Want your
own Fotopage?






















































 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 30-Aug-2007 02:04 Email | Share | Bookmark
Hati Masak Kicap Berempah, Tauhu Sumbat & Apam Pisang

our dinner..
hati masak kicap berempah
tauhu sumbat
apam pisang
 
Lama betul tak masak hati lembu.. sesekali teringin pulak.. ada orang kata.. hati ni tak elok dimakan especially bg orang2 yang high in cholesterol, ada penyakit gout & high in uric acid.. as for me.. masak hati ni once in the blue moon.. bukannya tiap2 bulan... kiranya dimaafkan lah yer..
Tapi sebenarnya.. pada pandangan MaDiHa (yang tak berapa tahu ni.... ) kita masih boleh menikmati apa sahaja makanan.. asalkan jangan diambil berlebihan...

Ini yang MaDiHa masak beberapa hari yg lepas..


Quote:
HATI MASAK KICAP BEREMPAH
sumber : SIL

Bahan2
1/2 kg hati lembu - dipotong kecil
1 biji bwg besar -
2 ulas bwg putih -
1 inci halia
8 biji cili kering - rebus dan kisar bersama bwg2 dan juga halia.
1 s/b rempah ketumbar - disangai
1/2 s/b rempah jintan manis - disangai bersama ketumbar tadi dan ditumbuk halus
1 cawan air
sedikit serbuk kunyit
garam secukupnya
serbuk perasa (jika suka)
gula (jika suka)
kicap manis secukupnya
1 keping asam gelugur
daun sup utk hiasan
minyak utk menumis

Cara2
1. Hati digaul dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Masukkan dlm kuali tanpa minyak dan masak sambil dibalik2kan hingga air yg terbit jadi kering . Bila dah kering (hati masih dlm kuali yg sama) masukkan 1 senduk besar minyak masak dan goreng hati agak2 setengah garing dan angkat lalu ketepikan dahulu.
2. Masukkan minyak secukupnya dlm kuali yang lain (nak guna kuali sama pun boleh.. tambah sedikit sj minyak ). Lalu tumiskan bahan2 kisar dan juga rempah yang ditumbuk hingga garing dan wangi.
3. Masukkan kicap secukupnya, asam keping dan air. Biarkan mendidih lalu masukkan hati yg digoreng tadi, gula & serbuk perasa.
4. Biarkan agak kering sedikit sambil dikacau2. Rasakan garamnya.. jika tak cukup masin bolehlah ditambah garam.
5. Hidangkan dan hias dengan hirisan daun sup / daun bawang.

Quote:
TAUHU SUMBAT

Bahan2
5 keping tauhu - digoreng
sejemput tauge - rendam air panas sebentar dan tos
1/2 biji timun - hiris nipis memanjang / sagat

Cara2
Mudah saja.. potong 2 tauhu menjadi 3 segi. Belah bahagian yg dipotong supaya menjadi 'kocek' sumbatkan sayur2an ke dalam 'kocek' tadi dan bolehlah dihidang bersama kuah cili ataupun kuah kacang.

Note : Anda boleh menggunakan sebarang sayuran yang anda sukai utk menyediakan tauhu sumbat spt carrot, sengkuang dan sebagainya... terpulang pd selera masing2.

SOS/KUAH CILI

10 biji cili kering – potong & rebus dan blend halus
1 senduk kecil cuka
gula dan garam secukupnya
air secukupnya
1 s/k tepung jagung bancuh dgn sikit air

Cara2
Masukkan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dlm periuk dan masak di atas api sederhana. Bila mendidih masukkan bancuhan tepung jagung. Masak mengikut kepekatan yg dikehendaki. Rasakan masin dan manisnya dan bolehlah dihidang bersama tauhu sumbat.


Quote:
APAM PISANG
(sumber SIL)

Bahan2
2 cawan pisang yang dilecek
2 cawan gula – MaDiHa guna 1 ½ cwn sj
2 cawan santan
5 1/4 cawan tepung gandum]
2 s/k soda bikarbonat] diayak bersama

Cara2 Membuat
1. Panaskan periuk kukusan dengan diisikan air secukupnya.
2. Satukan pisang, gula dan santan. Gaulkan sehingga gula agak hancur.
3. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak anggaran 45 minit

Note : MaDiHa buat ½ adunan sahaja. Dan menggunakan acuan kecil jadi masa mengukus lebih singkat.. tp kena kukus berulang2 utk menghabiskan adunan.


Quote:
Jeff: tauhu sumbat tu.. the most easiest dish to prepare..

Nur: samalah MaDiHa pun suka sgt tahu sumbat.. apa2 saja asalkan tahu memang suka.. hati tu memang kalau org tak pandai makan.. memang tak suka.. rasa dia lain sikit.. pasal tu akak masak bubuh rempah tu..

Jie Jie: Kak Jie.. trylah masak bubuh rempah pulak.. mana tau kena dgn selera akak..

Boxhousestudio: amboii.. tinggalkan sikit utk tuan rumah.. yer.. masak kicap tu selalu org masak utk meja pengantin kan? Pastu dia cucuk2 pd buah nenas buat gubahan..

Mamasya: Cubalah msk mcm ni pulak.. tujuan bubuh rempah tu.. utk hilangkan rasa atau bau hati org kurang menyenangkan tu.. tauhu sumbat tu.. MaDiHa ngan suami je yg mkn.. anak2 tak suka.. MaDiHa masak sempoi2 jer.. Mamasya lagi rajin.. masak mcm2 tu..


>> cukup minat tauhu sumbat ni... Thu 30-Aug-2007 09:05
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
amboi tahu sumbat..dah lamer nur tak makan tahu sumbat memang kegemaran nur tau tapi kalau hati nur tak pandai makan ler kalau makan hati tu selalu lah lauk hati masak kicap tu nampak sedap cuma nur nie tak reti mkn hati...... Thu 30-Aug-2007 11:04
Posted by:Nur  - [Link]
Banyak Madiha masak...... Hati masak kicap tu lama betul akak tak makan, campur rempah pulak lagi tak pernah makan. mesti sedap kan?
re: kamera antik kekal antiknyaaa. Tu yang baru. He he he he
Thu 30-Aug-2007 11:40
Posted by:Jie jie  - [Link]
yazza...tahu sumbat..ku boleh hasiskan seorang...

ya allah..hati masak kicap berempah..?..ni lauk hidang pengantin dari zaman dolu dolu berselere den...
Thu 30-Aug-2007 16:41
Posted by:boxhousestudio boxhousestudio@gmail.com  - [Link]
hati lembu ni sesekali masak juga tp goreng biasa belum pernah masak macam cam ni.Tuuhu sumbat tu juga kegemaran tp dah lama tak buat.Apam pisang pun ada..mmg rajin lah MaDiHa... Sat 1-Sep-2007 03:28
Posted by:mamasya  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.