Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 16-Sep-2007 04:22 Email | Share | Bookmark
Ramadan hari Ke3... Berbuka dengan Tokma & Adik2...

telur dadar
Tauchu tauhu udang campur
sahur hari ke 3
cara berlauk
cara berlauk
ayam masak kerutub
Acar telur puyuh
kerabu perut (beli)
keladi masak asam (beli)
koleh kacang (beli)
roti john (beli)
ikan selar kuning goreng
cucur udang (beli)
udang goreng kunyit utk sahur
Solok Lada
 
Utk bersahur hari ke tiga.. kita hanya sempat masak lauk ni ajer.. memang takde lauk semalamnya sebab semalam tuu.. kita berbuka dgn mee bandong.. so utk sahur.. kita masak simple2 iaitu telur dadar dan Tauchu Tauhu Udang Campur.. resepi ni.. kita belajar dari seorang kawan yg berasal dari Indonesia.. kalau dia yg masak.. memang lagi power... sedap.. pedas.. kita masak ni.. bolehlaa....gitu2..

Quote:
TAUCHU TAUHU UDANG CAMPUR

Bahan2
300 gram udang - bersihkan buang kepala & kulit tinggalkan ekor jer
2 keping tauhu - goreng & potong dadu
1 papan petai - (kita tak bubuh takde stok)
6 btg kacang panjang - potong pepat i inci
4 biji jagung muda - buang kulit & bulu semua hiris serong
5 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] dihiris
10-15 biji cili padi - tumbuk kasar (ikut kepedasan yg diinginkan)
1 helai daun salam
2 batang serai - ketuk
1 sudu besar tauchu
minyak utk menumis
air sedikit
gula sikit
perasa jika suka
garam jika perlu (rasa dulu kalau kurang masin baru tambah garam)

Cara Menyediakannya
Panaskan minyak.. tumis bwg2 hiris dan cili padi. masukkan serai tumis hingga wangi.
Masukkan daun salam, air dan udang. Kacau sebati.
Masukkan tauhu dan sayuran2 lain, petai, gula & perasa.. kacau lagi.
Rasakan garamnya.. tambah jika perlu. Bolehlah dihidang.


Petang tu.. ma dan adik2 serta adik ipar ada nak datang.. diaorang memang dah sampai sejak mlm semalam tapi singgah rumah adik no. 2 dulu. Bila tau ma dan adik2 nak dtg... seronok sakan hari tu yelahh.. mana taknya.. dapat berbuka dengan seluruh famili.. hanya adik no. 2 saja yg ikut serta... so hari tu kita masak special sikit laa... Sebelum diorang sampai.. kita sempat buat Kuih Cara Berlauk dan lauk pula.. kitorang sama2 masak Ayam Masak Kerutup, Acar Telur Puyuh, Solok Lada dan Ikan Selar Kuning Goreng... Boleh masak byk jenis tu sebab ramai.. kalau sorang2.. memang tak sanggup gak rasanya.. maklumlah.. si Haziq sekarang ni.. kuat meragam.. emm... masak... bukan ler spesel sangat pun...hehehee... Sebenarnya.. memang dah niat.. nak masak ayam masak kerutub ni bila ma dan adik2 datang sebab rempah kerutub tu kita beli masa singgah pasar Rompin on the way nak ke Penyabong hari tu.. bila ma tau kita beli rempah tu.. tak seronok pula nak masak kalau ma tak dapat rasa.. jadi hari tu kebetulan ma datang.. kita pun masaklah mengikut resepi Kak hanieliza yang kita ambil dari majalah JELITA bulan Ogos... Cuma kita tak buat nasi cinta warna tu sebab semua kat rumah lebih suka nasi putih.. Thanks to kak Liza utk resepi tu yer..

Quote:
KUIH CARA BERLAUK

Bahan2 Inti
1 cawan daging/ayam kisar
1 labu bwg besar - potong dadu
1 ulas bwg putih - potong dadu
1 s/b rempah kurma
garam secukup rasa
perasa jika suka
1 cawan air
minyak utk menumis

Bahan Tabur
2 biji cili merah - hiris nipis
1 tangkai daun bawang - hiris halus

Bahan2 Untuk Batter
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 biji telur
garam secukup rasa
pewarna kuning

Bahan Tambahan
Minyak masak tuang dlm mangkuk kecil
2 helai daun pandan diikat kemas utk menyapu minyak pada acuan cara.

Cara Menyediakan Inti
Panaskan minyak.. tumis bawang besar & bwg putih hingga wangi. Masukkan rempah kurma kacau rata. masukkan daging kisar, garam, perasa dan 1 cawan air. Biarkan mendidih dan kacau2 sehingga inti kering.

Cara Menyediakan Batter
Campurkan semua bahan2 batter ke dalam besen dan kacau rata. Untuk memudahkan tuangkan ke dalam blender (buat separuh2 yer.. kot tak muat lak blender tadi) dan blend adunan sehingga halus dan sebati. Tuangkan aduhan ke dalam jug plastik yang ada muncung supaya mudah kerja memasak kuih cara.
Panaskan acuan cara dengan api yg sederhana kecil. Lenserkan minyak menggunakan daun pandan yg diikat kemas pada acuan. Tuangkan adunan batter sehingga agak2 penuh ke dalam semua lubang aduan. Masukkan 1 sudu kecil inti daging ke dalam batter tadi. Taburkan daun bawang dan juga hirisan cili. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil yg sepadan dengan acuan cara dan biarkan beberapa minit. Bila nampak masak.. bolehlah angkat menggunakan sudu.


Quote:
AYAM MASAK KERUTUP
Sumber : Hanieliza (Majalah Jelita)

Bahan2
80 ml minyak masak
80 gram rempah kerutup dibancuh dgn sedikit air
1 ekor ayam - dicucuk2 dgn garfu (MaDiHa potong kecil ayam so tak perlu cucuk2)
30 gram kerisik
sedikit garam
30 gram gula merah (MaDiHa guna gula kerek/manisan)
800 ml santan dari sebiji kelapa

Bahan kisar
100 gm bwg merah goreng (MaDiHa timbang bwg kemudian baru buat bwg goreng)
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kerutup dan kacau rata.
3. Masukkan ayam, kerisik, garam, gula merah, santan. Biarkan mendidih sambil dikacau.
4. Pastikan kuah pekat dan ayam lembut.
5. Hidang bersama nasi atau roti.


Quote:
ACAR TELUR PUYUH
Sumber : Hanieliza (Majalah Jelita)

Bahan2
1 camca teh kapur makan dibancuh dengan 1 liter air.
80 ml cuka tiruan
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
30 gram gula
20 biji telur puyuh - direbus (kita guna 30 biji )
1/2 cwn air (MaDiHa tambah)

Dipotong Kecil Memanjang (rendam dlm air kapur 10 minit kemudian sejat)
1 batang timun
1 batang lobak merah
2 ulas bwg besar
3 tangkai cili merah
3 tangkai cili hijau (tak guna pun)

Bahan Tumis
1 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
3 cm halia
20 gram biji sawi (kita bubuh sikit jer)
80 ml minyak

Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan cuka, garam, serbuk kunyit, gula dan air.
3. Apabila mendidih, masukkan telur yang dikupas dan sayur2an. Kacau rata.
4. Biar sehingga kuah pekat, angkat dan hidang.


Quote:
SOLOK LADA
Sumber : Kak Jie Jie

Bahan-bahannya

20 biji lada hijau kelantan/cili hijau/cili merah
4 ekor ikan kembung~dibakar dan diambil isinya
2 biji kelapa ~ 1 biji kelapa untuk inti solok, 1 biji untuk santan pekat( 2 cawan )
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sejemput lada hitam
Garam secukup rasa
1 sudu teh gula

Cara membuatnya

1. Cili hijau dibelah tengah dan dibuang bijinya ( hati2 supaya tidak terkopek di pangkal dan di hujung cili)
2. Tumbuk lada hitam, bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
3. Kemudian dalam lesung yang sama, tumbuk isi ikan, kelapa, garam dan gula sehingga sebati semua bahan~ sudah jadi inti solok
4. Sumbatkan inti solok ke dalam cili yang dibelah sehingga penuh. Buat sampai habis.
5. susun cili solok itu di dalam periuk. Pastikan inti solok di bahagian atas (jangan kasi tumbang. Kalau tumbang isinya akan hancur).
5. Tuang santan pekat ke dalam periuk secara perlahan-perlahan. Pastikan tidak mengenai isi solok tersebut.
6. Tutupkan periuk dan dimasak di atas api yang sederhana.
7. Bila dah kering santannya bolehlah diangkat dan dihidangkan.


Lepas siap masak2 dan solat asar.... kita sajalah ajak ma dan adik2 ronda2 bazar Ramadan.. Konon2 nak cari kuih2 manis je sikit.. Tapi bila dah pegi situ.. ada jer yg dibeli.. memang betul kata Ida Merpati.. jangan pegi bazar.. hehe.. Kita beli air soya, kuih koleh kacang, sayur keladi dan roti john.... tapi ma dgn adik2 plak.. dok terliur mcm2.. mcm2 pulak yg diaorang beli.. rojak passembor, cucur udang, siput sedut masak lemak, kerabu perut + tauge, air tebu. Ya Allah... banyak betul... macam ni mau penuh satu meja.. baru jer cerita taknak membazir... Tapi dok beli macam2.. Tapi alhamdulillah.. oleh kerana bilangan kami ramai.. habis jugalah makanan yang dibeli tu.. tidaklah sehingga membazir.. sebab beli pun tak banyak kuih2 tu hanya beli seringgit jer sejenis.. hanya lauk yg dimasak tak habis sebab memang pun masak banyak utk sahur sekali.. jadi utk sahur tu.. kita hanya masak udang goreng kunyit ajerlah buat tambah2 hidangan bersahur.. selepas bersahur dan solat subuh.. ma dan adik2 pun bersiap2 utk bertolak pulang semula ke kampong... tinggallah kami 4 beranak...

Quote:
UDANG GORENG KUNYIT (resepi dah ada di link sebelah)


Quote:
Masriyah: sekali sekala meriah pasal ada tetamu dtg bertandang.. kalau setakat berbuka 3 beranak.. kita masak simple2 ajer.. heheh… itulah kan.. jauh sangat jarak kita ni.. kalau tak boleh madiha ajak sekali..

Cek de sam: cara berlauk tu.. feveret hubby madiha.. dulu2 dok beli jer kuih tu pasal takde acuannya jugak.. tapi dok fikir2 blk sampai bila taknak beli acuannya.. nanti2 teringin nak buat senang bila ada acuan sendiri.. acuan tu dah 4 bulan beli.. baru ni aje diguna.. hehehe….

Idderes: jemputlah berbuka sama..

Nur: hehehe.. ada2 aje Nur ni.. alahh kalau makan serba sikit.. mana boleh gemuknya Nur….

Kamalina: yelah sesekali masak byk.. ada tetamu sebenarnya.. mak dan adik2 datang.. tu yg masak lebih sikit tu.. lepas tu.. bila ke bazar ramadan.. mulalah dok teringin macam2… tu yg jadi bertambah bnyk makanan tu… sabor jelah.. chiffon tu.. cara membuatnya taklah susah sangat.. tp kenalah ikut arahan dia betul2 terutama waktu memukul putih telur dan lepas bakar kena terbalikkan acuan..

Jeff: oooo.. bro memang bijak.. lain kali masuk sini lepas berbuka yer.. hehehee….

MamaFaMi: sekali sekali tengok resepi dlm majalah pun best jugak ma… dengan majalah dibawak sekali ke dapur.. hehehee…

sebenarnya dah lama nak masak kerutub tu.. rempah pun dah beli masa pegi berkelah kat Endau aritu.. tp oleh sebab mak tau kita beli rempah tu.. tu yg tunggu mak datang baru kita masak.. hehehe..

Zakiah z: mana ada rajinnya zakiah.. masak byk tu pun sebab ramai pembantu.. kalau tak.. kita masak 2 or 3 jenis masakan ajer..

Maklang: madiha dah re-send email tu 2 kali.. yg kali pertama ok takde terima undelivery mail pun.. maknanya email tu dah sampai guna email address yg maklang tulis tu.. lepas maklang kata tak terima semalam.. madiha try send lagi guna email sama tp ada tambah (.my) kat belakang tu.. haaa.. yg tu memang ada terima bounce email postmaster kata email undelivery.. so rasanya email pertama tu memang sampai.. yg kedua yg di tambah (.my) tu memang tak sampai… cemana maklang tak terima ya.. agaknya.. email tu pergi ke junk box kot…

Roylazim: Alhamdulillah.. dengan rezeki yg Allah bagi… taklah rajin sangat kak roy.. hari tu ada mak dan adik2 yg sama2 menolong tu yg masak lebih skit… kalau msk sorang2.. memang tak larat.. tambah pulak dengan haziq yg semakin kuat meragam..

Tariqzaidanirah: lepas masak.. pegi pulak bazar ramadan… tu yg rambang mata tu…

Su, bukit payong: Alhamdulillah.. ada juga yang sukakan FP madiha ni yer.. terima kasih yer sebab sudi berkunjung.. ada masa datang2lah lagi ke sini.. resepi cekodok ubi tu.. idea dari suami madiha.. bolehlah try nanti.. cempedak grg pun sedap jugak tuuu…. Seronok bercucuk tanam sendiri.. nak mkn ambil jer kat kebun kan.. kat bandar ni.. semuanya berbeli.. mcm tulah adat tinggal di bandar…

Jaja’s shop: silalah lalu..

Kak Leen: mak dan adik2 datang kak leen.. tu yang masak lebih sikit tu…

Mamasya: Masak lauk tu memang kena masak hari2.. tp bab kuih tu.. kena jugak cari kat bazar Ramadan nak buat tak sempat.. maklumlah balik kerja tu masa singkat sangat. Cara bergula tu pun MaDiHa suka gak.. cadang nak buat gak nanti.. sebab senang jer membuatnya.. tunggu hari cuti ler kot.. Mamasya kena beli ler satu acuan tu.. senang nak buat kuih tu nanti..

Ain: Patutlah lama senyap.. mc rupanya.. demam ker? Jangan lupa makan ubat tau.. kang jangkit plak kat Kimi.. susah nanti..Ain.. akak masak banyak tu sebab ma dgn adik2 akak datang hari tu.. tu yg masak lebih sikit.. diaorang datang tu pun sebab nak berbuka sama dgn anak2 dia kat sini.. biasa kalau bulan puasa.. mesti akak balik kg utk berbuka sama family.. tp oleh sebab akak baru balik last 31 Ogos.. tu yg diorang plak dtg PJ ni..

Cak: Dlm FP Cak pun apa kurangnya.. mcm2 resepi gak ada.. kita suka baca celoteh Cak pasal anak2.. resepi kerutub tu.. kak Liza yang punya.. boleh la cuba nanti.. best!!

Sabrina: Cara berlauk tu.. memang sedap.. kuih kegemaran hubby akak.. ayam kerutub tu.. tak susah sangat membuatnya.. Sab pun boleh masak sendiri.. macam Sab.. berdua jer.. masak separuh jer dah boleh buat berbuka & sahur sekali kot…


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net