Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 17-Aug-2007 07:12 Email | Share | Bookmark
Apam Gula Merah & Ayam Masak Serai

ayam masak serai
apam gula merah
 
 
Ini kali ke dua buat apam gula merah resepi kak Rinnchan ni.. apam ni memang sedap lebih2 kalau makan cicah kelapa. Oleh sebab kelapa lebih buat onde-onde keledek masih ada... so merajinkan diri buat apam ni sekali lagi untuk dijadikan sarapan. Dapat satu loyang.. bagi sikit pd pengasuh dan siap bwk bekal kat opis bagi2 colleague rasa. Kali pertama buat dulu tak berapa cantik mungkin sebab tak pandai nak estimate yis basah yg digunakan (sifu suruh guna mauripan segera kita guna mauripan basah hehehe.. memandai ) Tapi kali ni ikut betul2 resepi Kak Rinn dan alhamdulillah menjadi.. sedap plak tu. manis2 buah jer.. pada Kak Rinn terima kasih sudi share resepi ni.. MaDiHa copy & paste jer resepinya yer..

Quote:
APAM GULA MERAH


Bahan-bahan:
3 cawan air
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
*Ketiga-tiga bahan di atas hendaklah dimasak, ditapis dan dibiar sejuk.

500gm tepung gandum
1 pkt (11gm) Yis Mauripan, dibancuh dengan 1 cwn air dan sedikit gula pasir

Cara-cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Masukkan tepung gandum ke dalam sebuah mangkuk besar ( Bila dia naik taklah
melimpah2 nanti !!!)dan tuangkan bancuhan yis dan bancuhan gula. Gaul rata, seelok-eloknya menggunakan tangan.
3. Tutup bekas selama 1 jam. Dibiar adunan naik 3 kali ganda.
4. Sapu loyang pengukus dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan bancuhan tepung ke dlm loyang dan kukus selama 40minit.
6. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
7. Sedap dimakan dengan kelapa parut muda yg digaul dgn sedikit garam.


Dan ini pulak Ayam masak serai resepi diambil dari FP Maklang Lina Kerteh.. sedap jugak masakan ni. Nak masaknya pun mudah sebab bahan2nya amat simple sekali. Macam Maklang Azie ckp haritu dia mkn sekali ngan serai2.. kita pun wat camtu gak.. serai2 yg halus2 tu kita makan jer sekali ngan nasi.. org kata leh awet muda Pada Maklang Lina TQ untuk resepi ni.. MaDiHa copy & paste resepinya di sini yer.. rasanya dah ramai yg mencuba resepi ni.. memang sedap.. hubby dan anak2 pun suka.. leh ler masak lagi.. resepi sempoi memang kita suka

Quote:
AYAM MASAK SERAI – FP MAKLANG LINA

1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan
6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)
2 keping asam gelugor
Garam dan kunyit

Bahan untuk di kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus

Caranya:

Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak
Angkat ayam dan toskan minyaknya
Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing
Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.
Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.
Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit. Hidangan ini juga sesuai untuk makan di Hari Raya.

* sekiranya ayam dipotong terlalu besar, rasa lada dan serai tidak meresap ke dalam ayam.



Quote:
Kamalina: Apam tu memang sedap.. sesuai utk sarapan pagi & minum petang.. bolehlah cuba nanti. Ayam masak serai tu.. tak pedas sangat.. sedang2 jer.. 20 biji cili tu utk sekor ayam.. kalau buat separuh bubuh 10 biji ajer..

MamaFami: Aminnnnnn.. ok mari kita makannn

Masriyah: Kita pun suka apam.. tp jarang2 buat.. hehe.. ayam masak serai tu memang sedap.. tak rugi mencuba..

Mamasya: ada terbaca dlm satu artikel tu.. dikatakan makan serai boleh awet muda. So kita saja2 ler try.. tp sebenarnya nak kena selalu amalkan.. kalau sebulan mkn sekali mcmana nak berkesan.. ayam serai tu sedap kan? Apam tu mudah jer buatnya.. dan sedap plak tu.. cubalah nanti..

WanZee: betul tu WanZee resepi Kak Rinn memang tepat.. semuanya insyaAllah akan menjadi.. jangan takut utk mencuba..

Nur: ayam masak serai tu memang dah glemer.. dah ramai yg mencuba… hasilnya memang sedap Nur.. try ler buat nanti..

Hajar: Wahhh.. mesti angin Malaysia dah sampai ke UK yer.. membawa sekali bau harum ayam masak serai ni..

Sabrina: sama mcm hubby MaDiHa suka kelapa lebih.. makanan org lama2 ni walaupun ringkat tp memang best kan..

JieJie: tak tahan ler kak.. terliur sangat.. resepi mudah MaDiHa rajin ler mencuba.. hehehe apam tu memang sedap mkn dgn kelapa lebih.. tp anak dara MaDiha tak reti mkn apam.. heiii susah betul selera dia tu.. nasi juga kegemaran dia.. adiknya tak susahh.. buat kuih apa pun semua mkn janji jangan pedas..

ShahQuantan: tq sudi singgah sini..

Jeff: bolehlah try nanti bro.. ringkas dan sedap..

Ana: ada masa leh try Ana.. tak susah membuatnya

Ain: Akak hari Isnin semalam pun cuti jugak.. susah juga yer kalau babysitter cuti.. kita pun kena ambil cuti. Apam tu.. akak 1st time cuba dulu pun tak berapa menjadi juga pasal tersalah guna yis.. heheh takper nanti Ain boleh cuba lagi.. jangan putus asa ok.. opsss.. pasal set bilik tidur tu.. dah lama teringin baru ni hajat tercapai.. & hajat nak bagi Haziq adik baru pun dlm perancangan gak.. (bukan pasal ada katil baru.. hehehe) coz umur akak dah bertambah.. kalau tunggu2 takut bila masuk 40 byk pula risiko yg harus ditempuhi..

Nabialishad: cuba jangan tak cuba.. senang banget membuatnya..

Roylazim: alah Kak Roy.. mana leh lawan kak Roy… masakan kak Roy lagi best2.. hehehe..

Cak: apam tu memang sedap kan? Bukannya rajin sangat Cak.. masak pasal nak makannn.. kalau ikut angin malas.. memang tak berasap dapur.. tp kesian kat hubby & anak2..lagipun dah memang tanggungjawab kita org pompuan.. hehe…alahaiii cakkk… madiha masak yg sempoi2 jer..
Betul tu cak.. bila ada baby memang lebih selesa tidur bawah jer kann.. tak bimbang dia jatuh katil.. anak madiha yg sulung tu dah dipisahkan tidur sejak dia umur 5 tahun.. dia tidur sorang2 dlm bilik sendiri.. yg adiknya ni takleh pisah lagi pasal mlm2 masih mintak susu..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net