Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-Sep-2007 06:16 Email | Share | Bookmark
Jom makan cekodok ubi kayu pulak...

ubi kayu siap sagat
cekodok ubi kayu
closed up sket
cekodok ubi kayu cicah sambal sadin
sambal sardin+kentang
ketam
ketam goreng kunyit
pucuk paku goreng pedas
Pagi ahad baru ni.. hubby balik dari kerja malam singgah pasar pagi depan Sunway Piramid tu.. dia pun call kita kat rumah.. ingatkan dia telefon nak cakap tak payah masak sarapan pasal dia nak beli sarapan (dah sedap hati kita tauu....hehe ) rupanya suruh kita buat cekodok ubi kayu cicah sambal sardin feveret dia tu.... Sampai rumah.. macam2 diborongnya.. ada pisang lemak manis, ubi kayu, pucuk paku, kangkong kampong, ketam, ayam dan mcm2 lagilaa.... kita pun mulakanlah tugas memasak.. atas dapur satu tu tengah mengukus pulut utk buat tapai.. sambil parut ubi kayu.. kita pun bodek2 hubby suruh masak sambal sardin yg sudah menjadi kegemaran kita dan anak2 jugak....hubby ler yg perkenalkan sambal ni.. hehehee.. (sebab kita rasa masakan dia lebih sedap dari yg kita masak sendiri ) Hubby angguk tak ckp banyak.. tapi mata masih mengadap surat khabar lagi.. dlm hati.. takper.. dia dah angguk tu jap lagi dia buatlah tu..


Quote:
CEKODOK UBI KAYU
1 ketul ubi kayu saiz sederhana
1/2 biji kelapa parut putih (kalau boleh yg muda sedang inti lagi sedap )
1 biji bwg besar - belah 4 dan mayang
250 gm tepung gandum
1 s/k garam - bancuh dlm 1 cwn air
air secukupnya
minyak utk menggoreng
(kalau suka boleh tambah ikan bilis kopek. tp kita tak bubuh sebab kita nak cicah dgn sambal sardin)

Cara2
Ubi kayu dikopek dan dibasuh bersih2. Jangan dipotong tapi belah 2 dgn hati2 di tengah2nya. Kopek & buang empulurnya dengan pisau agar mudah kerja menyagat. Sagat sehingga habis.. bila dah tinggal sikit tu dah susah nak sagat.. gunakan pisau jer dan racik2 halus.
Masukkan dlm besen ubi sagat, kelapa parut, bawang besar dan tepung. Tuangkan air garam agak2 ler dptkan rasa masin sikit2 jer yer pasal nak cicah sambal lagi. kalau tak cukup air.. tambahkan dgn air biasa hingga mendapat bancuhan seperti nak buat cekodok biasa. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.

SAMBAL SARDIN + KENTANG DADU

Bahan2
1 tin kecil sardin
1 biji kentang - potong dadu kecil2
3 ulas bwg merah - tumbuk halus
2 ulas bwg putih- tumbuk halus
1 cm kunyit hidup- tumbuk halus
8 biji cili padi- tumbuk halus
1 btg serai - ketuk
1 keping asam gelugur
garam & perasa
air sikit
minyak utk menumis

Cara2
Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk & serai titik hingga wangi.
Masukkan sedikit air utk kuah. Masukkan kentang dadu.
Masukkan isi sardin tadi dan pecah2kan isi sardin tadi hingga agak hancur.
Masukkan garam, perasa dan asam keping.
Biar kejap sehingga kentang empuk dan rasakan garamnya kemudian buang asam keping dan bolehlah dihidang bersama cekodok tadi.

Siap kita bancuh cekodok ubi tu kita pun mulalah menggoreng.. dia pun bangun dari baca paper tadi nak masak samballah agaknya tu.. pastu dia tengok dapur dua2 occupied.. dia ckp 'laaaa nak msk cemana ni.. dapur dua2 pakai..." kita pun ckp ler.. 'abang pegi ler mandi dulu... kejap lagi siaplah nii' elok dia siap mandi.. pulut pun siap masak.. dia pun mulakanlah tugasnya memasak sambal.. emm... penuh sepinggan cekodok tu.. habis sekali hadap jer kami 4 beranak.. cuma Haziq tak ler cicah sambal tu.. dia tu manja tak tahan pedas lagi..

Jangan tak caya.. angin hubby memang bagus hari tu.. agaknya pasal hari sebelum tu besday dia kot untuk lunch tu.. dia juga yg masak.. tapi dia goreng pucuk paku jer.. dan kita pulak masak ketam goreng kunyit ajer..


Quote:
KETAM GORENG KUNYIT
1 kg ketam - siangkan dan bersihkan
1 biji bwg besar - mayang
3 ulas bwg putih - titik2kan/cincang
8 biji cili padi - potong halus2 (kita letak sebiji2 takut Haziq pedas.. bila kita nak mkn ambil jer sebiji2 )
sedikit serbuk kunyit
garam & perasa secukupnya
1 keping asam gelugur
minyak utk menumis

Cara2
Panaskan minyak dan tumis bwg putih hingga wangi. Masukkan bwg besar dan cili padi serta kunyit serbuk. Masukkan sedikit air dan ketam. Kacau2 dan tutup kuali sebentar. Masukkan garam & perisa secukup rasa dan asam keping. Tutup lagi kuali hingga ketam bertukar warna. Sesekali buka kuali dan kacau2 ketam. Bolehlah dihidang.


Quote:
PUCUK PAKU GORENG PEDAS

2 cekak pucuk paku - siang & bersihkan lalu disejat
5 ulas bwg merah ]
1 ulas bwg putih ]
8 biji cili padi ] ditumbuk halus
1 cm kunyit hidup]
segengam ikan bilis dibersihkan
minyak utk menumis
garam & perasa

Cara2 memasak
-Panaskan minyak & tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan ikan bilis.
-Masukkan pucuk paku dan kacau rata.
-Masukkan garam & perasa dan kacau.
-Jika nampak terlalu kering masukkan sedikit air. (jangan banyak nanti tak sedap)
-Bila pucuk paku dah layu dan batangnya empuk bolehlah dihidang.



Quote:
Jeff: Fuyooo.. abg Jeff buat kita terliur lahhhhh… tp actually ubi kayu masak cemana pun memang feberet kita…

Ain: Wah.. best ni ada ubi kayu ehh kat kg Ain? kalau akak blk T’ganu.. bolehlah kecek ubi kayu mak Ain tuu.. hehehe.. (muka tak malu betul!) Oh ya Ain.. cuba check sket resepi tu.. hari tu akak terlupa ckp masukkan bwg besar tu.. akak dah edit.. Hubby akak memang pandai masak.. tp takler selalu sgt dia tolong masak.. sesekali jer kang naik lemak plak wife dia ni

Kamalina: Mkn petang pastu ada pulak kopi 'O'… hehehe.. teringat dulu2 kan.. anak2 MaDiHa pun suka mkn ketam ni.. tp kita jarang beli pasal malas nak jadi tukang kopek.. heheh.. (teruk betul ibu dia ni kan )

ShahQuantan: Mekasih Shah.. Ketam tu memang sedap.. masak ler cemana pun gerenti isinya manisss..

Mamasya: Apa nak buat Mamasya.. permintaan suami kenalah patuh.. hehehe.. tapi siap bodek pulak dia suruh buat sambal sardin tu… kita adil ler kan.. hehehe…

Idderes: bawak bersaborrr… hehehee..

Maklang: alahaiii Maklang… lauk2 di sini.. semuanya sempoi2.. resepi org bekerja.. (hehe.. mcm ler org lain tak kerja yerkkk) alhamdulillah dpt suami pandai masak.. tp dia tak ler selalu masak.. nanti wife dia ni naik lemak plak..

Nur: Memanglah Nur.. ubi kayu memang sedap.. sesekali mesti teringin nak mkn..

Sabrina: Kalau ada ubi boleh ler cuba Sab.. cubalah buat sambal sardin tu.. mana tau memenuhi selera Sab dan suami..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net