Want your
own Fotopage?






















































 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 1-Oct-2007 02:28 Email | Share | Bookmark
16 & 17 Ramadan

king mushroom @ bao mushroom
talam suji (baby sitter bagi)
bubur kacang
kurma
fish balls sambal
 
king mushroom goreng
 
cucur badak b4 goreng
cekmek molek b4 goreng
cucur badak siap goreng
udang masak hijau - masih dlm kuali..
puding coklat karamel
tembikai
cucur badak
cucur badak
lengkong sujah bagi
puding coklat karamel
udang masak hijau
lala tumis bersantan
black pepper beef slices
Cek Mek Molek
 
16 Ramadan 1428

Hari Jumaat lepas.. masak simple jer.. baby sitter pulak bagi kuih talam suji.. antara yang sempat kita sediakan hari tu ialah bubur kacang, fish balls masak sambal (dari FP Maklang) & king@bao mushroom goreng.. bubur kacang tu.. permintaan hubby.. so lepas sahur tu kita rendam siap2 kacang tu.. jadi masa merebus takdelah kena tunggu lama sangat. & king mushroom tu pulak.. beli masa singgah tesco hari tu.. cendawan tu feveret hubby.. kalau jumpa mesti kena borong. Hari tu dia beli 3 peket dan dia suruh masak semua sekali.. siap pesan taknak campor udang.. bubuh ikan bilis banyak2.. yerlaa abangg... & fish balls sambal tu pulak.. masak sebab dah kehabisan lauk dlm peti ais.. hanya ada fishballs tu ajer.. hubby beli yg 1 kg tu.. kita masak 2/3.. boleh ler buat berbuka & sahur sekali..

Quote:
BUBUR KACANG

Bahan2
250 gm kacang hijau - basuh dan rendam
santan secukupnya
air secukupnya
4 s/b biji sagu
gula melaka secukupnya
sedikit garam
2 helai daun pandan

Cara
Rebus kacang hijau hingga lembut. Semasa separuh lembut masukkan dulu sagu halus. Tambahkan air jika perlu. Bila kacang dah lembut & biji sagu nampak jernih.. masukkan santan, daun pandan dan gula melaka dan garam. Biarkan sehingga gula merah hancur. Hidangkan panas2 atau sejuk.


Quote:
FISHBALLS SAMBAL
Sumber - Maklang Azie

Sambal Fishball

Bahan
Fishball - goreng sekejap

Bhn kisar
Cili kering
Bwg putih
Bwg merah
Belacan

Bwg besar - hiris
Air asam jawa
Gula n garam

Cara
Tumis bahan kisar..masukkan air asam jawa, gula n garam.
Masukkan fishball..biarkan sambal tu agak pekat sedikit.
Last, masukkan bwg besar..


Quote:
KING/BAO MUSHROOM GORENG BERSAMA BILIS

Bahan2
3 peket king/bao mushroom
1 ulas bwg besar-mayang
3 ulas bwg putih cincang
2 biji cili merah - hiris
1 gengam ikan bilis kopek
minyak
garam & perasa

Panaskan minyak & tumis bahan2 mayang dan bilis hingga layu. Masukkan cendawan, garam & perasa. Biarkan seketika sambil dikacau2 selalu. Tak perlu tambah air kerana cendawan akan mengeluarkan airnya sendiri.. Bila air cendawan dah keluar.. kacau2 selalu dan biarkan 1 minit. Kemudian bolehlah dipadamkan api dan hidang.


17 Ramadan 1428

Hari Sabtu pulak.. MaDiHa jemput Sujah sekeluarga datang berbuka kat rumah. Dah menjadi kebiasaan.. kalau bulan puasa.. mesti cari satu hari utk ajak Sujah & keluarga berbuka di rumah.. begitu juga Sujah.. mesti ada sekali ajak MaDiHa sekeluarga berbuka kat rumah jugak.. Kali ni.. famili Sujah kekurangan seorang ahli keluarga iaitu Farhani.. sebab minggu tu dia tak balik ke PJ.. sebab dia dah balik earlier.. hanya Syikin yang balik kali ni.. jadi nampaknya takde rezeki ler Naknie.. Naknie jangan kecik hati tau...

Antara juadah yang MaDiHa sempat sediakan.. ialah kuih cucur badak, kuih cekmek molek, puding coklat karamel (FP Kak Liza.... tq Kak Liza ) black pepper beef slice (dari FP Aliza... tq Aliza.. ), udang masak hijau (FP Noor Yusuf .. tq Kak Noor ), lala tumis bersantan, pak choy tumis air (tak snap gambor) & ikan jeruk goreng bawang lada (pun tak sempat snap gambor ).


Quote:
CUCUR BADAK

Bahan2

Bahan inti
1/2 biji kelapa parut putih
3 ulas bwg merah
1 ulas bwg putih
5 biji cili kering - rebus
1 s/b udang kering - rendam
1 btg serai
1 s/k jintan manis
(Bahan2 di atas dikisar halus kecuali kelapa parut)
sedikit kunyit serbuk
1/2 cawan air
Minyak utk menumis
garam, gula & perasa secukupnya

Cara Masak Inti
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan serbuk kunyit, perasa, gula dan garam. Masukkan sikit air dan juga kelapa parut. Masak hingga inti kering.

Bahan Doh
2 1/2 cawan keledek rebus yg dilecek
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung pulut
air secukupnya lebih kurang 1 cawan dicampur dengan sikit garam

Cara2
Bancuh keledek lecek bersama tepung hingga rata. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga rata. Jangan masukkan air kesemuanya.. agak2lah yer.. hingga dpt doh yg lembut. Ambil doh sebesar bola pimpong dan leperkan. Masukkan inti dan tutup lalu dileperkan sedikit. Goreng dlm minyak yang panas.


Quote:
CEK MEK MOLEK

Bahan2
2 1/2 cawan keledek rebus yg dilecek
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung pulut
gula pasir secukupnya
air secukupnya lebih kurang 1 cawan - ni agak2 jer
sedikit garam - bancuh dlm air
Minyak utk menggoreng

Cara2
Campurkan keledek lecek bersama 2 jenis tepung tadi dan gaulkan rata. Masukkan air bergaram sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga mendapat doh yang lembut. Ambil doh sebesar bola pimpong dan leperkan. Masukkan 2 sudu kecil gula pasir diatasnya dan tutup. Bentukkan memanjang. Habiskan kesemua doh dan bolehlah digoreng dlm minyak yg banyak api sederhana sehingga kekuningan. Angkat dan tos.


Quote:
PUDING COKLAT KARAMEL (MaDiHa buat 1 1/2 adunan )
Sumber - FP Hanieliza

Bahan-bahan

Bahan A
½ cawan gula [buatkan caramel masak atas api perlahan hingga bertukar warna]

Bahan B
1 tin susu cair
1 cawan air
4 biji telur
1 s/k esen vanilla
4 s/b gula perang
1 s/b serbuk koko
3 s/b tepung jagung

Hiasan…Buah laici dalam tin

Cara Memasak
1. Gaulkan semua bahan B dan tapiskan dalam loyang yg berisi caramel. (MaDiHa blend kesemua bahan)
2. Kukuskan selama 30 minit dengan api sederhana.
3. Sejukkan dan terbalikkan dalam pinggan besar.
4. Hiaskan dengan buah laici atau sebarang buah koktel.


Quote:
UDANG MASAK HIJAU
Sumber - FP Noor Yusuf

Bahan2
600 gm udang
10 tangkai cili hijau - dikisar
10 tangkai cili padi - dikisar
1 cm kunyit hidup - dikisar
1 cm lengkuas - dikisar
5 batang serai - dikisar
5 gm belacan - dikisar
15 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 cm halia - dikisar
5 helai daun limau purut - kisar (MaDiHa tak kisar.. tp letak sekeping2 jer)
1- gm daun ketumbar - utk tabur
5 gm serbuk jintan manis dan putih
250 ml santan pekat
sedikit garam dan gula
sedikit minyak untuk menumis
Cara penyediaan.

Tumiskan bahan bahan kisar bersama serbuk jintan manis dan putih sehingga
pecah minyak. Kemudian masukan santan bersama garam dan gula.
Renehkan di atas api sederhana sehingga kuahnya pekat.
Setelah itu, barulah masukan udang dan gaul rata. apabila udang masak dan
rempah naik minyak angkat dan hidangkan


Quote:
BLACK PEPPER BEEF SLICES
Sumber - FP Aliza

Ingredients
Beef Slices (approx. 1 bowl)

pounded:
2 cloves garlic
3 bulbs small red onions
2 cili padi (more if you like it hot)
1 Tbs black peppercorns

1 carrot - cut the way u like (MaDiHa tambah)
1 capsicum - cut cube (MaDiHa tambah)
1/2 large onion, cut into rings
2 Tbs kicap manis
1 Tbs light soya sauce
1/4 cup water
salt/sugar - to taste

how to:
Heat oil in wok, and fry the beef slices till it turns colour.
Add in the pounded ingredients and fry till fragrant and slightly dry.
Stir in all liquid and seasoning. Leave mixture to thicken slightly, then add in the onion rings. Stir for about 2 minutes and check seasoning. Serve hot.


Quote:
LALA TUMIS BERSANTAN

Bahan2
2 kg lala
1 senduk besar cili & bawang mesin
1 inci halia (hiris nipis)
2 batang serai (ketuk)
1 cawan santan pekat
2 cawan air
garam, gula & perasa
minyak masak

Cara
panaskan minyak dan tumis cili & bawang mesin hingga wangi. Masukkan serai dan halia. Masukkan lala, air dan santan.. kacau2 selalu. Masukkan garam, gula & perasa. Kacau2 selalu sehingga lala berubah warna.. tunggu 3 minit dan bolehlah di hidangkan.


Kepada semua rakan2 FP yang MaDiHa ambil resepinya.. diucapkan ribuan terima kasih kerana sudi berkongsi resepi dengan semua..


JOM KITA SEMBANG
Quote:
1. Lee Lin: hehehee.. ada2 jer u ni tau.. banyak tu pasal ada tetamu datang berbuka dirumah… kalau tidak… madiha masak 2 jenis lauk ajer…
2. Ain: Bila Ain nak dtg berbuka kat rumah akak? Heheheheeee …. Penat gak tau Ain.. pasal akak masak sorang2.. kul 1 dah start wat kuih.. terus msk lauk pulak.. akak hari tu.. berbuka tak mkn nasi.. mkn kuih2 jer.. pastu mlm lepak tidur awal.. hehehehee..
3. Jay4to: Aminnnnnnn.. hehehe….
4. Cek De Sam: mushroom tu.. memang sedap.. bila gigit terasa kenyal2 lembut gitu.. mcm mkn isi sotong.. memang terasa cendawannya.. memang bestlahh!! Boleh try.. madiha rekemen.. first time madiha mkn.. ma kat kg yg masak dia beli kat pasaraya kat segamat.. skrg ni hubby pantang jumpa sure dia borong..
5. Mamasya: boleh try beli cendawan tu.. memang sedap tauuu.. nak tau.. kita start wat kuih kul 1 tghari.. tak tau ler jiran kata apa masak tengahari buta.. heheheee… siap bunyi menumis inti cucur badak tu lagi.. hehehee…
6. Masriyah: madiha masak lebih hari tu sebab ada tetamu berbuka kat rumah… kalau tidak.. hanya ada 2 jenis lauk ajer…
7. Idderes: banyak tu sebab mama masak utk tetamu yg dtg berbuka kat rumah.. tulah.. tak puas hati kalau beli kuih kat pasar ramadan… kualiti tak dijaga.. mesti regret kita belikan..? kuih cucur badak tu keras tu sebab dia tak campur tepung pulut tu… kalau masuk gandum jer memang kerassss…
8. Sabrina: Kalau org jual memang rasanya tah apa2… main cincai jer buat.. kita masak sendiri boleh adjust sesedap rasa.. tp.. bln2 puasa ni.. kena main agak2 jer lah.. hehehehee.. jomlah kerumah akak kalau nak rasa akak masak.. tp takdelah sedap mana pun akak masak.. tak sehebat tangan org lama2…
9. Kak Jie Jie: Oh yer ker.. dipanggil cedawan peha ayam.. memang pun sesuai nama tu.. cendawan tu memang sedap kan kak…. Tak rugi membelinya walaupun harganya agak mahal.. Akak.. pusu tu apa?
10. Auntie fliffy: kalau madiha buka restoran.. belum tentu ada org masuk.. hehehee.. nampak jer sedap tp entah2 rasanya tak seberapa.. hahahhaaa… baju raya.. sebahagian dah siap.. ada lagi masih berada pd tukang jahit..
11. Kak Leen: Wa’alaikumsalam akak… betul tu kak.. tengok fp ni selalu buat kita kecur liur tengok.. pastu mulalah nak tiru menu kawan2 kat sini.. untung ada kawan2 yg baik hati berkongsi resepi termasuk ler kak leen juga…
12. Nur: udang masak hijau tu.. memang sedap.. tak rugi mencuba.. nur pun boleh cuba..
13. PEMANCING IKAN: bagus tu.. rajin2 update yer.. madiha suka tengok gambar2 kat fp bro.. ada kelainan dengan gambar yg jarang2 boleh tengok di bandar2 ni… sebenarnya mengimbas kembali nostalgia semasa berkebun kat kg sama2 arwah ayah dahulu… soal memasak.. memang betul.. kena ada pengalaman tak perlu rasa… dah tau makanan tu cukup masin atau tidak..

banyaknya food... mcm gerai kat pasar ramadhan.. hehe Mon 1-Oct-2007 03:31
Posted by:Lee Lin  - [Link]
Banyaknya menu...sampai tak tahu Ain nak pilih mana satu..semuanya nampak sedap dan menyelerakan...kalu camni leh berpinggan2 Ain makan ni...solutela Kak Madiha ni coz rajin dan larat masak banyak2..kalu Ain mau 2 ari sakit pinggan... Mon 1-Oct-2007 04:51
Posted by:Ain  - [Link]
Ya Allah engkau kuatkan lah iman hamba Mu ini..................
edit gambo? aku pun tak reti ekekeke..........
Mon 1-Oct-2007 07:16
Posted by:jay4to ayahcu@gmail.com  - [Link]
tak pernah jumpa king/bao mushroom, sedap tak? Mon 1-Oct-2007 07:57
Posted by:cek de sam  - [Link]
semua sedap2 ni....king mushroom tu rasanya pernah lihat kat supermarket tp tak pernah beli.
rajinnya MaDiHa masak pelbagai kuih dlm masa sehari....masak lauk pauk lagi sempat ya.Kalau cam ni tak payah berbuka di restorenpun tak apa...menu Madiha lagi sssedap.....
Mon 1-Oct-2007 08:18
Posted by:mamasya  - [Link]
Rabun mata dibuatnya....banyak sangat tak tahu yang mana satu nak pilih...semuanya mengancam jiwa... .teruskan dengan memasak yang sedap-sedap.... Mon 1-Oct-2007 08:54
Posted by:masriyah  - [Link]
Napa mama kali nie banyak sangat resepi.. pening kepala den... cis... kuih cucur badak yang saya beli di pasar ramadhan keras...

Salam Aidilfitri, maaf zahir batin
http://www.idd.host.sk
Mon 1-Oct-2007 12:07
Posted by:idderes idd@host.sk  - [Link]
Alah Kak Madiha... kecur air liur tengok cucur badak tuh. Tuh lah kuih yang paling Sab suka tapi susah sangat nak cari yang sedap. Dah beberapa kali Sab try beli kat pasar ramadhan tapi semuanya tak sedap.. sedih betul la.. nak kena balik kampung gaks.. suruh mak buatkan.. Banyaknya makanan akak buat, nampak meriah lahh.. Tak nak jemput Sab berbuka kat umah akak ke? Hehehehehe Mon 1-Oct-2007 12:35
Posted by:Sabrina  - [Link]
KIng mushroom tu biase akak bakar je. Lepas tu cicah sos cili. Best jugak sbb ratah gitu je. Kalu kat Kelantan dia panggil kulat paha ayam. Dulu dia ade juga tumbuh kat rumah akak ni. Atas pusu.Tapi sekrang ni dah tak ade lagi .Rajin madiha upload banyak2 resepi kat sini. Akak memang tabikpada madiha. Mon 1-Oct-2007 14:15
Posted by:kak jie jie  - [Link]
salam madiha...wahwahwah...cik kak...ni bleh bukak restoren ni... yumminye fliffy pon suka cucur badak....ermmmmmm...mmg rajin n berdedikasi betullah madiha ni,,, hehe baju raya dah siap ke/// Mon 1-Oct-2007 15:23
Posted by:auntie fliffy  - [Link]
Assalamualaikum

Hehehehe Madiha Pun Terbuka Selera Nak Buat Fish Ball Sambal Mak Lang.....Banyaknya Menu...Semuanya Sedap Untuk Kak Leen Tak Ada Ke
Tue 2-Oct-2007 01:07
Posted by:Kak Leen  - [Link]
udang masak hijau jadi perhatian nur...tergoda nie Tue 2-Oct-2007 01:19
Posted by:Nur  - [Link]
Perkara update bagi kita mudah saja. Apa nampak tangkap gambar dan publish. Bab masak ni kita salute le. Menu kena kreatif dan skill kena ada. Pengalaman pun penting.Apa tidaknya - kalau tak berpengalaman bagaimana nak tahu garam secukup rasa. Tue 2-Oct-2007 01:45
Posted by:PEMANCING IKAN  - [Link]
cucur badak tu my fav... lala tu saya suka tumis dgn bwg putih & halia.. lagi lebih bwg putih lagi sedap... Tue 2-Oct-2007 02:55
Posted by:tariqzaidanirah  - [Link]
mak aiii.. byknya makanan... saya suka kuih cucur badak & cek mek molek tu.. yg cek mek molek kan, kitorg main beli yg readymade, tinggal nak goreng aje.. ok gak, 10bj = rm3.. hehehe.. ni kes malas, payah nak dpt ubi la (alasan je ni)... tapi sedap je yg beli ni... hari2 dok mkn, tak jemu lak tu... Tue 2-Oct-2007 03:09
Posted by:kamalina  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.