Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 16-Aug-2007 01:13 Email | Share | Bookmark
Diari Sabtu..

inti popia
popia siap gulung
dah goreng
cicah cili sos
makan panas2 sedap
ini ler set bilik tidur tu..
tumis air pucuk manis
ikan kembung sambal
muffin blueberry
Pagi sabtu yg lepas sekali lagi Dini kena ganti sekolah utk cuti sempena Deepavali nanti. Awal pagi tu.. ku goreng keropok lekor pemberian bosku.. sebab bos nak pulangkan bekas yg ku isi dengan nangka dan juga ku bagi beberapa biji buah salak yg dibawa balik dr kg tempohari.. keropok tu adalah dlm 10 ketul.. katanya colleague wife dia yg jual.... Dini makan utk sarapan pagi tu abis 8 ketul dia sorang.. ish ish ishhh.. ku sempat merasa seketul dan Haziq seketul.. ayahnya melopong.. hehe.. actually waktu itu hubbyku belum balik dari kerja malam lagi..

Balik dari hantar Dini sekolah.. terus balik rumah. Rasa lain macam jer.. biasa lepas hantar Dini terus bergegas hantar Haziq ke rumah pengasuh dan aku terus ke pejabat. Tapi oleh sebab hari Sabtu aku tak berkerja.. tu yg rasa mcm pelik semacam lepas hantar anak kena balik rumah pulak.. alangkah seronok kalau hari2 mcm ni.. boleh masak2 kat rumah.. boleh kemas2 rumah dan rileks2…

Pagi tu sesampai di rumah ku buat popia goreng utk sarapan.. Haziq suka... tapi dia makan tak cicah sos.. makan macam tu jer.. abis gak 2 keping kat dia.. Dini plak.. balik dari sekolah baru sempat mkn dlm kereta.. sebab ku bwk bekal sekali popia tu sekali dgn air minuman takut dia lapar sebab kami mungkin tak terus balik kerumah.


Quote:
POPIA GORENG

Bahan2
1 biji sengkuang saiz sedang – sagat
1 biji carrot – sagat
3 biji telur
2 ulas bwg putih - cincang
1 ulas bwg besar – cincang
sedikit udang geragau jika suka – ku tak bubuh takde stok
sedikit garam
sedikit sos tiram
sedikit air
minyak
kulit popia secukupnya
1 s/b tepung gandum – bancuh dgn sikit air jadikan pes sebagai pelekat

Cara2
Pecahkan telur dan campur sedikit garam dan kacau sebati. Panaskan minyak dan masukkan telur. Kacau2 hingga jadi scramble egg. Angkat dan ketepikan. Masukkan minyak dlm kuali yg sama. Tumis bwg putih hingga wangi dan masukkan bwg besar tumis hingga layu. Masukkan udang geragau, garam, sos tiram dan air. Masukkan carrot & sengkuang dan kacau2 hingga agak kering. Masukkan scrambled egg dan kacau sebati hingga kering sikit. Angkat dan bolehlah mula menggulung popia. Gunakan pes tepung sebagai pelekat. Bila siap menggulung bolehlah digoreng.

SOS CILI

10 biji cili kering – potong & rebus dan blend halus
1 senduk kecil cuka
gula dan garam secukupnya
air secukupnya
1 s/k tepung jagung bancuh dgn sikit air

Cara2
Masukkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dlm periuk dan masak di atas api sederhana. Bila mendidih masukkan bancuhan tepung jagung. Masak mengikut kepekatan yg dikehendaki. Rasakan masin dan manisnya dan bolehlah dihidang bersama popia goreng.


Masa jemput Dini tu hubby pun ikut sekali. Hajat dihati nak mencari set bilik tidur.. hehehe.. dah bertahun2 kawin baru nak merasa tidur atas katil..? kesian betull.. bukan apa.. selama ni bukan tak mau beli set bilik tidur.. tp disebabkan tinggal menyewa.. jadi malas nak beli banyak barang. Bila dah pindah rumah sendiri.. dan ekonomi mengizinkan.. teringin juga nak melengkapkan perabot rumah. Maklumlah.. masuk rumah pun kena renovate juga serba sikit. Then baru2 ni beli peti ais pulak menggantikan peti ais lama yg rosak.

Lepas beberapa kedai dijelajah.. akhirnya terjumpalah yg berkenan dihati di kedai perabot PJS Jalan Klang Lama tu.. harganya bolehlah tahan.. dalam 2 ribu lebih.. bolehlah kot.. itupun mengikut kemampuan kami ajer.. nak beli perabot mewah memang tak mampu.. dibeli sekali single bed utk Dini. Puas juga tawar menawar.. akhirnya dapatlah juga dibeli set bilik tidur kami dan juga katil single Dini dengan harga RM3,000 kesemuanya sekali dengan mattress. Katil double decker queen size pemberian Sujah dulu tu masih elok dan kukuh.. tp ku letakkan di bilik tamu.. sebab bilik Dini agak kecil ku belikan single bed utk dia kerana dlm biliknya ada meja study dan meja komputer lagi.. kalau nak letak katil double decker yg besar tu agak sempit pulak..
Inilah set bilik tidur tu... simple jer..


Ok.. menceceh plakk.. back to cooking story… utk tengahari.. tak sempat pun memasak sebab dok sibuk meronda cari set bilik tidur tu.. kami singgah kedai dan hubby tapau jer lauk dan juga nasi kat kedai sebab masa tu Haziq dah ketiduran.. Petangnya barulah masak.. masak cepat sebab hubby kena kerja lagi mlm tu.. pukul 7 dah nak makan. Masak pun ringkas2 jer sebab tengahari tu makan pun dah lewat akibat meronda di kedai perabot.. lalu ku masak pucuk manis masak air dan ikan kembung sambal.. sempoiii.. hehehe.. Malam pulak.. ku buat Muffin Blueberry akibat terliur tengok dlm FP MamaFami tempohari.. dah lama tak mkn muffin. Ada bahan yg takde stok terpaksa di omit dan ada yg tak bubuh. Dan cara MaDiHa bubuh blueberry tu pun lain sikit sebab tak bubuh dlm muffin but bubuh atas jer then putar2 guna chopstick utk dijadikan kesan marble ler tu kunun2nya.. TQ mama for the recipe.. MaDiHa copy & paste jer ni..

tumis air pucuk manis


ikan kembung sambal


separuh bubuh dlm cup rendah.. separuh bubuh dlm cup tinggi sebelah tu..

Quote:
MUFFIN BLUEBERI

Bahan-bahan :

300g tepung naik sendiri
150 g (2/3 cawan) gula kaster
15g (2 sudu besar) susu tepung
120g (1/2 cawan) mentega/majerin
30g (5 sudu besar) madu – MaDiHa Kurangkan jd 2 sudu besar sahaja
90g (2) telur
165g (3/4 cawan) air
3g (1/2 sudu kecil) esen vanilla
* Mama tambahkan sedikit blueberry emulco – MaDiHa tak bubuh

90g Blueberry filling

Kaedah penyediaan :

1. Panaskan ketuhar kepada 180 C (350 F)
2. Pukul gula, susu tepung, mentega/majerin dan madu hingga kembang.
3. Masukkan telur satu persatu.
4. Ayakkan tepung naik sendiri ke dalam adunan, silih berganti dengan air.
5. Sudukan satu sudu besar bancuhan ke dalam mangkuk muffin. Letakkan sedikit filling di tengah dan tutupkan dengan satu sudu besar adunan. Bancuhan haruslah separuh dari mangkuk muffin tersebut.
6. Bakar selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak.


Quote:
Sabrina: Yelah Sab.. org lain dah bertahun2 tidur atas katil.. kami tidur atas narita/toto jer.. hehe.. lagipun ada baby lebih senang tidur kat bwh jer.. tak bimbang dia jatuh katil.. baby pun menyusu badan.. memang takleh berenggang kena tidur sebelah dia.. skrg senang dia dah minum susu botol sepenuhnya.. Popia tu.. versi sempoi akak jer.. nak buat tak susah Sab.. pasal tak payah nak uli2 mcm wt karipap.. mudah banget..

Mamasya: Pengantin lama yg baru nak merasa set bilik tidur pengantin baru.. hehehe.. masa kawin dulu ada ler beli tapi ditinggalkan kat kg jer.. takkan nak angkut ke PJ plak dari Pahang nun…



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net