Want your
own Fotopage?






 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 7-Aug-2007 04:39 Email | Share | Bookmark
Rendang Hitam Daging, Kerabu Mangga & Pucuk Geti Masak Lemak

Our dinner mlm tu..
rendang hitam daging
kerabu mangga
pucuk geti & keledek
Pucuk geti masak lemak
tempe goreng
Agak sibuk sikit sebab baru balik dr kg.. jangan ler hairan asyik dengar MaDiHa balik kg jer.. sebenarnya kali ni balik kg MaDiHa pulak sebab adik MaDiHa si Abby bertunang hari Ahad baru ni.. Kami balik hari Jumaat sebab hari Jumaat tu MaDiHa ambil half day.. hubby pulak mc sebab kena selsema tahap kritikal Kami balik pun dah petang time org balik kerja pulak tu.. sebab hubby masih mamai makan ubat.. terpaksa biarkan dia rehat dan tidur secukupnya.. dlm perjalanan.. jalan Sungai Besi tu ada kemalangan kecil pulak.. bertambah2 ler jem jalan.. sampai kg pukul 10 mlm sebab asyik berhenti2 dlm perjalanan.. berhenti mkn & solat kat hentian dan sebagainya.

Ini menu minggu lepas.. tak sempat nak update sebab sibukk... hari tu MaDiHa masak Rendang Hitam Daging (yg dipostpone masa mlm buat pecal tu ), Kerabu Mangga, Masak Lemak Pucuk Geti + Keledek dan tempe goreng...

Rendang Hitam Daging


Quote:
RENDANG HITAM DAGING
Bahan2
500g daging
20 tangkai cili kering *dikisar
4 cm halia
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai di tindik
4 sudu besar kicap pekat
sedikit minyak untuk menumis
1 tsb cuka
2 s/b kerisik
sedikit garam dan gula.
daun pandan untuk wangi ( jika suka )

Bahan tumis:
4 ulas bawang kecil di hiris
1 kulit kayu manis
3 tangkai bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara Penyediaannya,

Cili kering, halia ,bawang besar dan bawang putih di kisar halus. Panaskan minyak serta tumis
bawang kecil yang di hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga
berbau wangi. Masukan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili,
masukan daging yang telah di potong kecil dan serai.
Tambahkan sedikit air dan kicap. Tunggu sehingga daging empuk. Masukkan kerisik, cuka, gula dan garam mengikut selera.
Biarkan sehingga kuah agak pekat sedikit. Sedia di hidangkan.


Kerabu Mangga


Quote:
KERABU MANGGA

2 biji mangga muda – diracik halus/ disagat
1 btg carrot – disagat halus
1 biji bwg besar – belah 2 dan mayang
6 biji cili padi – hiris halus
3 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis – perah ambil airnya
garam & gula secukupnya
½ cawan kacang tanah goreng – tumbuk kasar

Cara2nya
Gaulkan kesemua bahan dan terus boleh dihidang. Jika waktu makan masih lama.. jgn dicampur lagi kacang tanah tadi.. bila hampir nak menghidang barulah taburkan kacang tanah tersebut.


Pada sesiapa yg belum kenal.. inilah dia Pucuk Geti & sebelahnya tu Keledek


Pucuk Geti Masak Lemak


Quote:
PUCUK GETI MASAK LEMAK

Bahan2
Secekak pucuk geti/turi/mungga (lain tempat lain panggilannya) – lurutkan daunnya dan petik pucuk yg muda
1 ketul keledek kuning – kopek dan potong kiub sederhana
santan secukupnya
1 biji bwg besar – belah 8
2 biji cili merah – belah 2
segengam ikan bilis yg telah dibersihkan
garam & perasa secukupnya

Cara2
Masukkan semua bahan kecuali pucuk geti. Masak hingga keledek separuh empuk. Dikacau selalu supaya santan tidak membuak dan berketul2.Kemudian masukkan pucuk geti dan biarkan hingga masak dan keledek empuk. Rasakan garamnya dan bolehlah dihidang.


Tempe Goreng


Quote:
Masriyah : Pucuk geti tu sama dengan pucuk turi ataupun pucuk mungga… lain tempat lain namanya. Pucuk ni ada dijual kat pasar ataupun pasar mlm.. yg MaDiHa tu.. kecek ngan jiran sebelah rumah mak sedara.. terliur sangat tengok kat belakang rumah dia bukan main cantik pokoknya ada 2 – 3 pokok.. mula tu segan jugak nak kecek.. tp mak sedara ckp.. dia selalu pelawa…kita pun selamba jelah..

Nur: Betul sangatlah tu Nur.. pucuk geti ni sama ler dgn pucuk turii.. lain negeri lain panggilannya.. mertua MaDiHa panggil pucuk mungga…

Jeff: Entah kenapa lately ni dok teringin resepi2 kampong pula.. yg pasti.. memang menyelerakan..

Boxhousestudio: selera kita samalah yer… sy memang suka masakan kg…

Sabrina: Memanglah Sab.. kalau dah asal kg… pegi mana2 pun mesti rindu masakan kg kan? Dekat pasar PJ ni ada juga jual pucuk geti tu.. kdg2 kat pasar mlm pun ada nampak jugak. Hehe.. bab sambal belacan nii.. entah kenapa kdg2 tu rasa malas sangat nak buat.. suka mkn.. tp nak buat selalu terlupa.. hubby pun tak byk ckp.. tu yg selalu lupa tuu..

Mamasya: kalau terjumpa bolehlah cuba msk turi tu.. tp dia ada bau maung sikit.. sesetengah org tak suka baunya tu.. pucuk turi tu.. sedap jugak dibuat kerabu ataupun buat mcm urap tuu… yup.. rendang hitam tu memang tak guna santan langsung. Resepi asalnya tak letak kerisik… MaDiHa memandai tokok tambah kerisik pulakkk nak bagi lemak sikit..

Rinnchan: memang ramai yg suka masakan kg kan Kak Rinn… lebih2 yg memang berasal dari kg.. sambal belacan memang penambah selera.. tp sy ni selalu jer terlupa buat sambal.. kadang tu bukannya apa.. malas nak guna lesung batu.. hehehe…

Zuera: tq singgah fp MaDiHa.. kalau terliur.. jemput ler makan sekali..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net