Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 2-Aug-2007 02:36 Email | Share | Bookmark
Gulai Kawah & Pecal

pecal & nasi goreng
pecal.. my feveret..
gulai kawah daging.. hubby yang masak tau..
gulai kawah ayam dlm kuali... masih berasap tu..
 
Setelah berkira2 nak buat pecal disebabkan ada pucuk ubi gemok2 yg dipetik umah Sujah last Saturday... akhirnya jadi jugak pecal ku hehehe... balik kerja semalam singgah kedai beli bahan2 yg masih kurang... bahan2 lain semua dah ada dlm esbox..

Sampai jer rumah.. baru perasan ada missed call dari Lily jiran depan rumah tu.. masa dalam kereta tengah drive memang tak dengar bunyi tel pasalnya.. MaDiHa letak handbag dlm bonet terlupa nak ambil masuk kereta semula . Biasanya bila nak jemput anak2 rumah pengasuh di tingkat 4.. handbag bimbang pula nak letak dlm kereta.. nanti tak pasal2 org pecah cermin kereta sebab nak ambil handbag.. sebagai langkah keselamatan.. baik ler letak dlm bonet

Cerita pasal Lily tadi... rupanya dia nak tumpang rumah sementara suaminya balik kerja dlm kul 9 mlm.. sebab dia terlupa bawa kunci rumah masa nak keluar kerja pagi semalam.. laaa.. kesiannya.. dok borak2 dgn dia kejap.. last2 keje memasak dimulakan agak lewat.. heheh.. Tapi sebenarnya Lily dah cakap.. suruh MaDiHa masak dan buat kerja.. dia pun faham taknak kacau rutin harian MaDiHa.. tapi.. tak sedaplah kann.. ada tetamu kat rumah takkan nak dibiarkan sendiri kat ruang tamu yang kita nak dok kat dapur buat kerja..

So dah siap hidang teh o dan pisang goreng yg dibeli kat tepi jalan ada lagi 4 ketul sosej roll lebih sarapan pagi tadi hidang sekali.. & cempedak goreng yg Lily beli.. kami pun berbual2 kejap sambil minum teh o & makan2.. anaknya Zetty pun dah balik dr sekolah ajak minum sekali.. berceritalah kejap dgn diaorang

Dah habis minum2.. barulah boleh memulakan aktiviti memasak... sasaran utama mestilah pecal!!.. MaDiHa pun dah keluarkan daging dari esbox.. konon2 nak masak daging rendang hitam.. tapi kensel pasal tak cukup masa dah lewat sangat masa tu. Bila hubby balik dia ckp.. tak payah ler masak lauk lain.. goreng ikan masin jer cukup.. pasal nasi dah masak awal2 lagi.. dok fikir2.. last2 lepas siap buat pecal.. MaDiHa buat nasi goreng ajer sebab Dini tak reti makan pecal ni.. utk baby tak sempat buat apa.. dia pun tidur awal mlm td hanya minum susu ajer.. cian Haziq.. but tak kisah laa.. dia pun dah kenyang susu MaDiHa makan pecal puas2... pastu mkn nasi goreng cikit jer.. puas ler mkn kali ni.. dah lama teringin.. oh tak lupa.. MaDiHa pun bagi semangkuk utk Lily...

Quote:
PECAL

2 ikat pucuk ubi (dicelur dan dipotong)
300 gm kacang panjang (dicelur)
300 gm kangkong (dicelur)
1 biji timun (dihiris memanjang)
2 biji telur ayam (direbus)
2 keping tauhu (digoreng & potong kiub)
3 keping tempe (dipotong kecik2 & digoreng)
200 gm sengkuang (dipotong halus)
taugeh - celur kejap

Bahan Kuah
2 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak dan di kisar) - MaDiHa goreng dgn minyak pasal nak cepat
2 cm belacan
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 ketul isi cekur (dlm 2 inci ler kalau diukur2.. pasal cekur ni kecik2 jer saiznya)
10 cili kering -MaDiHa guna 20 biji cili padi
jus asam jawa
gula merah dan garam

Cara
Bwg besar, bwg putih, cekur, cili padi digoreng sekejap hingga layu.. guna minyak sikit jer.. pastu kisar halus bahan2 goreng tadi dan juga belacan. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama dengan kacang tanah kisar dan jus air asam jawa. Tambah air kalau masih pekat. Didihkan dengan api sederhana hingga pekat. Masukkan gula dan garam secukupnya dan bolehlah dihidangkan bersama2 sayur-sayuran tadi.


Nak tengok gambar pecal yg lebih clear.. sila klik kat SINI

Gulai kawah yang hubby masak..

Dan ini pula Gulai Kawah yang hubby masak hari Jumaat just b4 kami balik kg. Hari Jumaat tu dia ambil cuti.. minggu tu dia kerja mlm.. jadi pagi Jumaat tu dia balik dari kerja mlm terus singgah pasar beli daging dan bahan2 utk gulai kawah tu. Dia teringin sangat masa tengok dlm Kosmo! Ada pulak resepi.. dia pun ckp dia nak try resepi ni.. bila MaDiHa balik kerja half day Jumaat tu.. tengok dlm kuali.. WOW!! ada gulai kawahh... sedapnyerrrrr.... tambah pulak nampak kentang tu potong besor2.. huhuhu.. TQ abanggggg... rajin tolong masak utk lunch hari tu.. so lepas dia balik dr solat Jumaat kami pun makan sama2.. lauk tu byk pulak berlebih so oleh sebab nak blk kg.. MaDiHa bawak blk kg nak simpan pun takut rosak.

Bila sampai kg.. diaorang dpt ler merasa sorang sikit.. sampai tak cukup sedap benor agaknya hehe sebenarnya benda tu mmg tak byk.. so ma pun ckp kat hubby.. ni kena buat lagi niiii... pastu kat kg.. hubby pun kena turun padang lagi kena masak gulai kawah.. tapi masa kat kg buat gulai kawah ayam pulak sebab takde stok daging Adik2 MaDiHa semua tak sangka yang hubby pandai masak.. heheheee.. MaDiHa memang dah tau dahhh.. hubby memang terer masak cuma jarang2 nak turun padang.. coz cik adiknya ni ada

Gulai kawah ayam.. masih dalam kuali besar.. tengah berasap lagi tu atas dapur.. masa ni belum pecah minyak lagi.. MaDiHa sorok2 hp gi amik gambor segan kat mak mertua... takut dia pelik awat ler menantu aku dok amik gambor lauk tuu.. Gambor masa siap tak ambil.. segan kat mertua..


Quote:
GULAI KAWAH
Sumber : KOSMO! 13 Julai 2007
Dari : Norzailina Nordin

Bahan2
100 ml minyak
500 gm daging (dgn bahagian berlemak) – dipotong dadu (Hubby guna daging tanpa lemak)
Air untuk mengempukkan daging
2 biji kentang saiz besar – potong 4 (yang ini hubby tambah.. takde dlm resepi)
2 s/b kerisik
350 ml santan pekat (dari 1 ½ biji kelapa)
2 s/b gula merah
1 keping asam gelugur
garam secukupnya


Bahan A
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Bahan B
(kisar dengan sedikit santan)
2 – 3 camb pes cili
1 labu bawang besar
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
1 s/b rempah kari daging
3 s/b pes rempah rendang basah*
(*yg ini hubby tambahkan lebih kurang 1 cm setiap sejenis spt halia, lengkuas dan ditambah juga 1 cm kunyit hidup & 1 batang serai, 4 biji cili padi, 2 ulas bwg merah.. diblend sekali sebagai ganti pes rendang basah)

Cara Membuat
1. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga harum.
2. Masukkan bahan kisar, kacau hingga naik minyak.
3. Bubuh daging dan kacau hingga kering airnya.
4. Masukkan air, kacau lagi. Bila daging separuh empuk tuangkan santan.
5. Masukkan kentang. Kacau atas api perlahan hingga mendidih. Masukkan pula kerisik, asam gelugur, garam dan gula merah.
6. Kacau sekali-sekala hingga daging empuk dan pekat sehingga terbit minyak.



Quote:
Pemancing Ikan: rasanya tak sesuai kot ikan wat gulai kawah.. dibimbangi.. ikan hanya tinggal tulang sebab isinya hancur dok dlm kawah..

Kak Leen: Wa’alaikumsalam.. sekali sekala.. dia nak juga tunjukkan skill memasaknya pd orang lain…. Kalau tak org tak tau dia pandai masak..

Maklang: resepi dah dilampirkan.. bolehlah cuba yer..

Kamalina: sekali sekala dia tunjuk terror.. tp sebenarnya.. kalau dah ikut resepi.. semua org boleh buat.. antara rajin & malas jer..

Ain: Biasa ler Ain.. mulut ni asyik dok teringin mcm2… macamana ler bdn ni tak naik… asyik dok mkn jer..

Hajar: hehehee… dah lama tak dengar sebutan ‘sngoti’ tu… org Kelate yer..

Ana: Resepi dah dilampirkan.. skrg gulai kawah dah boleh masak dlm kuali…

Sabrina: rasanya sebab gulai ni dimasak dlm kawah ler kot.. sebab gulai kawah ni biasanya org masak utk kenduri2 besar… pasal tu panggil gulai kawah.. tp skrg.. dah boleh masak dlm kuali… cuma nama jer tak tukar ke gulai kuali.. opsss.. resepi dah dimasukkan..

Mamasya: sekali sekali tu nak jugak dia ambil hati isterinya..

Jeff: pecal ni mmg bagus dimakan.. berkhasiat sebab byk sayuran di dalamnya..

Ouled Kenitra: kena ler cari kat pasar malam.. aduhh... tak sempat nak balas pantun nii... sibuk bebenor..

Fliffy: isshh takdelahh guna kawah betul2.. yg hubby masak kat rumah tu guna kuali kecik je.. yg kat kg tu.. guna kuali besar sikit… ala masak sekor setengah jer ayamnyer…

Kak Kham: takdelah kak…. Yg masak kat kg tu guna kuali besar jer.. bukannya msk byk.. ayam sekor setengah jer…

Mamazieza: iyer ker…. Mesti kat sana famous gulai kawah ni kan?

Rinnchan: memang setengah org tak taruk isi cekur.. tapi MaDiHa buat memang suka bubuh cekur tu.. barulah terasa pior pecal ala2 gado-gado from Indonesia..

Nur: Pecal memang boleh bangkitkan selera.. akak & suami memang suka.. tp anak2 tak reti makan…

Misliha: tapi skrg ni pecal dah femes… sapa2 pun dah pandai makan.. sebab.. ianya sodapp…



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net