Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 15-Sep-2007 02:56 Email | Share | Bookmark
Menu berbuka puasa 2 Ramadan.. Million Thanks to Sabrina..

mee bandong muor
mee bandong muor
puding buih dlm loyang..
puding buih mkn dgn sos
Pandan chiffon
pandan chiffon dah kena potong
puding buih bersos
 
Hari Jumaat semalam.. balik kerja tu.. dah rancang2 nak masak mee bandong Muar sebab terliur sangat masa tengok dlm FP Sabrina.. kita pun apalagi.. balik kerja singgah ler kedai kejap beli mee, sayur2 dan bahan2 lain.. tak masak nasi pun hari tu.. hanya masak utk sahur ajer.. pasal hubby hari Jumaat tu masuk kerja pukul 4 ptg dan balik pukul 12 mlm.. dia berbuka kat tempat kerja dia.. so bolehlah kita masak mee ajer.. kalau ada hubby memang tau dia kurang minat dgn hidangan mee.. so hari tu kita tukar selera sikit....sebab berbuka 2 beranak je.. Haziq plak.. kita masak mee kicap.. nak bagi mee bandong kang takut kepedasan plak..

Cerita pasal mee bandong tu.. masa tengah masak tu.. si Dini cakap..

Dini : "ibu masak mee jer ker ?" kita pun jwblah..
Ibu : "yelah.. masak mee je cukuplah.." (hari tu memang sengaja tak singgah bazar beli kuih sebab lepas sahur pagi Jumaat tu kita sempat buat puding buih.. tinggal buat sos ajer..)
Ibu : "kan ibu ada buat puding tu.. kurma pun ada... cukuplah tu.. buat apa banyak2 nanti tak
habis membazir jer...tak baik tauu"
Dini: "Alaa... mee kakak tak sukaaaa....."
Ibu: "Kakak rasalah dulu nanti..."

Then bila masuk waktu berbuka.. kita pun hidanglah mee bandong tu... Bila dia dah cuba.. kita pun tanya..

Ibu : "Sedap tak mee ibu masak?"
Dini : "Sedaplah bu....! siapa ajar ibu masak ni?"
Ibu : "kawan ibulah (refer to Sabrina)"
Dini : "Ibu.. nanti ibu cakap kat kawan ibu tu tauuu.. terima kasih sebab ajar ibu masak mee ni.. sedappppp sangatttt..!!"
Ibu : "yelahhh.. nanti ibu bagitau kwn ibu..

Dini & mee bandongnyer..


So kepada Sabrina... akak nak sampaikan pesanan dari anak dara akak tu.... dia ucapkan berbanyak terima kasih kerana share resepi tu dengan akak.. dia suka sangat mee bandong tu... even.. akak sendiri pun memang suka dan resepi tu memang kena dgn selera akak.. memang sedap sesangat.. THANKS FOR THE RECIPE SABRINA!!

OK pada sesiapa yang nak mencuba..bolehlah cuba resepi mee bandong Muor ni.. akak copy & paste jer ni Sab.. halal ehh.. yang kelakarnya.. masa akak hidang tu.. boleh terlupa dgn cili jeruk tu.. aduhaiii.. punyalah excited nak berbuka dgn mee bandong.. cili jeruk terlupa nak tarok.. padahal dah siap buat dah..

Quote:
MEE BANDUNG MUOR
Sumber : Sabrina

Bahan-bahan untuk kuah:
Utk dimesin
5 biji bawang merah
3 biji bawang puteh
10 tangkai cili kering

segenggam kacang tanah ~ digoreng dan dimesin halus
1 paket udang kering ~ dimesin bersama kacang tanah
300 gram daging ~ potong nipis
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula (MaDiHa tambah)

Bahan-bahan untuk cili jeruk:
3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal
air panas
1 sudu cuka
sedikit garam (MaDiHa tambah)

1 ikat sawi ~ dicelur
2 helai daun kubis (MaDiha tambah)
4 batang jagung muda (MaDiHa tambah)
2 bungkus mee kuning ~ dicelur (kita guna 500 gram jer ngam2 dgn kuah)

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
2. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging (MaDiHa masukkan dlm 2 blender air... boleh tambah bila air semakin kering semasa menunggu daging empuk)
3. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
4. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili dan sos tomato.
Nota Sabrina: ** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos tapi Sab degil.. nak letak gaks.. hehehe Ampun Mak...
5. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
6. Pecahkan telur ke dalam periuk dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.
7. Setelah telur masak, keluarkan dari periuk dan masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.
Nota Sabrina: ** Sab buat macam ni supaya telur tu tak bercampur dengan daging, nanti buruk rupanya.. hehehe
8. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. (MaDiHa campurkan sekali sayur2an selepas dikeluarkan telur yg telah masak..)


Dan ini pulak.. sebagai pencuci ataupun pemanis mulut.. kita buat puding buih bersos.. puding ni mak kita selalu buat bila bulan puasa mcm ni.. tapi takde resepi.. main agak2 jer.. so kita tepek resepi yang di ambil dari Mamiyati FP.. kita ada adjust sikit sana sinun.. jgn marah yer Yati.. Puding ni.. dpt satu loyang.. dapatlah bagi kat jiran2 jugak.. alhamdulillah.. Kepada Mamiyati.. terima kasih kerna share resepi ni yer...

Quote:
PUDING BUIH BERSOS
Sumber : Mamiyati

Bahan2 Untuk Puding
20 gram agar2
4 cawan air
1/2 cawan gula halus
5 biji putih telur
3 biji kuning telur
1 s/k esen vanila

Bahan Sos
1/2 tin susu manis
2 biji kuning telur
4 cawan air
2 helai daun pandan
1 s/k esen vanila (jika suka)
2 sudu besar tpg kastad
3 s/b gula pasir
sedikit pewarna kuning

Cara2 Menyediakan Puding

Masak agar2 bersama 4 cawan air. Kacau2 supaya agar2 benar2 hancur..
Pukul putih telur sehingga ringan, masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul lagi hingga bila diterbalik mangkuk, tak jatuh texturnya....
Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila sambil dipukul dengan kelajuan yg perlahan.
Bila dah sebati masukkan agar2 yang sedang mendidih tadi sedikit demi sedikit sambil dipukul sentiasa dengan mixer. Pukul adunan sehingga agar2 menjadi suam dan bolehlah tuangkan ke dlm loyang. Bila dah sejuk sedikit.. masukkan dlm peti ais.

Cara2 Menyediakan Sos
Bancuh tepung kastad dengan sedikit air.
Dalam periuk kecil, campur air, kuning telur, susu manis, esen vanila dan daun pandan. Kacau rata.
Masak diatas api sederhana hingga mendidih.
Sos hendaklah dikacau selalu agar tak berketul2.
Masukkan bancuhan tepung kastad ke dlm sos dan masakkan sehingga pekat.
Tutupkan api.
Semasa menghidang.. potong puding saiz kesukaan anda dan letak dlm mangkuk dan tuangkan sos di atasnya.. dan bolehlah dimakan..


Ini pula.. projek tengah malam sambil tunggu hubby balik dari kerja.. oleh kerana teruja dgn pandan chiffon yang MamaFaMI & Masriyah buat.. kita pun merajinkan diri jugaklaa.... tapi.. nampaknya kurang menjadilah.. tak tau dimana silapnya.. ataupun. mungkin juga tepung kurang kualiti sebab tepung naik sendiri yang diguna tu dah hampir expired.. dan ada lagi satu kesilapan yg disedari.. iaitu terover baked sebab masa membakar tu.. si Haziq meragam.. suruh kita temankan dia tidur.. last2 terlupa kek dah hangus sikit.. hehehehee.. tapi rasa keknya tetaplah sedap dan lembut sesangat.. cuma agak kering sedikit dan spt kurang naik gitu.. tapi kita tepekkan jugaklaa gambarnya.. mungkin lain kali boleh cuba lagi.... usaha tangga kejayaan betul tak? Kepada empunya resepi Puan Bashah.. terima kasih banyak2 kerana share resepi dengan semua.... Juga pada MamaFaMi dah juga Masriyah.. thanks juga kerana telah membuatkan kita terliur....

Quote:
PUAN BASHAH'S PANDAN CHIFFON CAKE

Source : MamaFami FP

Ingredients A

6 egg whites
1/4 teaspoon cream of tartar

Ingredients B

6 egg yolks
100 g sugar
120 g self raising flour
8 tablespoons pandan water (quarter teaspoon pandan paste + water) (I used pandan essence + water)
5 tablespoons corn oil

Method :

1. Beat egg whites and cream of tartar until stiff.
2. In a separate bowl, beat egg yolks and sugar until sugar has dissolved. Add in pandan water and mix thoroughly.
3. Add in corn oil.
4. Fold in sifted flour.
5. Using the spatula mix together mixture B into mixture A.
6. Pour into the chiffon mould and bake at 160C - 170C for 45-50 minutes

Note :

It's very important to turn the cake upside down immediately out of the oven. Leave it to cool. Remove the cake from the mould by using a sharp knife.



Quote:
Mamasya: tak tahan dgn godaan chiffon cake dlm fp masriyah & mamafami.. tu yang kita pun godek jugak tuu… nak tau… memang terlelap kejap masa temankan haziq tidur.. tu yg terhangus sikit tuuuu.. hehehe.. mee bandong tu memang sedap sangat2 kita bagi 5 bintang.. hehe.. puding buih tu pun sedap.. bolehlah cuba.. tp jangan lupa masukkan daun pandan tau dlm sos tu.. utk hilangkan bau hanyir telur..

Jeff: Betullah Jeff.. mee bandong muor jugak yg bestnyer…

Nur: bersabor yer Nur.. hehe.. godaan di siang hari ler katakan.. tp takper.. petang ni masak sedap2.. berbuka nanti.. bolehlah menjamu selera.. pandan chiffon tu memang best.. tak manis sangat.. sedang2 ajer..

Jie Jie: takperlah kak Jie. . madiha faham kak jie sibuk & tak sihat pulak tu.. madiha pun bila berkesempatan baru boleh melawat fp kawan2.. harap2 kak jie cepat2 sembuh yer.. jangan lupa mkn ubat tau..

Masriyah: A’ah.. memang best chiffon tu.. lembut.. tp madiha punya agak kering sikit sebab terover baked.

MamaFaMi: Itulah mama.. ibu dia ni jarang masak mee pasal ayahnya kurang suka hidangan mee utk mkn mlm.. mesti nak nasi jugak. Kalau pagi2 tu masak mee pun buat mee goreng ajer.. agaknya tu sedap sangatlah tu.. tu yg dia dok puji2 tu.. hehe.. pasal chiffon tu.. nanti nak cuba resepi basic chiffon yg mama bagi tu pulak.. acuan madiha saiz 24 cm. Agaknya pasal tu chiffon madiha tak tinggi sangat tu kot.. takperlahh nanti nak cuba lagi..

Zakiah z: alaa zakiah.. buat chiffon bukannya susah sangat.. cuma kena ikut betul2 arahan dia.. tapi chiffon yg madiha buat kali ni kurang jadi laa.. tak taulah apa silapnya.. tapi rasa tetap sedappp.. hehe..

Sabrina: Takper lambat komen.. mesti ada sedap tu kan.. ishh Sab.. akak ni memang suka dgn mee bandong. Tapi akak jarang buat sendiri disebabkan hubby akak lebih prefer nasi.. selalu kalau teringin sgt akak beli jer masa office hour.. jarang2 sekali baru masak mee kat rumah. Memang sedap ler Sab resepi Sab bagi tu.. dah jatuh cinta.. hehehe..
Nanti akak ckp kat Dini Sab kirim salam dia ehh.. emm budak2 ni kalau sebut duit raya. Seronoklah dia... hehe…


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net