Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 5-Sep-2007 05:24 Email | Share | Bookmark
Back dated entry.. Masakan sayur & lain2..

Carrot Jus
Cauliflower + carrot goreng
Dadih
dadih
Jering goreng berlada
kacang botor goreng pedas
Lemak rebung + sotong
Muffin coklat
blue berry cheese cake
Balik dari cuti merdeka.. badan agak letih ditambah pula kurang sihat.. kena selsema & batuk2.. agaknya sebab mkn buah rambutan byk sangat kot.. ataupun sebab terkena angin laut Endau hari tu.. Haziq pun macam tu.. malah sebelum merdeka lagi dia dah demam.. Mujurlah Dini & ayahnya antibodi kuat.. makanya.. mereka berdua selamat dari diserang virus selsema, demam & batuk.

Bila berkesempatan.. MaDiHa update gambar2 di kg.. buat masa ni belum sempat nak upload dari handphone. tak ada gambar masakan.. hanya gambar2 bunga2 dan pokok2 yang ma tanam disekeliling rumah.. dan sedikit gambar yg diambil di pantai Penyabong, Endau, Johor.. gambar pun ambil dgn handphone saja.. tak byk sebab memori hp dah penuh.. gambar dlm kamera.. masih bermasalah utk transfer ke PC.. aduhaiii.. kesian kita ni memang buta IT betul..

Baru2 ni, ada juga cuba utk update FP.. tapi asyik problem saja. Disebabkan kesibukan di ofis.. dan kurang sihat.. malas nak mencuba utk update.. Makanya byklah gambar2 masakan yg terbengkalai terpaksa dimasukkan dlm back dated entry.. rasanya.. mesti dimasukkan sebelum Ramadhan menjelang.. Inipun hanya masakan sayuran yg tertinggal kerana lauknya dah dimasukkan terlebih dulu dlm entry yg lepas2.. Konon2 malas nak masukkan sekali.. tp rasa membazir pula gambarnya dah diambil tp buat apa nak disimpan saja dlm PC.. Hari ni nampaknya.. ok sikit kot.. ramai rakan2 boleh update FP mereka.. kita pun apalagi.. jgn lepaskan peluang ni.. mentelah kerja di ofis pun dah reda sikit.. bolehlah kita bercerita dgn senang hati


Quote:
Acara utk menghabiskan carrot dlm peti ais sebelum pulang ke kg.. kita pun buat lah jus lobak merah ni..

CARROT JUICE
2 biji carrot
air masak secukupnya
susu pekat manis secukupnya

Cara2
Carrot dicuci bersih dan dipotong kasar2. Gunakan blend khas utk membuat jus.. Blend bersama2 air masak. Terus tapis ke dlm jug. Jika tiada boleh gunakan blender biasa dan tapis menggunakan tapisan besar utk perah kelapa tu.. kemudian tapis lagi menggunakan penapis teh dgn menuang jus carrot ke dalam jug. tambah susu pekat manis secukupnya dan kacau rata.. tambah ais jika suka..

Quote:

Cauliflower + Carrot Goreng.. goreng mcm biasa.. mayang bwg putih, bwg besar, cili merah dan ikan bilis.. tumis.. tambah air sikit, sayur, garam dan perasa.. tambah sos tiram jika suka.. very the sempoi...

Quote:

DADIH ni... lagilah mudah membuatnya pasal kita guna dadih segera yg dijual dipasaraya.. hanya tambahkan nata de coco perisa apa2 pun boleh.. tapi jus nata tu dibuangkan.. ambil isinya saja.. masukkan dlm bekas kecil2 beberapa ketul nata tadi.. bila dadih siap dimasak.. tuangkan saja dlm bekas kecil2 tu.. tunggu sejuk kemudian masukkan dlm peti ais.. yum yummmm kita suka perisa keladi, strawberi, coklat.. ehhh byk lagi yg kita suka..

Quote:

Ini satu lagi versi masakan jering tanam.. kalau dulu dah dimasukkan resepi sambal jering dgn tempoyak.. kali ni kita masak jering berlada pula.. kalau kat rumah kita.. 1 pinggan penuh pun tak cukup memang menjadi kegemaran termasuk Dini..Haziq jer tak reti lagi mkn pasal tak tahan pedas

JERING GORENG BERLADA
Bahan2
beberapa keping jering tua yg dah ditanam (anggaran 20 keping) -hiris nipis2
2 gengam ikan bilis - kopek kulit
1 biji bawang besar - mayang kasar
6 ulas bwg merah -
1 ulas bwg putih - bahan2 ini ditumbuk lumat (blend tak sedap)
15 biji cili padi -
1 inci kunyit hidup -
minyak
1 keping asam gelugur
garam & perasa secukupnya

Cara2
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan dulu.
Goreng pula jering hingga masak, lembut & layu. tak perlu angkat jering tadi.. terus masukkan bahan2 yg ditumbuk.. biarkan hingga bahan tumbuk garing bersama2 dgn jering. masukkan garam, perasa secukupnya & asam keping. kacau rata. masukkan bawang besar & last sekali masukkan ikan bilis. kacau rata. bolehlah dihidangkan..

Quote:

Kacang botor goreng pedas ni simple aje resepinya.. just tumbuk bwg merah, bwg putih, cili padi & ikan bilis. tumis hingga garing lalu masukkan kacang botor.. kacau2 biar layu. tambahkan perisa secukupnya bolehlah dihidang.

Quote:

Masak lemak rebung ni pun sempoi jer.. mcm masak lemak cili padi biasa.. just tambahkan sotong.. tp rasanya tak sesuai ler gandingan rebung dgn sotong.. rebung + perut lagi powerrrrrr

Quote:

Muffin Coklat.. resepinya akan dimasukkan kemudian..

Quote:

Blue Berry Cheese Cake ni dah lama buat.. resepinya diambil dari FP Nina.. tq Nina.. MaDiHa copy & paste jer ni..
Kek Keju Beri Biru
Source : Catherine Lau

Bahan Kulit
110 g mentega, dicairkan
200 g biskut digestive, dihancurkan
2 sudu besar gula perang
50 gm badam panggang, dicincang (kita guna badam kisar)

Adunan cheese
500 gm cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
30 gm mentega
120 g gula castor
Parutan kulit lemon, 1 biji
Perahan lemon, 1 biji
30 gm tepung jagung
300 ml krim putar
4 biji telur, dipukul sedikit
150 g inti pai beri (MaDiHa tak guna dlm kek)

Untuk hiasan atas (MaDiHa guna blueberry filling sahaja)
1 sudu teh serbuk gelatin
30 ml air
150 gm inti pai beri

Sediakan dasar kek dengan mencampurkan semua bahan hingga sebati dan diletakkan ke dalam acuan kek, tekan kemas2 dan sejukkan dahulu di dalam peti sejuk sebelum dituangkan inti ke atasnya.

Pukul cream cheese dengan mentega hingga tidak berbintil-bintil. Tambahkan gula, jus lemon, parutan kulit lemon dan tepung jagung dan kacau hingga sebati. Masukkan krim putar dan kacau lagi hingga adunan pekat. Tambahkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga sebati.

Tuangkan separuh adunan ke dlm acuan tadi dan letakkan inti pai beri perlahan2 secara merata di atasnya. Kemudian tuangkan adunan yang lagi separuh hingga penuh. Bakar adunan secara bain marie selama 1 jam atau sehingga intinya keras tapi bahagian tengahnya masih goyang-goyang sikit gitu. Kemudian tutup suis ketuhar dan biarkan kek di dalamnya selama 30 minit. Kemudian keluarkan alas berisi air tadi dan terus sejukkan kek tadi di dalam oven sehingga ia benar-benar sejuk dengan pintu direnggangkan sedikit. Barulah alihkan kek untuk disejukkan ke dalam peti sejuk selama beberapa jam.

Inti pai beri tadi boleh ler dihiaskan di atas kek sebelum kek disejukkan di dalam peti sejuk.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net