Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 14-Sep-2007 02:19 Email | Share | Bookmark
Juadah berbuka 1 Ramadan 1428..

sambal tumis sotong
buncis goreng
bergedil ikan
bergedil ikan
Kepada pengunjung FP MaDiHa.. terima kasih bebanyak kerana sudi singgah di sini.. (ada ker yer..? ). Sempena bulan Ramadan yang mulia ni.. ramai di antara kita yang kadang kala berbelanja berlebih2an utk juadah berbuka puasa... rasanya.. sikap sedemikian tak elok sangat dipraktikkan.. memang tak salah nak hidang hidangan istimewa utk keluarga semasa berbuka mahupun bersahur.. tapi yang penting.. janganlah sampai membazir dan akhirnya.. tong sampah pula yang kenyang.. perbuatan demikian amatlah tidak disukai oleh Rasulullah junjungan kita.. dan sememangnya membazir itu amalan yang kurang baik...

Fikirkanlah dimana orang2 yang fakir & miskin.. kadang kala hanya mampu berbuka puasa dengan air masak, nasi dan lauk ikan masin sahaja.. Kita pula? Makanan yang tak berhabisan dibuang2 begitu sahaja.. Apakah ertinya kita bersusah payah berpuasa di siang hari utk mengumpul pahala dan juga utk merasai bagaimana orang2 yg susah berlapar .. tapi bila masa berbuka.. pahala berkurangan kerana membazir2kan rezeki yang Allah Ta'ala berikan... fikir-fikirkan lah yer...

Okla cukup untuk kali ini.. jangan pula ada yg kecil hati dengan tulisan kita ni yer.. MaDiHa sekadar beringat sesama kita.. Yang baik tu datang dariNya dan yang buruk tu dari kekurangan MaDiHa sendiri..

Dan untuk hari ni.. nak share apa yg dimasak untuk berbuka puasa (termasuk utk sahur jugak.. sahur 2 beranak jer dgn Dini.. coz hubby kerja mlm hingga ke pagi keesokkan..) utk 1 Ramadan 1428.. hanya lauk sahaja yang sempat dihidangkan.. manakala kuih muih.. hubby beli di bazar Ramadan.. itupun.. hubby hanya beli murtabak & buah kurma sahaja sebagai pemanis mulut.. Kita cuma masak sambal tumis sotong, buncis goreng & bergedil ikan (isi ikan tu kita dah siap2 siang malam sebelum tu lagi.. senang nak masak taklah kelam kabut sangat..

Sambal tumis sotong & Buncis goreng



Quote:

BERGEDIL IKAN

Bahan2
5 ekor (ISI) ikan selayang - direbus
3 keping tauhu
5 ulas bwg merah – hiris nipis2 dan goreng hingga kuning kecoklatan (jangan hangus sangat)
1 helai daun bawang – hiris nipis2
1 sudu kecil garam halus
½ sudu serbuk perasa
2 sudu besar tepung jagung
sedikit lada sulah
1 biji telur – dipukul sikit
minyak utk menggoreng

Cara menyediakan
1. Ikan disiang dan dibersihkan. Buang selaput kulitnya yg licin tu dan ambil isinya sahaja. Siang spt nak buat keropok lekor. Jika tak pandai nak siang ambil isinya.. bolehlah disiang dan bersih mcm biasa kemudian direbus dan ambil isinya seperti nak buat kuah laksa. Isi yang diambil tadi direbus dulu ya.. kemudian dihancurkan samada dimesin menggunakan blender kering ataupun ditumbuk lumat. Jika ada pengisar daging lagi senang.
2. Kemudian kisar pula tauhu hingga hancur.
3. Masukkan isi ikan, tauhu, tepung jagung, garam, lada sulah, daun bawang dan bawang goreng dlm satu besen.
4. Gaulkan kesemua bahan2 tadi hingga rata. Lebih mudah menggunakan tangan semasa menggaul dan menguli. Bila rata.. bentukkan bulat2 saiz kesukaan anda dan leperkan sedikit. Buat sehingga habis.
5. Panaskan minyak. Celupkan bergedil tadi ke dalam telur kemudian goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.
6. Angkat dan tos. Boleh dihidang bersama sos chili thai semasa makan bersama nasi.


Quote:
Zakiah z: Sama2lah kita Zakiah.. takper lambat wish pun.. puasa ada 30 hari. Hehehe.. thanks Zakiah sudi dtg FP kita yer..

Nur: Yelah Nur.. kadang2 FP ni bengong sikit.. tp sememangnya kita ni jauh di mata.. tapi dekat di FP… Pasal selera anak2 tu.. memanglah… lebih2 kalau anak dah besar2 sedang kuat makan tu.. ada jer kehendak dia.. hehehe… tapi takpe kalau dia makan.. yg penting jangan terbuang sudahlaa..

Alim: Sama pulak menu kita yer Alimm.. tang ikan bakar tu yg tak tahan dengar tuuu.. hehehee… itulah kan.. kuih yang org jual ni.. kalau kena yg ok tu.. oklah.. kalau kena yg tak sedap.. rasa nyesal pulak beli..

Ida: Betul tu… kita pun jarang sangat singgah bazar Ramadan kecuali utk beli kuih ajer… itupun selalunya hubby yg beli pasal kita dok sibuk kat dapur jer..

Cak: sememangnya Cak… lagipun masak sendiri lebih jimat, bersih & fresh lagi tuuuuu…. Hubby Cak sama dengan hubby MaDiHa lahh.. suka berbuka dgn air panas.. pastu dia mkn kurma & kuih2 jer dulu… lepas2 solat baru mkn nasi…

Tariqzaidanirah: Salam Ramadan buat Ummi Tariq jugakkk…

Kak Leen: ehhh itu juadah buka puasa kelmarinnn.. utk hari ni masih dlm dilema lagi ni tak tau nak masak apa.. hehehe..

Kak Leen: ohh patutlahh.. tersalah pandang yer.. hehe..

Idderes : hidangan sederhana ajer tu Idd.. mak Idd masak mesti lagi sedap kan..

Hajar: eheheee…

Cek De Sam: Sama2 Cek De… memang selalu gak jenguk.. cuma jarang bagi komen.. baguslah kan tak membazir.. berkat rezeki yg tuhan bagi.. thanks juga sudi buat lawatan balas..

Yana: Isi ikan tu sebenarnya dah prepare mlm sebelum tu lagi.. so blk kerja tu senanglah kan.. tinggal bancuh jer bergedil tu.. TQ sudi singgah sini yer..

Masriyah: mana ada banyak Yah…. Ni menu 2 dlm 1…org malas mcm ni lahh..

Mamasya: Sebenarnya tujuan utama buat bergedil tu.. sebab anak sulung kita tak suka makan tauhu.. jadi bila dah dibuat bergedil tu… dlm tak sedar dia akan makan sebab bergedil tu dah bercampur ikan.. cicah pulak dgn sos.. memang sedap.. tak perasan pun ada tauhu dlm tu..

Sabrina: Haa.. bagus tu.. akak pun sama jugak.. kalau ada lauk lebih mesti akak simpan peti ais… bila nak mkn.. panaskan balik dan hidang boleh juga buat tambah2 lauk yg baru dimasak… anak akak pun suka roti john.. lagi satu dia suka murtabak..

Jeff: Memang betul.. selalu org jumpa bergedil daging.. sebenarnya buat bergedil tu.. sebab nak bagi anak mkn tauhu.. ikan selayang tu pulak.. dah jemu dimakan goreng garam kunyit.. tu yg dibuat kelainan sikit tu… jadilah bergedil ikan..

FarEastPhotoWorld: Terima kasih.. selamat berpuasa utk anda sekeluarga juga..

Ana: Hidangan ni taklah pedas sangat.. cuma sambal sotong tu jer pedas sikit.. utk baby.. bagi dia sayur dan bergedil tu pun dah cukup… bolehlah cuba bergedil ikan ni pulak.. mana tau kot kena dgn selera Ana sekeluarga..

Ouled Kenitra: Alhamdulillah pada yang Esa.. dipanjangkan umur kita.. dapatlah kita mengutip pahala sebagai bekalan di akhirat kelak..

Maklang: Terima kasih Maklang kerana respon.. MaDiHa dah re-send email tu.. nanti Maklang check ya?

Maklang: MaDiHa guna address yang Maklang tuliskan tulah.. macamana tak sampai pulak yer.. hairan jugak ni.. biasanya kalau tak sampai email MaDiHa akan terima bounce email ataupun undelivery email dari postmaster.. ni takde dapat pulak.. takper nanti MaDiHa cuba lagi..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net