Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 16-Aug-2007 02:06 Email | Share | Bookmark
Ahadnya...

asam pedas tenggiri
kerabu kacang kelisa
ikan bilis mayang bawang lada
pucuk paku masak lemak
dah siap bulat2kan.. tunggu direbus
dah siap golek dlm kelapa parut
siapp.. yummyyyy...
Ini antara yang ku masak utk hari Ahad.. Paginya.. tak masak apa2 sebab hubby balik dari kerja awal2 dah call katanya dia dah beli nasi lemak bungkus dan kuih muih dari pasar pagi opposite Sunway Piramid.. yahooo.... boleh rileks..

Untuk lunch ku masak asam pedas tenggiri dan kerabu kacang botor/ kacang kelisa.. ada juga org panggil kacang botol..

Quote:
Asam Pedas Tenggiri

Bahan2
4 keping ikan tenggiri
1 biji tomato - belah 4
2 biji terung panjang - potong ikut suka (boleh gantikan dgn kacang bendi.. mana2 yg available)
1 senduk besar cili mesin
1 senduk besar bawang mesin (bwg besar + bwg putih)
1 inci halia - tumbuk halus
sedikit serbuk kunyit
sedikit daum kesum
sebatang serai - ketuk
air secukupnya
garam & perasa
sedikit asam jawa - ramas dengan sikit air jadikan pes
sedikit belacan - jadikan pes (kalau tak suka boleh omit)
sedikit minyak

Cara2
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 mesin hingga wangi. Masukkan serai dan serbuk kunyit biar seketika hingga garing. Masukkan air secukupnya, air asam jawa dan pes belacan. Masukkan ikan dan biarkan mendidih. Masukkan perasa, garam, daun kesum dan terung. Biar sebentar dan masukkan tomato. Kacau2 sebentar bila dah secukup rasa bolehlah ditutupkan api.


Quote:
Kerabu Kacang Kelisa/ Kacang Botor/Botol

Bahan2
20 biji kacang kelisa (agak2 je ni)
1/2 biji kelapa parut - disangai sebentar hingga agak kekuningan sikit je terus angkat.
5 ulas bwg merah - belah 4
1 ulas bwg putih
1 biji cili merah - patahkan 2
8 biji cili padi
1 batang serai - hiris
1 cm sedikit belacan
sedikit udang kering
garam, gula & perasa secukupnya
sikit minyak
sedikit asam jawa - dijadikan pes dengan air masak dlm 1/2 cawan

Cara2
Kacang kelisa dibersihkan dan potong ikut suka dan dicelur sebentar dan tos lalu masukkan dlm besen.
Panaskan minyak.. tumiskan bwg2, cili padi, cili merah, serai dan udang kering sekejap. Angkat dan masukkan dlm mesin pengisar berserta belacan. Tuangkan pes asam jawa dan blend bahan tersebut hingga halus. Tuangkan bahan kisar ke dalam besen berisi kacang kelisa tadi. Tuangkan 1/2 cawan air masak ke dalam mesin pengisar dan kocak2 sikit sebab dalamnya masih terlekat bawang2 mesin tadi.. sayang kalau dibuang.. kemudian tuangkan ke dalam besin. Masukkan kelapa sangai berserta garam, gula dan perasa. Gaulkan kesemuanya sehingga rata. Rasakan garam dan asamnya dan bolehlah dihidang.


Untuk dinner.. oleh sebab asam pedas tenggiri masih ada sikit.. jadi aku hanya goreng ikan bilis mayang bawang lada dan pucuk paku masak lemak.. pucuk paku yang hubby beli kat pasar pagi..

Quote:
Ikan Bilis Goreng Mayang Bawang Lada

Bahan2
Ikan bilis - bersihkan
1 biji bawang besar - mayang
1 ulas bwg putih - hiris
10 biji cili padi - hiris
minyak
sikit je garam

Cara2
Gorengkan ikan bilis hingga garing kemudian angkat. Tumiskan bahan hiris hingga layu. Masukkan sikit jer garam. kacau2 kejap pastu tuangkan ikan bilis goreng tadi. Kacau rata dan bolehlah diangkat.


Quote:
Pucuk Paku Masak Lemak Cilipadi


Bahan2
2 ikat pucuk paku - siangkan ambil bahagian yg muda sj- cuci bersih
5 ulas bwg merah -
2 ulas bwg putih -
15 biji cli padi - Bahan2 ini diblend sekali
sedikit udang kering/bilis - rendam dlm air panas kejap - blend (boleh juga gunakan udang hidup tp tak perlu blend)
santan secukupnya
garam dan perasa
1 keping asam gelugur

Cara2
Campurkan kesemua bahan2 dalam satu periuk dan tenggekkan atas api sederhana. Tunggu hingga mendidih. Mesti dikacau2 selalu supaya santan tidak membuak. Rasakan garamnya dan bila pucuk paku dah lembut bolehlah ditutupkan api.


Dan ini pulak onde-onde keledek.. ku buat waktu malamnya.. tapi sebenarnya buat utk sarapan pagi esok.. masukkan dlm peti ais.. esoknya stim sekejap.. yummy.....(macam nilah gelagat org malas bangun pagi.. buat awal2 sebelah mlm.. tak perlu kelam kabut buat sarapan.. just panaskan jer.. )


Quote:
Onde-Onde Keledek

Bahan2
2 cawan keledek rebus yang telah dilecek
1 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
sedikit garam bancuh dengan 1 cawan air
gula manisan / gula enau secukupnya - potong kiub2 kecil
Kelapa parut yang agak muda.. gaulkan dgn sedikit garam
air utk merebus

Cara2
Gaulkan keledek rebus dengan tepung rata2 dan tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga mendapat doh yang lembut. Jerangkan periuk dengan air. Ambil sejemput doh dan bulat2kan kemudian leperkan dan isikan gula manisan dan tutup gula tersebut dan jadikan bentuk guli2 agak2 sebesar chiken ball. Bila siap dibentuk kesemuanya bolehlah mula merebus. Rebus sikit2 yer..lebih kurang 3 kali rebus. Jangan bubuh semua sekali.. tunggu hingga ia timbul bolehlah diangkat dan tos sebentar kemudian terus golek2kan dalam kelapa parut yang telah dicampur sedikit garam.


Quote:
Sabrina: Akak pun suka buah melaka ni lebih2 yg campur keledek mcm ni.. nampaknya lain kali kalau buat Sab kenalah letak lebih sikit gula tu.. lebih sedap kalau guna gula melaka yg lembut tu supaya dia cepat cair.

Ouled Kenitra: nyaman sekali bila dah bergolek dlm perut.. kan kan kan…

Boxhousestudio: berangan jangan tak berangan… pastu balik rumah leh masak sendiri.. hehe

Mamasya : Boleh dipelbagaikan.. dan yg penting rasanya lebih sedap berbanding jika hanya gunakan tepung pulut kosong tu..

Jie Jie: MaDiHa masak sebab ada org nak makan.. kalau takde org nak mkn.. malas jugak masak especially bila hubby kerja sabtu ahad.. tp ngenangkan anak2 nak mkn.. kenalah juga masak.. hehe..

Jeff: masak lemak lawan dgn ikan masin memang matching sangat bro.. satu pinggan pun tak cukup..

CT Hajar : T. kasih yer sudi cuba resepi2 akak.. semua pun resepi2 mudah ajer.. Kg akak kat Dungun tu.. org panggil Tanah Lot betul2 dekat depan berek kastam. Tu kiranya.. rumah peninggalan datuk nenek & arwah ayah akak dulu la tuu.. tp skrg pakcik akak duduk situ..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net