Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 15-Aug-2007 01:56 Email | Share | Bookmark
Back dated entry..

kari ikan kacang-kacang
peria tauchu
talam nangka
talam nangka
talam nangka
koleh kacang
kuih lapis
Ini menu yg dimasak minggu lepas.. tak ingat hari apa.. sebab dah lama terperap.. dua tiga hari ni agak susah nak update.. tak tau kenapa

Kari ikan kacang-kacang tu tak payah ler resepi.. coz dah ada resepi kari tenggiri sama saja cuma ikan jer lain.. Peria tauchu. sapa2 nak try bolehla coz resepi dituliskan juga. Talam nangka tu pulak dibuat mlm utk sarapan pagi keesokannya.. nangka yg dibeli kat Segamat hari tu.. tak abis mkn.. ku buat talam nangka.. resepi dikongsi bersama kot ada yg nak cuba.. actually kalau taknak bubuh lapisan atas pun boleh juga.. tp gantikan santan cair dgn santan pekat dan kurangkan manisnya..


Quote:

PERIA MASAK TAUCHU

Bahan
1 biji peria
Segengam udang sedang – buangkan kepala & kulit tinggalkan bahagian ekornya.
3 s/b taucu kasar
sedikit air
perasa & sedikit gula (jika suka)
5 biji cili api - ketuk
1 labu bawang besar - mayang
3 ulas bawang putih - ketuk
2 biji cili merah - hiris
minyak

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bwg putih hingga wangi kemudian masukkan bwg besar, cili merah & cili padi.
2. Masukkan air, taucu, udang, perasa & sedikit gula. Kacau rata hingga mendidih kemudian masukkan peria.
3. Kacau2 kejap biar peria layu dan bolehlah diangkat.



Quote:
TALAM NANGKA

Bahan2

Lapisan Bawah
1 peket (85 gm) tepung hon kwee paket hijau
2/3 cawan gula pasir (kalau suka manis boleh jadikan 1 cwn)
3 cawan santan cair
1 ½ cawan nangka – potong kiub

Lapisan Atas
¾ cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 s/k garam

Cara2 Membuatnya

Campurkan bahan lapisan bawah kecuali nangka.
Gaul rata supaya tiada tepung berbintil2 dan tapis jika perlu.
Panaskan periuk kukusan.
Tuangkan bancuhan ke dalam kuali dan masak di atas api perlahan sebentar hingga agak pekat. Kemudian masukkan nangka dan kacau lagi hingga rata.
Tuangkan dlm loyang 8” bulat atau empat segi 6” x 9”. Biarkan rata dan kukus sebentar dlm 20 minit.
Bila masak cakar sedikit permukaannya. Proses ini adalah untuk melekatkan antara lapisan bawah dan lapisan atas.

Sementara itu bancuhkan bahan2 lapisan atas hingga rata. Tapis jika perlu.
Tuangkan bancuhan dlm kuali dan masak kejap jer di atas api yg perlahan. Kacau selalu supaya tidak berketul2.
Bila nampak memekat terus tutupkan api dan cepat2 tuangkan adunan ini ke atas adunan bawah tadi dan kukus lagi selama 25 minit.
Sejukkan terlebih dulu sebelum memotong.


Yang ini pulak.. kuih lapis & kuih koleh kacang. Kuih ni dtg dari jauhh tau.. dibwkkan khas dr kg Lily. Lily balik kg sebab adiknya nikah.. Baru jer terliur tengok koleh kacang dlm FP aunty Umi Kal hari tu.. tau2 petang tu dpt kuih koleh tu.. alhamdulillah.. hilang kempunan sebab kuih koleh tu my feberet kuih.. tq Lily sebab sentiasa ingat kat MaDiHa ni.. jauh2 pun ingat jugak nak bawak balik kuih2 tu utk MaDiHa..




Quote:
Ain: Memang jarang jumpa org jual kuih koleh kacang tu Ain.. kalau ada pun kecikk jer dia potong harga 40 sen hehe.. kadang tu fikir 2 kali nak beli.. tp kalau bulan puasa mmg senang nak jumpa.. antara sedap dgn tidak jer..

Mamasya: Kari tu bukan campur kacang.. tapi nama ikan tu ikan kacang-kacang..

Masriyah: first time dengar ke? Hehe..memang pun kuih tu pandai2 MaDiha jer buat sebab nak habiskan nangka kat rumah tu.. tapi sedap jugak tauu.. kuih koleh kacang tu memang sedap dan wangi baunya.. feberet kita tuu…

Jeff: petang2 memang selalu dok teringatkan kuih kan abg jeff.. nak pulak hujan2…

Zatid’hati: Sebenarnya hanya kuih talam nangka tu yg MaDiHa buat.. yg lain2 tu jiran bagi.. memang betul.. kadang2 budak2 ni memilih makan kuih2.. kita jugalah yg jadi tukang perabis.. tu pasal badan makin naik.. hahaha…

Hajar: Kalau nak pos.. kena cari nangka yang mengkal.. tiba sana elok2 jer dia masak..

Nur: bawak bersabar yer Nur.. MaDiHa pun terliur gak tengok cookies sedap2 dlm FP Nur..

Boxhousestudio: memang betul lama tak borak sejak2 FP ada problem ni.. kita memang suka makan peria… bila tau ada khasiat utk wanita.. bertambah2 ler kita suka.. kadang tu buat ulam mentah2 jer..

Lee Lin: bukan bunyi saja menarik.. rasanya pun lain dari yang lain.. bolehlah cuba2 nanti yer..

dR. ali: payoh nok jupe org jual le ni dR…nak makan puas.. kena buat sendiri nampok gayenyer…

Ida Natrah: Anak2 MaDiHa pun suka.. tp ibunya ni tak berkesempatan lagi nak membuatnya..
P/s: pasal ambil gambar tu.. takperlahh.. MaDiHa tanya kot2 ler ada turun area Pahang.. sebab tak lama lagi adik MaDiHa nak kawin.. tengah dok usha2 kameraman..

Ieza: TQ drop by my FP. Comel2 stokin baby… tapi baby akak dah besar dah..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net