Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 7-Sep-2007 02:53 Email | Share | Bookmark
Pinggan Bone China

 
MaDiHa nak share artikel yg diforward oleh seorang teman dengan kawan2 sekelian.. di dalam kita seronok membeli peralatan rumah especially set pinggan mangkuk dan sebagainya.. ada kalanya kita alpa ataupun tidak tahu atau tidak ambil peduli apa bahan2 yang digunakan untuk membuat set pinggan mangkuk yg kita beli atau digunakan sehari2 sebagai pelengkap semasa menghidang makanan halal yg kita sediakan utk ahli keluarga dan sahabat handai yg dtg bertamu.. sungguh mengejutkan andainya tiba2 baru kita tahu bahawa pinggan yg kita guna selama ini adalah pinggan yg diperbuat dari tulang temulang (yg tidak diketahui halal haramnya) yg diproses dengan bahan2 lain utk dijadikan pinggan mangkuk.. harap2 tidak terjadilah pd kita semua..(jika ada dikalangan anda yg sudah terbeli.. cepat2lah dihapuskan segera) pada mereka yang berhajat utk mencari set pinggan mangkuk baru.. harap dpt perhatikan betul2 dibelakang pinggan tersebut.. jika ada tertulis Fine Bone China atau Bone China spt dlm artikel di bawah ni.. harap dpt dihindarkan.. nauzubillah..

Quote:
Kepada Semua Saudara Islam,

Saya terpanggil untuk memberi sedikit maklumat untuk pengetahuan saudara semua. Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang tertera di bawahnya Fine Bone China atau Bone China. Ini kerana pinggan mangkuk tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi 'clay’. Proses yang sama digunakan untuk membuat pinggan daripada ceramic cuma ia menggunakan bahan terlarang untuk untuk menggantikan tanah liat.

Untuk pengetahuan semua, perkara ini telah dimaklumkan kepada saya
oleh seorang pensyarah berbagsa Cina. Waktu saya sedang mengikuti kelas bahasa Inggeris. Dia meminta kami merujuk perkataan 'bone? di dalam kamus Bahasa Inggeris terbitan Longman dan kemudiannya meminta kami menerangkan apa maksud 'bone china?. China ? maksudnya adalah pinggan mangkuk. Menurut beliau, perkataan 'china? dirujuk sebagi pinggan mangkuk bermula sewaktu zaman kapal dagangan di mana Negara China memang terkenal dengan pembuatan pinggan-magkuk mereka.

Jadi nama China memang sinonim dengan pinggan-mangkuk. Manakala 'bone china? ? maksudnya adalah cups, plates, etc., made of fine white clay mixed with crushed animals bones; a kind of porcelain. Jadi yang perlu diteliti disini adalah perkataan 'bone?
itu sendiri yang membawa maksud bahan yang terkandung di dalam
pembuatannya.

Tujuan mereka menggunakan tulang tersebut adalah kerana hasilnya
lebih berkualiti dan halus. Warnanya juga lebih putih dan ringan.
Biasanya pengeluar produk ini adalah negara2 yang merupakan negara yang menjadikan babi? sebagai sumber protein di dalam menu harian mereka. Jadi kesimpulan yang boleh dibuat, tulang-tulang ini kemungkinan besar adalah dari sumber tersebut. Walau bagaimana pun, pinggan-mangkuk dari sumber ini dijual agak mahal berbanding porcelain biasa, mungkin bahan dan prosesnya lebih rumit.

Ia biasanya akan dipamerkan di atas rak-rak yang eksklusif. Jadi
kepada semua berhati-hatilah ketika membeli pinggan-mangkuk untuk kegunaan kita seharian. Terfikir saya, apa agaknya kesan kepada kita dan anak-anak jika mengunakan produk ini setiap kali menikmati sajian? Sebagai umat Islam saya rasa terancam dan kesal kerana pinggan mangkuk import ini tidak mungkin datang dengan stamp halal.

Oleh itu terpulang sepenuhnya kepada kita untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Gunakan lah tisu, untuk memegang pinggan tersebut sekiranya anda was-was dan periksa labelnya telebih dahulu.

Biarlah pakai pinggan murah, asalkan berkat.

p.s. - Untuk keterangan lanjut bagi perkataan "Bone China", sila lihat definasinya..

Quote:
Bone China The ingredients of bone china are china clay, china stone, silica, alumina, alkalies, lime and bone ash. It is fired at high temperatures of 2300 to 2500 degrees Fahrenheit. In the best grades of English bone china 50% or more of the bodyconsists of refined bone ash prepared from specially selected animal bones which are reduced to a fine powder by heat. The bone is mixed with the finest china clays and highest quality Cornish stone. Specially skilled workers are needed in the manufacture of bone china and the best and most highly skilled in the world are found in the pottery district of England




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net