tak tau masak ni.. tak tau ler nak kata apa


Ni pulak ikan merah masak kicap berempah.. resepinya pun sempoi gak..


Quote:
IKAN MERAH MASAK KICAP BEREMPAH

Bahan2
3 Keping ikan merah – cuci bersih
1 biji bawang besar – mayang bulat
6 ulas bwg merah]
2 ulas bwg putih] diblend halus
1 inci halia]
1 sudu besar ketumbar]
1 sudu kecil jintan manis ] 2 jenis rempah biji ni disangai dan ditumbuk halus
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
kicap secukupnya
serbuk perasa
2 keping asam gelugur
minyak masak

Cara2 memasak
Ikan merah dilumur garam kunyit & goreng garing.. ketepikan dulu..
Kurangkan minyak dlm kuali tadi dan tumis rempah tumis spt kayu manis, bunga lawang dan cengkih.
Bila wangi masukkan rempah yang ditumbuk dan juga bawang halia blend tadi. Tumis hingga garing.
Masukkan sedikit air, kicap, serbuk perasa dan asam keping. Kalau suka berkuah.. boleh lebihkan air. Biar seketika kemudian masukkan bawang besar mayang. Bila bawang layu sikit.. terus masukkan ikan merah yang digoreng tadi. Balik2kan biar rata.. biar secukup rasa dan bolehlah diangkat dan hidang.


Yang ini pulak.. bayam merah tumis air.. hehehee.. lagi sempoi habis..


Menu kali ni.. sesuai utk budak2.. sebab tak pedas...

Dan ini pulak buah cempedak yang dibawa balik dari kampong hari tu.. dah seminggu baru masak... itupun baru sebiji


Ini yang dah siap digoreng..


Quote:
CEMPEDAK GORENG

Bahan2
Isi cempedak
minyak masak

Bahan utk batter (main agak2 jer..)
tepung beras
tepung jagung sikit
air
garam
serbuk kunyit
air kapur
telur sebiji

Cara2
Bancuhkan semua bahan2 batter hingga rata dan pekat. celupkan isi cempedak dan goreng dlm minyak yang banyak..


Buah ni sebenarnya tak berapa cantik.. ada busuk2 sikit.. pasal tu tak bagi kat sesapa... baru ni baru la masak sebiji.. isinya taklah byk sangat pasal ada yg tak elok.. Masa goreng ni konon2 nak bagi kat jiran2.. tapi sekalinya.. jiran2 semuanya takde kat rumah.. maklum ler hari cuti.. masing2 berjalan ler kot.. takde rezeki ler.. Nak pi hantar rumah Sujah.. malas ler pulak nak keluar.. kalau dekat memang dah bagi dah.. Jadinya habis kat kitorang 4 beranak jerlaa..


Quote:
Nur : Iyerlah Nur.. maklumlah tengah kemaruk FP.. resepi ikan tu MaDiHa dah masukkan..

Ain: Hai Ain.. lama tak dengar berita.. sihat ke? Cempedak tu kalau nak.. datang ler rumah.. ada lagi sebiji menunggu utk digoreng..

Jeff: memang ngam sangat cempedak goreng dgn kopi panas tuu… nak pulak musim2 hujan ni..

Mamasya: betul tu.. rasa serba tak kena sehari tak masuk FP

Kamalina: time ujan2.. mulut ni nak mengunyah jer kan..

Misliha: Aduhaii Kak Miss… tak payah ler akak masukkan gambar2 sayur.. pasal gambar2 kek yang akak buat lagi mengancam jiwa dan raga ku…

Sabrina: kadang2 resepi2 ringkas pun boleh bangkitkan selera kan.. asyik makan yg bersantan.. takut jugak kolesterol tinggi..


makan tak kenyang tidur tak lena disebabkan belum masuk ke fp yea... resah gelisah..macam mane mesti nak masuk kan..
Anyway, nur suker ikan merah masak kicap rempah..tapi resepi tak der ke madiha?.. cempedak goreng memang yummylicious
Tue 31-Jul-2007 08:04
Posted by:Nur  - [Link]
Waa...sedapnya lauk..ikan masak kicap tu favourite hubby Ain tu..nampak mengancam jer....dah lama tak makan cempedak goreng ni..yummy..nak cikit. Tue 31-Jul-2007 08:31
Posted by:Ain  - [Link]
>> pekena cempedak goreng dengan kopi o panas mmg best... Tue 31-Jul-2007 10:16
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
sayapun dah mula melekat dg FP macam Madiha jugak... cempedak goreng,sedapnya... Tue 31-Jul-2007 13:14
Posted by:mamasya  - [Link]
sedapnya cempedak goreng tu.. nak lak time hujan2 ni... Tue 31-Jul-2007 14:42
Posted by:kamalina  - [Link]
sayur-sayur pun dah masuk FP ya, satu perubahan nie, kak mis pun kena buat gini ler bagi menyelerakan sikit hehehehe Tue 31-Jul-2007 15:40
Posted by:Misliha miss_creativecakes@yahoo.com  - [Link]
Semua resepi yang akak kata sempoi tuh pada Sab sedap belaka . Lama dah tak makan bayam merah tumis air tuh.. Selalunya makan bila mak masak.. idak pernah lagi masak sendiri.. Tang cempedak goreng pulak, baru je Sab makan weekend lepas.. masih terasa kemanisannya di mulutku ini.. hehehehe Tue 31-Jul-2007 23:21
Posted by:Sabrina  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.