Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 28-Aug-2007 06:50 Email | Share | Bookmark
Selamat Pengantin Baru Abby & Aman..

Abby & Aman..
detik bahagia..
pengantin baru..
 
This entry is dedicated to my beloved younger sister.. Abby and her fiance Aman.. Kaklong ucapkan Selamat Bernikah & Selamat Pengantin Baru...

Quote:
Abby & Aman.. Gambar ini diambil pada Sabtu 18hb baru2 ni dlm kedai makan di hadapan KFC Klang semasa kami pergi shopping di bandar Klang that day..

Oleh kerana pihak keluarga Aman mahukan tarikh 15 Syaaban kerana mahukan tarikh yg baik sempena Nisfu Syaaban.. maka kita turutkan saja.. kerana tarikh kenduri nanti pihak keluarga kita pula yg memilih dan keluarga lelaki juga tiada bantahan. tapi.. sayangnya.. kaklong tak dapat turut serta di majlis bersejarah mu hari ini.. Jutaan kemaafan yang kaklong pinta kerana tak dapat turut serta menghadiri majlis pernikahan mu hari ini.. Sesungguhnya jauh disudut hati ini terasa amat ralat dan terkilan sekali.. InsyaAllah.. hari kenduri nanti (November) Kaklong akan bercuti awal utk membantu persiapan kenduri & hari persandingan mu nanti... Kita yang merancang.. hanya Allah saja yg akan menentukan..

Kaklong tau Abby telahpun memahami situasi kami disini kerana Dini baru saja naik sekolah setelah seminggu bercuti. Abang long pun tak dapat cuti kerana takde orang gantikan tempatnya ditengah2 minggu begini.. Lebih sedih lagi.. Kak Ngah yg berada di Klang pun tak dpt balik juga.. semuanya kerana majlis ini dilangsungkan pada hari bekerja & hari persekolahan. Harap semuanya redho.. yang penting majlis mu berjalan sempurna.. Terubat rasa hati bila dpt MMS dari mu.. memang cantik dan ayu sekali adik kaklong ni dengan persalinan biru lembut... terima kasih B.. nanti kaklong masukkan dlm FP ni gambar B yer..

Walau apapun.. Dari kejauhan.. Kaklong doakan semoga majlis tersebut berjalan lancar dan selamat segalanya.. Aminnn....

Quote:
Bergambar sebelum berangkat ke Masjid..

Quote:
Alhamdulillah.. akhirnya adik ku telah selamat menjadi isteri orang..




Quote:
Kepada semua teman2 yang memberi ucapan pada Abby & suami.. diucapkan ribuan terima kasih..Abby kirim salam pada semua...
Kepada yang memuji2 Abby.. terima kasih juga...
Kepada yang serkap jarang kata MaDiHa pun cun.. terima kasih juga... hakikatnya kakak dia ni tak cun pun.. tu pasal segan nak masuk FP.. kekekeeeee


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net