Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 5-Oct-2007 03:17 Email | Share | Bookmark
21 Ramadan & 22 Ramadan 1428

set berbuka 21 Ramadan
ikan bawal goreng pedas
pulut panggang (beli)
ikan masin
kobis cina masak lemak
murtabak (beli)
sup tulang (Lily bagi)
Cendawan Celup Tepung (menu 22 Ramadan)
Seafood Tomyam (22 Ramadan)
Paru Sambal (Lily bagi)
Taufu Fa (beli)
 
tepung serbaguna utk goreng cendawan
21 Ramadan 1428

Resepi untuk berbuka 21 Ramadan hari tu... ikan bawal goreng pedas, kobis cina masak lemak & ikan masin goreng.. Lily pulak bagi sup tulang.. (nak pulangkan bekas kita isi puding aritu.. tp.. dia guna piring tu utk alas mangkuk panas sup tu ajer.. ) walla.. bestnyer sup tulang Lily ni.... tp kita takde apa nak bagi dia hari ni.. esok jerlahh.. Yang lain2 tu.. semua beli ajer.. & puding roti masih ada.. hidanglah juga...

Quote:
IKAN BAWAL GORENG PEDAS

Bahan2
1 ekor ikan bawal - bersihkan kerat menjadi 5 kepingan
5 ulas bwg merah]
2 ulas bwg putih]
10 biji cili padi (nak pedas lagi boleh tambah)] bahan2 ini ditumbuk lumat
1 cm kunyit hidup]
1/2 labu bawang besar - mayang
minyak
garam & perasa
1 keping asam gelugur
serbuk kunyit
air

Cara2
Gaul garam kunyit ikan tadi dan gorengkan, angkat ketepikan dulu.
Guna minyak yg sama..(kurangkan jika minyak terlalu banyak) tumiskan bahan2 tumbuk hingga garing. Masukkan 1/2 cwn air, asam keping, garam dan perasa. Biar kejap.. Bila mendidih masukkan ikan dan bawang besar. Balik2kan dan angkat.


Quote:
KOBIS CINA MASAK LEMAK PUTIH

Bahan2
1/2 biji kobis cina - potong suka hati
1 btg carrot - potong memanjang atau bulat
6 biji fishball - belah 2
1 gengam ikan bilis siap kopek
1 biji bwg besar sederhana - belah 8
1 ulas bwg putih- hiris
2 biji cili hijau - belah 2
garam, perasa
Santan secukupnya

Cara2
Jerang santan atas api sederhana. masukkan kesemua bahan2 di atas dan masak sambal mengacau2 selalu supaya santan tak meruap. Bila nampak dah ok. tutupkan api dan hidang


22 Ramadan 1428
Semalam... terliur tengok tomyam udang Kak Leen.. semalam kita pun masak ler tomyam..tp kita campur udang & sotong.. jadilah seafood tomyam TQ Kak Leen untuk resepi tu yer.... sedap tomyam ni... kita sukaaaaa..... kita campur sayur banyak2.. bestttt meratah jer... Tapi MaDiHa ada ubah sikit tau.. jgn marah.. cuma ubah tang tomato tu jer.. MaDiHa blend sekali tomato bersama2 dgn bawang dan lain2 sebab kurang suka mkn tomato potong2 tu dlm kuah. Pastu kita buat cendawan celup tepung.. Sedapppp.. tp tepung serbaguna tu agak masinlahh.. lain kali kena campur dgn tepung jagung sket sebelum salut.. belum sempat tomyam kita masak.. Lily pulak bagi paru sambal.. (ni dia nak pulangkan mangkok kecik kita yg kita isi kuah kacang utk cucur udang haritu ).. kita pun bagi pulak Lily tomyam kita semangkuk.. pulangkan mangkuk sup dia semalam.. Bagi pun terlambat after 2 minit berbuka baru bagi pasal baru siap masak.. hehehe... kelam kabut dibuatnya.. tu yg tak sempat nak amik gambar kesemua hidangan tu.. sebenarnya hubby beli roti canai semalam. tp tak sempat upload lagi gambarnya mlm tadi pasal hubby nak cepat pegi keje plak.. takdan nak bluetooth gambar tu ke hp kita.... tengok jelah gambar2 yg ada ni yer.. Emmm cerita pasal bertukar2 hidangan dengan jiran ni.. seronok sebenarnya.. sebab boleh merasa masakan orang lain.. disamping tu.. dia pun boleh merasa masakan kita jugak.. daripada 2 hidangan.. jadi 3.. kan untung tuu...


Quote:
TOMYAM SEAFOOD
Sumber : Kak Leen

Bahan-Bahan:-

½ Kilo Udang
4 ekor sotong (ini kita tambah)
1 Peket Cendawan
1 Peket Jagung Muda
½ Batang Carrot
1 Buku Kecil Bunga Kobis
2 Helai Daun Limau Purut
4 Batang Serai – Di Tumbuk
1/2 Lengkuas
1 Inci Halia
5 Biji Bawang Merah Kecil
6 Biji Limau Kasturi
6 Biji Cili Padi – Di Pecah2
2 Biji Tomato – Di belah 2 (madiha blend sekali dgn bawang dll)
1 Biji Bawang Besar – Dibelah 4 (kita belah

Cara Menyediakan:-

Udang Di Bersihkan Kemudian Direbus. Buangkan Airnya….Agar Rasa Tomyam Tersebut Lebih Asli Tanpa Ada Rasa Udang.

Carrot, Jagung Muda Dan Bunga Kobis Di Potong Mengikut Suka.

Kisar Halia, Lengkuas Dan Bawang Kecil. Masukkan Kedalam Periuk Yang Berisi Udang. Kemudian Masukkan Air, Perahan Limau Kasturi Dan Garam. Masak Hingga Mendidih Kemudian Masukkan Carrot, Jagung Muda, Daun Limau Purut Dan Bunga Kobis Biarkan Sehingga Carrot Empuk.

Akhir Sekali Masukkan Bawang Besar, Cili Padi Dan Buah Tomato


Quote:
CENDAWAN CELUP TEPUNG

Bahan2
1 peket cendawan tiram - pilih yg sedang2 (dibasuh dan tos airnya.. perah2 sikit air yg menyerap pd cendawan)
1 cwn tepung serbaguna (leh kurangkan 2 sudu besar & tambah 2 sudu besar tepung jagung) - letak dlm pinggan
2 biji telur - pukul sket pastu masukkan bawang mesin
1 s/b bawang mesin
Minyak masak

Cara2
Panaskan minyak yg banyak.
Celupkan cendawan dlm telur biar rata kemudian letak dlm tepung dan balik2kan agar tepung melekat sama rata. Buat hingga habis. Goreng cendawan hingga garing. Angkat & tos.. sedia untuk dimakan.. sedappppppppp.. mcm ayam gorengggg...


Sup tulang & paru masak sambal yang Lily bagi


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net