Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 28-Aug-2007 02:54 Email | Share | Bookmark
Potato Soup, Tepung Kapur & Gulai Putih

potato soup
tepung kapur
gulai putih daging
tepung kapur dlm loyang
Ini antara yg ku masak last week.. utk breakfast.. ku buat potatoe soup resepinya diambil dari FP Rinnchan.. memang sedap dan mudah penyediaannya.. dah 2 kali kita buat tauu.. pasal hubby suka, anak2 suka & diri sendiri pun sukaaaaaaaa...

Pada Kak Rinn.. terima kasih byk2 for sharing this simple & lovely recipe.. my whole family like it very much!! Izinkan MaDiHa copy & paste resepinya utk dikongsi di FP MaDiHa pula yer..

Quote:
POTATOE SOUP (dari FP Rinnchan)

Bahan-bahan:
2 biji ubi kentang, direbus empuk dan dilecek lumat
2 cawan santan - MaDiHa guna santan segera (1 cwn santan kotak + 1 cwn air)
1/2 bwg besar, dicincang halus
sedikit serbuk lada hitam
3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air
1/2 kiub ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Tuangkan santan ke dalam periuk atau casserole dan panaskan di atas api sederhana.
2. Bila agak mendidih masukkan kentang lecek dan semua bahan2 lain kecuali
tepung jagung.
3. Kacau dan masak sehingga sup nampak agak pekat dan menggelegak.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan sup.
5. Masak hingga sup pekat, adjust masin garam dan bolehlah diangkat dan dihidang
bersama homemade garlic bread.


Tepung Kapur ni pula resepi yg popular di pantai timur (Trengganu).. MaDiHa buat minggu lepas gak masa mak & adik2 dtg kerumah. Buat siap2 mlmnya.. paginya tinggal sediakan kelapa parut jer.. pastu.. MaDiHa buat cekodok cicah ngan sambal sardin..(tak ambik gambar) Masak lebih kurang je utk sarapan pasal hari tu ada kenduri kawin.. kita bawak mak dan adik2 sekali.

Cerita pasal tepung kapur ni.. ianya amat sinonim dengan Kuih Kaswi.. bezanya hanyalah tekstur kuihnya yg agak pejal berbanding kuih kaswi yang lebih lembut.. Cara penyediaan sama saja spt kaswi.. tetapi tepung kapur hanya menggunakan tepung gandum sepenuhnya tak perlu campur tepung beras ataupun tepung ubi atau tepung jagung. Dan lagi.. campuran air kapur tu kenalah lebih sikit.. barulah boleh dipanggil tepung kapur Cara memotong tepung kapur pun lain sikit.. kena potong nipis2 barulah sedap dimakan dengan kelapa parut yg digaul garam.. barulah terasa kelapanya..nak pulak kalau kelapanya agak muda sikit.. aduuhhh... kalau kaswi biasa kita potong lebar2.. MaDiHa memang suka sangat tepung kapur ni sejak budak2 lagi.. rasanya amat unik mungkin sebab ada campuran kapur makan (kapur sirih tu) jika kaswi.. kapurnya org letak tak banyak sangat.. sapa2 yg nak cuba.. bolehlah yer..


Quote:
TEPUNG KAPUR

Bahan2
500 gm tepung gandum
1 s/k rata kapur makan - dibancuh dengan 1/2 cwn air
1 1/4 cawan gula merah - dimasak dengan 2 cawan air dan ditapis, biarkan suam.
2 cawan air biasa
(jumlah air yg digunakan ialah 4 1/2 cawan kesemuanya)
1/2 biji kelapa parut digaul dengan sedikit garam

Cara membuat
1. Panaskan periuk kukusan
2. Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
3. Campurkan air biasa ke dalam air gula merah tadi supaya air gula merah menjadi sejuk sedikit.
4. Tuangkan air gula merah ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Masukkan air kapur dan kacau rata
5. Adunan agak berketul2 tapi tak mengapa teruskan menggaul. Cara mudah utk menggaul ialah dgn menggunakan tangan agar mudah kita memecahkan ketulan2 tepung. Jika tak mahu.. masih boleh gunakan senduk tetapi adunan hendaklah ditapis sebelum dikukus.
6. Tuangkan adunan yg telah rata ke dalam loyang dan kukuslah sehingga masak lebih kurang 45 minit.
7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong nipis2 dan digaul dengan kelapa sebelum menghidang.

Ini pulak.. gara2 terliur dgn gulai putih dari FP JieJie hari tu.. kita pun buat laa gulai putih @ gulai buku besar.. bezanya kita guna santan kotak & tambah carrot.. gulai tak cantik sangat sebab tak terbit minyak maklumlah guna santan kotak.. Macam Kak Jie jugak.. kita potong daging tu kecik2 pasal nak bagi cepat empuk.. kalau kat kenduri belah Kelantan tu.. memang dia potong besar2 dagingnya.. pasal tu dipanggil gulai buku besar.. Pd Kak JieJie.. terima kasih yer utk resepi gulai putih tu... MaDiHa copy & paste je nii...

Quote:
GULAI PUTIH (dari FP JieJie)

Bahan2
1 1/2 kilo Daging~ potong besar ( supaya mudah empuk dan masak kita potong nipis)
Santan dari 1 1/2 biji kelapa ~ asingkan kemancar dan santan pekat.
garam secukup rsa
gula ikut suka
air limau nipis
3 biji kentang~dikupas kulit dan dipotong empat - nak masukkan banyak pun boleh

Bahan Tumis
3 labu bawang besar- dimayang
5 ulas bawang putih- dimayang
3 kuntum pelaga hindi
2 kuntum bunga lawang
1 potong kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
1 paket rempah kurma-dicampur sedikit air.
minyak untuk menumis

Cara membuatnya
1. Tumis bahan tumisan hingga layu dan bangkit baunya.
2. Masukkan rempah kurma, ditumis hingga garing.
3. Masukkan daging, kacau rata, tutup periuk dan biarkan seketika.
4. Masukkan santan kemancar. Biarkan sehingga daging empuk.
5. Masukkan santan pekat, garam, gula ( gulai ini sedikit manis, tapi terpulang pada cita rasa kengkawanlahhhh) dan kentang.
6. Masak sehingga kuah pekat dan daging benar-benar empuk ( tapi jangan sampai daging hancur)
7. Sebelum angkat, perahkan air limau nipis. Kacau rata dan angkat

Note: MaDiHa buat 1/2 kilo daging jer


Quote:
Ain: Sukanyer dia.. hehe.. potato soup tu memang sedap & mudah disediakan.. pasal tulah laju jer akak buat.. hehe..credit to Kak Rinnchan.. akak memang suka resepi simple2 ni… Ain cubalah mesti Kimi pun suka.. Tepung kapur tu mmg famous kat T’ganu kan Ain.. kuih2 kg ni mmg sentiada dikenang.. jomlah dtg rumah.. nanti akak wt utk Ain..

Sabrina: Pasal tulah akak awal2 bg tau pd kengkawan.. kalau tak mesti ada yg ckp tu kuih kaswi.. tp ni kira adik beradik kaswi gak laa… hehe.. gulai putih tu mmg rasanya spt kurma.. menurut Kak Jie.. masak mesti sampai terbit minyak.. barulah jd… anak2 akak suka pasal tak pedas..

Kak Jie Jie: Memang sedapkan Kak Jie.. yang penting menyediakannya tak susah.. agaknya tepung kapur ni mmg kuih org pantai timur yer… org negeri lain sure ingatkan kaswi.. hehe..

Mamasya: Kata Kak Jie kat Kelantan pun panggil tepung kapur jugak..

Nur: Memang seakan2.. cuma penggunaan tepung jer lain sikit.. menu kita yg simple2 jer Nur.. MaDiHa gi ‘umah’ Nur terliuq dgn masakan Nur juga…



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net