Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 19-Sep-2007 01:31 Email | Share | Bookmark
6 Ramadan 1428... sederhana..

kurma segar.. masih mengkal
pengat ubi kayu
agar-agar cendol (jiran bagi)
daging black pepper
 
murtabak (beli)
Puasa hari ke enam... berbuka sederhana jer.. singgah bazar ramadan hanya beli murtabak jer.. 2 murtabak utk kami 3 beranak (coz hubby berbuka kt tempat kerja) & 2 lagi kita bagi kat pengasuh..


Sampai rumah.. mulakanlah rutin harian.. tengok dlm peti ais hanya ada daging saja.. emmmm... penyakit 'M' dah melanda.. mulalah fikir nak masak 2 in 1 ... dan finally terhasillah lauk ni.. Daging Black Pepper yang ku campur sekali dgn sayur2an dengan ertikata lain.. tak payah ler nak masak sayur lain lagi.. Kita masak banyak terus sekali utk sahur.. biasa ler.. org rajin.. hehe..

Quote:
DAGING BLACK PEPPER

Bahan2
600 gram daging - potong nipis
1 biji carrot - potong ikut suka
8 batang kacang panjang - potong 2 inci
6 ulas bawang merah]
3 ulas bawang putih]
1 inci halia] bahan2 ini ditumbuk halus
5 biji cili padi]
1 sudu besar lada hitam] tumbuk halus berasingan (kalau masuk sekali dgn bwg susah nak hancur)
1 biji bawang besar - mayang
garam secukup rasa
gula sikit
Air utk empukkan daging
Minyak utk menumis

Cara2 Menyediakan
Panaskan minyak anggaran 1 senduk. Masukkan daging. Kacau dan biarkan hingga daging bertukar warna. Masukkan bahan2 tumbuk dan kacau rata. Biar hingga air daging kering dan bahan2 tumbuk garing. Tambahkan lagi air jika perlu hingga daging separuh empuk. Masukkan sayuran, garam & sikit gula. Kacau2 lagi dan bila daging empuk masukkan bawang besar mayang dan kacau hingga layu dan tutupkan api. Bolehlah dihidang.


Sambil tunggu daging empuk dlm kuali.. ada seketul lagi ubi kayu lebih buat cekodok dulu tu.. (huhu.. lama tuu...) ku kopek2 lalu ku buat pengat.. rindu lama tak mkn pengat.. tengah2 masak.. jiran sebelah ketuk pintu.. rupanya dia nak bagi agar2 cendol sebab nak pulangkan mangkok yang kita bagi dia puding buih hari tu.. alhamdulillah... rezeki.. Nak balas pengat ubi tu.. rasa cam tak sesuai pulak.. emmm lain kalilah.. tunggu buat kuih best2 sikit baru ler leh bagi jiran2..

Quote:
PENGAT UBI KAYU

Bahan2
1 ketul ubi kayu
gula manisan/kerek secukupnya (apa2 gula pun boleh.. tp kalau guna gula merah kena masak dulu gula merah dgn sikit air dan tapis sebab kadangkala dlm gula merah terdapat habuk dan pasir)
1/4 sudu kecil garam - utk melemakkan pengat
santan secukupnya

Cara2
Ubi di buang bahagian hujung dan pangkal. Kerat anggaran 2 1/2 inci dan kopek kulitnya. Cuci bersih lalu belah 6 setiap keratan. Cuci bersih. Masukkan dlm periuk. Tuangkan santan secukupnya dan sedikit garam.. biarkan mendidih sambil dikacau sentiasa. bila separuh empuk.. masukkan gula. Biarkan hingga ubi empuk dan tutupkan api.


Buah kurma segar yang hubby beli dan agar-agar cendol yang jiran bagi..


Alhamdulillah.. rezeki hari tu kenyang kami anak beranak..


Quote:
Ain: Ubi kayu masak apa pun sedap.. & memang feberet akak tambah2 pulak buat pengat ni.. alaa.. kesian tak jumpa lagi ker pisang utk buat pengat.. jangan sampai kempunan sudah la yer… cakap kat hubby beli pisang nipah..

Jie Jie: Pengat ubi ni.. time2 bulan puasa ni mulala teringin kan akak..

Mamasya: masakan 2 in 1 ni memudahkan kerja org perempuan.. tambah2 suri rumah yg bekerja mcm madiha ni… tp mujur jugak hubby tak kisah… nanti bolehla cuba buat pengat ubi tu.. makanan org dulu2..hehee..

Sabrina: Akak kalau bulan puasa.. & tak sempat masak especially hari kerja.. memang murtabak ler yg jadi sasaran sebab anak dara akak tu suka sangat selain roti john. Adik dia pun boleh makan sekali pasal tak pedas..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net