Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Oct-2007 02:42 Email | Share | Bookmark
20 Ramadan 1428

fresh button mushroom & Sweet Peas
set berbuka
cara berlauk & koci pulut hitam.. pengasuh bagi..
ayam goreng kari
ayam asam pedas
button mushroom + Sweet Peas Stir Fried
buah naga / pitaya
puding roti dah kena potong
closed up sikit
ini utk Lily.. Nak bg Kak Ina.. selalu takde rumah..dah gi niaga
masih dlm loyang..
Kali ni dah tak tau nak masak apa.. last2.. masak asam pedas ayam, ayam goreng kari & sayur cendawan butang segar + sweet peas stir fried.. puding roti tu.. ternampak dlm FP Masriyah hari tu.. terus berkenan nak cuba. Kita buat siap2 malam sebelumnya before tidur.. masa sahur dah keras.. terus masuk dlm peti sejuk.. terima kasih pada Maklang & Masriyah.. Sedap gak puding ni.. rasa dia ada sikit2 nak sama dgn puding pelangi blackmore..

Balik dari kerja hari tu.. singgah ambil anak2 kat rumah pengasuh.. dibaginya pula kuih cara berlauk dengan kuih koci pulut hitam yang dia tempah untuk moreh.. buah naga/pitaya/dragon fruit tu.. my cousin bagi masa gi berbuka umah Sujah aritu.. alhamdulillah.. kenyang kami sekeluarga.. (lupa nak cerita.. my cousin Bie/Ruby.. adalah sepupu MaDiHa iaitu anak makcik kita yg paling tua (kakak kepada ayah kita.. dua2 dah takde).. dia tinggal rumah Sujah kat sini coz kerja kat KL ni..)

Ok.. meh kita tengok juadah kali ni.. juadah sempoiii...



Quote:
AYAM ASAM PEDAS

Bahan2
ayam
2 senduk (bawang besar + bwg putih + cili kering + halia + belacan - blend)
1/2 s/k serbuk kunyit
1 bunga kantan
daun kesum
3 asam keping
1 tomato - potong 4
1 keping sawi asin - belah 2
minyak utk menumis
garam & perasa

Cara2
Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masuk air dan semua bahan2 lain kecuali sawi asin & tomato. Biarkan mendidih dan sehingga ayam empuk. Masukkan sawi asin & tomato. Biar kejap.. dah hidang.


Quote:
AYAM GORENG KARI

Bahan2
Ayam
1 s/b bawang mesin (bwg besar + bwg putih + halia)
1/2 peket rempah kari ayam
1 s/k serbuk kunyit
garam secukupnya
1 pelepah daun kari
minyak

Cara2
Gaulkan ayam bersama2 semua ramuan dan perap seketika. Panaskan minyak dan goreng sekali dengan daun kari jugak. Goreng hingga kekuningan dan bolehlah diangkat dan hidang.



Quote:
FRESH BUTTON MUSHROOM + SWEET PEAS STIR FRIED

Ni resepi senang jer..
Tumis bwg putih cincang, bwg besar + cili merah mayang & ikan bilis kopek. Bubuh udang sikit, sos tiram dan air sket. kacau2, masukkan sayuran dan kacau2 lagi.. tambah garam & perasa jika perlu. siapppp!!!!!


Quote:
PUDING ROTI
Sumber : FP Masriyah (asal dari Maklang)

Bahan
1 pkt agar2 (25g cap burung layang2) –(Madiha guna yg 20gm brand lain)
Air ikut sukatan plastic pembungkus agar2 tu. (6 gelas)
Gula ikut manis (Madiha bubuh 10 sudu besar.. ni terpulang pd anda suka manis lagi boleh tambah)
Susu cair – I tin
Roti – beli roti yg biasa (cap kunci tu pun takper) kerak roti buang (Madiha guna gardenia 8 keping tak buang pun keraknya)
Telur – 1 biji
Esen vanilla (1 penutup)

Cara

1.Blend roti , telur & susu + esen vanilla – sampai halus.
2.Agar2 rendam dulu, masak sampai hancur dan tapis. Masuk semula dlm periuk.
3.Masukkan gula dan rasakan manisnya ikut lidah.
4.Masukkan adunan roti dan susu tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan.
5.Bahagikan 3 warna (hijau, merah, coklat)
6.Masukkan dlm loyang (masukkan sekali tak payah tunggu keras satu2..corakkan mengikut kreativiti anda)
7.Sejukan dahulu kemudian boleh masukkan dlm peti sejuk.
8.Bila dah keras bolehlah dipotong.



JOM KITA SEMBANG
Quote:
1. MISS EJ: Silakan EJ..
2. Kak Jie Jie: laaa.. kita sokmo sama dehh.. hehehee.. akak.. mestilah citarasa dekat2 nak sama.. akak kelate, sy teranung.. dok sebelah menyebelah jer.. hehehee..
3. Shadi3: sekali sekali.. kena meriah.. barulah hidup pun meriah.. betul dak?
4. Kak Leen: Wa’alaikumsalam akak… puding roti tu memang sedap.. buat pun tak susah sgt la kak leen.. kejap jer dah siap.. cuma kena tunggu beku dulu baru leh mkn..
P/s: untung nabiha ada mama pandai jahit baju sendiri… madiha raya balik kg mertua dulu kat raub.. raya ke3 baru blk keratong.. itupun tak lama.. raya ke 5 dah blk semula ke pj.. tak sempat kot jumpa kak leen.. coz akan cuti seminggu.. kg kak leen kat mana tuuu? Nanti madiha kirim email yer..
5. mummy asha: naper terperanjat & senyum tuuu? Macam ada yg kelakar plak.. hehehee… resepi2 akak tu.. kalau sudi cuba sangatlah berbesar hati…
6. idderess: ooooo suka ayam msk asam yer….. nanti suruh mak masakkan yer..
7. kamalina: ni mesti peminat kaler hijau.. heheheeee.. saja bagi colourful sikit.. barulah menarik..
8. mamasya: boleh try puding tu.. sedappp.. & yg penting mudah nak membuatnya.. ehh sama lak wt goreng kari yer.. tp mamasya baru ni msk ikan bawal tauchu.. madiha lak msk ikan bawal goreng pedas.. (kejap lagi update) hehehe
p/s: tahun ni madiha raya rumah mertua dulu kat raub pahang.. then raya ke3 baru balik umah ma kat keratong.. pahang gak tu.. actually madiha asal jer trengganu.. tp ma berada kat pahang sebab masuk tanah rancangan felda kat sana.. trengganu tu ada gak balik sebab ramai lagi saudara mara kat sana.
Mamasya plak raya mana? Balik malaysia tak?
9. Eryne Jasmine: terima kasih eryne sudi jenguk fp akak.. puding tu boleh cuba sebab mudah jer nak buat.. tp.. resepi tu dpt byk.. boleh bagi jiran2…
10. PEMANCING IKAN: Bakpe pokcik terlompat.. terkejut ker ataupun kesukaan.. takpelah.. sekali sekala panggil abg apa salahnya.. sebab tak nampok muka… rupanya pokcik dah pencen yer.. ingatkan masih berkerja.. kalau gitu pokcik ni baya2 mak saya lah ni… ok.. lepas ni madiha panggil pokcik jelah yer… hehehee…
11. Masriyah: sebenarnya tak reti nak buat corak macamana.. main lorek2 jer hingga jadi berbatik mcm tu.. hehehee… ayam asam pedas tu.. madiha masak versi cair tu.. actually.. terpulang pd selera masing2.. kalau org yg jenis suka mkn kuah masam2 tu.. asalkan secukup rasa.. sure kata sedap.. hehehee..
12. IbuA&A: tq sudi jenguk sini.. itulah kan.. kita ni kononnya risau dia tak selesa waktu tidur pasal tu dimandikan dulu b4 tidur sebab badan dah melekit2 berpeluh.. maklum jelah budak2 suka lari sini lari sana... tp rupanya tak elok pula utk paru2 dia.. nampaknya.. tak boleh diamalkan lagi mandikan anak mlm2.. kena lap jelah.. oh ayam goreng kari tu.. actually sama mcm ayam goreng kunyit ajer.. tp yg ini perisa kari..
13. Myxo:
14. Myxo:
15. Cek De Sam: meriahkan kaler dia..
16. Ana: waaaahh ana… ni mesti kukis raya penuh satu meja raya nanti.. tepek2lah kat fp yer.. leh bagi idea kat kitorang pulakkk.. mesti sedap2 kukis ana….
17. Auntie Fliffy: salam fliffy.. meriah ker? alaa.. fliffy pun apa kurangnya.. walaupun cik abe tak berbuka sama.. lauk pauk dia boleh tahan tuuuuuu… a’ah puding tu kena lorek2.. madiha pakai lorek jer.. lepas lapiskan 3 warna tu berselang seli 6 lapisan.. pastu lorek ke kanan dan ke kiri agak2 jarak 2 inci antara tiap lorekan.. pastu lorek lagi sekali dari arah satu lagi lak..kiri kanan gak.. (imagine apa yg kita lorek tu jadi corak petak2… cuma kena lorek dari kiri dan dari kanan bergilir2) tu yg jd corak gitu tuu.. heheheee..
18. Sabrina: puding roti tu.. sebenarnya terlebih warna.. hehehee.. a’ah ayam masak asam akak tu jenis cair.. akak suka gak yg pesen pekat tu.. biasa akak masak pesen pekat tu dengan ikan parang.. memang sedappppp.. pasal ada campur cili padi sekali..
19. Jeff: kalau dah puasa tu.. semua nampak sedap.. heheheee..
20. Ain: alahaiii ain.. akak masak 3 jenis jer lauknyer.. itupun menu2 mudah jer.. puding tu akak dah buat mlmnyer.. ngenangkan tanggungjawab tu.. kena gaklah merajinkan diri.. sebab suami akak lebih suka mkn yg isterinya masak.. ada 2 petua utk memudahkan kerja memasak kita..
1) lauk2 spt ikan, ayam udang or apa2 jerlah.. kita siap siang dan bersihkan baru simpan dlm peti ais.. bila nak masak senang.. tak perlu nak siang2 lagi..
2) akak selalu standby bawang besar+bwg putih siap diblend dan simpan dlm peti ais.. gitu juga dgn cili kering.. blend siap2 dan simpan.. bila nak masak just capai jer..
Rasanya 2 petua tu jerlah yg memudahkan kerja kita bila nak masak.. pasal tu walaupun masa singkat masih sempat menyiapkan beberapa menu.. tp kalau menu yg gunakan byk2 bahan tu.. kenalah rajin2kan diri gak kopek bawang, kunyit or apa2 masa nak masak tu.. hehehee…
21. Lee Lin:



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net