Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 6-Sep-2007 04:11 Email | Share | Bookmark
Bersantai di Pantai Penyabong, Endau

jagung yg org jual tepi jalan Rompin-Endau
bubur jagung..
khemah ma
khemah kami
dini & kwn baru dia
haziq dlm buai.. seronok sampai taknak turun
 
tepi pantai.. ambil dari jauh jer..
 
 
 
Masa cuti merdeka baru ni.. dah plan ngan adik2 dan ma nak bercamping kat pantai Penyabong, Endau.. memang sejak dulu suka sangat bercamping kat situ.. damai jer rasa.. tapi nampaknya plan tak menjadi bila ada aral yang melintang.. pertama.. kami sampai kg agak lewat sebab bertolak dari sini pun lambat jugak.. tambah pulak jalan jem maklumlah ramai yg ambil kesemptan utk pulang ke kg halaman sempena cuti merdeka.. keduanya.. Abby pulak kena diarrhea.. masa kami sampai kg.. hanya ada Dee adik lelaki bongsu & isterinya saja.. ma & Aman pergi ke Segamat hantar Abby ke klinik.. Jadi kami batalkan saja utk tidur di pantai mlm tu.. sudahnya kami bertolak siang esoknya..

Dalam perjalanan ke Penyabong.. sempatlah singgah membeli buah cempedak & jagong di tepi2 jalan Rompin.. cadang2 nak bakar je jagung tu kat tepi pantai nanti.. memang ramai yg berniaga hasil kebun mereka di sepanjang jalan Rompin menuju ke Endau.. ada yg jual jagung, rambutan, cempedak, tembikai, keledek dan bermacam2 lg termasuklah buah2an kg yg tak pernah ku kenal pun ada juga..

Tiba di bandar Rompin.. kami singgah pasar Rompin utk beli lauk & sayur.. sebelum tu cadang2 nak singgah pasar Tanjung Gemuk.. tp takut tak sempat kerana kami bertolak agak lewat.. jadi lebih baik singgah dulu di pasar Rompin.. Kami hanya beli sotong, ikan, sayur2an, santan dan sebagainya.. ternampak rempah kerutub dlm pasar tu.. ku beli juga sebungkus utk bwk balik PJ siap beli lauk segala.. nak masuk kereta.. Dee pulak beli coconut float.. yum yummm memang sedappp.. air kelapa yang dicampur aiskrim vanila... boleh buat sendiri nanti nii..

Dalam perjalanan melepasi jambatan Endau dan jalan kg menuju Penyabong.. aku teruja tengok pucuk midin bukan main banyak sepanjang jalan... rasa macam nak berhenti petik jer.. buat bubur lambuk sedap tuuu... Tp mengenangkan takut layu kepanasan & membazir.. tak jadi ler berhenti.. Tiba di Penyabong.. sempat singgah beli makanan sikit kat jeti nelayan tuu.. byk kedai makan kat situ.. ku singgah beli sata & otak2.. murah giler.. RM1.00 untuk 3 ketul... ku borong RM10.00 maklumlah ramai rakyat jelata.. Kami pun menyusur jalan kecil menuju Pantai Pasir Lanun... di kanan jalan terdapat beberapa chalet.. tp kami lebih suka bercamping.. ada suasana adventure sikit.. kalau tidur sana lagi best.. ok.. sampai jer pantai tu... aduhaii ramainya orang.. nampaknya dah semakin popular pantai Penyabong ni.. dulu2 taklah seramai sekarang.. bila nak bersantai rasa lebih selesa.. bila dah ramai2 ni.. dah tak boleh nak pilih port yg best.. hehe.. bunyinya mcm selfish pulaa.. bukan apa.. skrg ni rasa mcm dah tak sebebas dulu.. skrg nak masuk situ pun dah dikenakan bayaran parking oleh pengusaha chalet.. padahal tiada pun disediakan tempat parking yg khusus spt di PD misalnya.. masing2 kena pandai2lah cari parking sendiri.. kereta pun main taram je letak.. hairan macamana pengusaha chalet kat situ boleh kenakan bayaran.. walhal tanah itu rezab pantai.. bukan tanah persendirian..& chalet diorang buat pun bukannya kat kawasan tepi pantai tu.. sebelum ni masa tempat tersebut tak popular tidak pula dikenakan bayaran parking dan sebagainya.. bukanlah berkira sangat soal duit.. tapi jika berpadanan dengan servisnya tidaklah terkilan sangat. Ok stop membebel nanti ada pula yg tak suka dengar.. hehe..

Ok.. dah siap parking.. alhamdulillah akhirnya kami dpt port yg selesa bilamana kami tiba tu.. ada 2 buah kenderaan yg ingin beredar.. cepat2 ku suruh adik & hubby standby utk ambil alih parking tersebut.. jadi dekatlah sikit dgn tempat nak lepak nanti.. then hubby, Dee & Aman pun mulakanlah kerja2 memasang 2 buah khemah.. walaupun tak bermalam.. tapi kami pasang gaklah khemah manalah tau hari hujan ker.. lagipun bila anak nak tidor boleh gak lepak dlm khemah.. bukan anak jer.. ngan bapak sekali leh tidor dlm tu.. (hubby aku ler tuu )



Jangan sangka takde org dlm khemah tu.... ada org landing dlm tu tauuu

Bila dah siap set up semua.. bermulalah pula tugas org pompuan utk masak.. hahaha.. org sebelah2 semua siap bawa makan siap masak dari rumah.. tapi kami masak kat situ.. siap bawak dapur, tong gas, periuk belanga dan sebagainya... kira completelah.. siap cerek lagi.. Sementara menunggu siang ikan, sotong & sayur segala.. Tasya adik ipar ku goreng keropok lekor & nugget dulu untuk alas perut. Siap bancuh 1 jug tongkat ali CNI lagi.. Kitorang masak lauk simple2 jer.. ikan kembung goreng, sotong goreng kunyit, sayur lemak maman (sayur kg.. ternampak kat pasar.. terus rembat 4 ikat), sambal belacan & ulam jering.. & last.. ada santan lebih.. abby buat bubur jagung.. cadangan utk bakar jagung tak jadi.. sebab takut asap mengganggu orang lain.. kalau mlm hari tak kisah sangat... siap boleh BBQ lagi.. makanan semua tak ku ambil gambar sebab kelam kabut dengan Haziq.. pantang lepas.. laju jer nak ke pantai.. bubur jagung tu pun ku ambil masa nak makan.. masa tu Haziq dah dibawa mandi ke pantai oleh tokma yg ibunya ni rilek lagi dalam khemahh..

Tiada ku ambil gambar anak2 masa mandi.. sebab malas nak bawak handphone atau kamera ke tepi pantai... sebab masa tu air laut semakin surut.. jadinya airnya jauhhhhhhhh sangat... malas nak ke darat balik utk simpan/hantar handphone atau kamera ke khemah... pasal aku sendiri pun nak mandi jugak... (punyalah pemalas ibu ni.. berat bontot betul )


Memang seronok mandi mandi.. Haziq sampai takmau naik.. Dini lagilahh.. walaupun takde kawan sebaya nak mandi dgn dia.. dia tak hairan langsung.. dia pegi jer sensorang ke pantai lepas dah minta kebenaran dariku.. aku pun tak kisah sebab dah tau selok belok pantai tu memang landai dan tak merbahaya utk mandi.. Dini turun mandi dari mula sampai hinggalah ke nak balik.. sampai naik hitam kulit dia.. dah mandi tu.. ramai pula dia dapat kawan kat pantai tu.. dah tak ingatkan mak ayah lagi dah.. siap kutip siput, kutip ketam kunun2 nak bwk balik.. tp ku suruh lepas balik takut busuk...naik tak naik.. time dia rasa lapar & dahaga.. pastu turun balik... sabor jerlah budak tu.. Ok.. yg paling ku tak puas hati ialah bila nak bilas tu.. punyalah geram bilik air tempat bilas tu kekurangan air.. kalau dah tau air takde.. janganlah buka.. dah collect duit org.. tapi kami tak dpt mandi.. macamana kira tu?? Bila abby ckp takde air... tuan punya bilik air tu.. buat muka garang kat adik aku tandanya.. nak marahlah tu.. sudahnya.. aku hanya bilas anak2 saja dengan menadah air yg teramat2lah keciknya...Haziq dah melalak2 nak keluar bilik air sebab lama sangat dok dlm bilik air tu menadah air punya pasal.. dahlah lampu takde.. gelap gelita dlm tu...kalau ada lipan pun tak nampak.. sabor jerlahh.. kami org2 tua tak bilas pun.. ingatkan bolehlah dptkan balik duit yg diberi.. RM8.00 kesemuanya yg ku bayar.. atau pulangkan separuh ker... aku signal ler kat ma yg terlebih dulu keluar dari bilik mandi tu tanpa bilas.. mak ku dgn selamba berkata "dah dia kata tak boleh pulang balik duit tu walaupun air takde.... takper... biar jelahhh.." heheheheeee.. punyalah teruk servis... aku pun keluar dari situ tanpa ucap terima kasih pun.. yelah.. tak puas hati punya pasal.. air takde.. duit rembat jugakk....

Walau apa pun.. kami tak serik utk datang lagi.. kerana banyak kenangan ku di pantai ini.. sejak sebelum kawin & semasa arwah ayah masih ada.. di sinilah tempat kami berehat menenangkan fikiran....

Akhirnya.. kami salin pakaian dlm khemah tanpa bilas.. dan singgah rumah kawan tokma kat Rompin utk bilas.. pastu singgah kedai mkn utk mengisi perut yg dah mula lapar.. siap mkn.. kitorang pun balik semula ke rumah ma di Keratong dgn badan yg letih..


THE END


Quote:
Note : Gambar amatlah tidak memuaskan kerana ku ambil guna handphone murah ku saja..


Quote:
KEPADA SEMUA TEMAN2 YANG MEMBERI KOMEN.. KU UCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.... MINTA MAAF KERNA TAK DAPAT NAK KU REPLY KOMEN TERSEBUT SATU PERSATU.. ATAS KESIBUKAN HARAP KALIAN TIDAK BERKECIL HATI.. WALAU BAGAIMANA PUN KOMEN2 KALIAN TELAH KU BACA KE SEMUANYA...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net