Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 8-Oct-2007 02:21 Email | Share | Bookmark
Biskut Rayalah Pulakkk....

suji shortbread baru msk belum bubuh coklat lagi..
dah tuang coklat & deco tunggu sejuk
crunchy oats & nuts
crunchy Oats & Nuts
 
Suji Shortbread Cookies
 
Orang lain awal2 dah mula buat kuih raya.. kita baru jer masuk gear satu...

Hari Jumaat (mlm) dan hari Sabtu.. kita ambil peluang utk siapkan kuih raya sebab hari cuti.. Hari Ahad tak dapat nak buat pasal sepupu ajak berbuka puasa kat rumah dia kat Semenyih.. Tak banyak pun yang sempat dibuat.. ada ler 2 / 3 jenis aje sebab tak sempat lorrr nak buat banyak2 jenis sebab kita buat sorang2.. lagi pun kena buat lebih untuk satu2 jenis pasal nak bagi kat mertua & ma juga... nak bagi gak kat Sujah dan pengasuh. Tak lupa untuk Shasha kita buat special choc chips cookies pasal budak2 sure suka biskut ada choc chips (Shasha ni budak yg kita jemput balik sekolah hari2 sekali dgn Dini.. mak dia bayor ) untuk hari ni.. kita tunjuk 2 resepi dulu yer...

Untuk resepi pertama.. Crunchy Oats & Nuts. Resepi ni kita ambil dari internet dah lama dulu.. hinggakan dah lupa siapa empunya resepi ni.. kepada empunya resepi.. terima kasih banyak2.. sejak dulu.. resepi ni selalu kita buat.. sebab pertama kali buat dulu.. kita dah mula jatuh hati.. membuatnya amatlah mudah.. main kacau2 jer dlm periuk pastu masuk dlm loyang & bakar.. boleh juga kalau nak masukkan dlm paper cup (kita pernah buat) then kemudian kena padat2 oats tu dan hiaslah sikit dengan ceri.. Jika buat dlm loyang besar.. harus berhati2 bila tiba waktu memotong sebab biskut ni amat ler rapuh.. kdg2 boleh pecah2 kalau tak hati2.. walaupun kerja memotong yg agak mencabar.. kita tak serik sebab kita suka sangat dengan rasanya ditambah pula penggunaan oats & kekacang memang kegemaran kita.. so.. kita buat gak ler..

Quote:
CRUNCHY OATS & NUTS

Bahan2
1 ketul butter (250 gm)
1 1/2 cawan gula perang
4 cawan oats segera
1 cawan kekacang pilihan anda (peanuts, pumpkins seeds, walnut or apa2 jer.. kalau kacang yg besar2 tu.. pecah2kan/ tumbuk kekacang jgn sampai lumat tapi sekadar kasar2.
(MaDiHa bubuh 1/2 cawan kacang tanah goreng + 1/2 cawan pumpkins seeds (yg ni tak perlu ditumbuk) - pastikan kekacang di bakar dahulu sehingga masak)

Cara2 menyediakannya
Masukkan butter ke dalam periuk yg besar dan cairkan dengan api perlahan.
Bila butter dah cair masukkan gula perang. Kacau2 hingga rata dan gula nampak cair dan sebati dgn butter.
Masukkan oats & kekacang pilihan anda lalu dikacau sehingga rata dan betul2 sebati.
Masukkan adunan tersebut dlm loyang yang kita gunakan utk buat shortbread tu..(yg 100 ketul) lalu ratakan dan padatkan. Biar betul2 rata kalau tak nanti.. ada yg tebal, ada yang nipis.
Bakar sehingga oats berubah perang lalu sejukkan sebentar.
Bila suam2 tu.. ambil cutter shortbread dan tekat atas cookies utk mendapatkan line.
Keluarkan cutter dan tunggu hingga cookies sejuk.
Bila dah sejuk dan keras.. gunakan pisau yang tajan dan potong cookies menjadi 4 persegi mengikut line cutter yg kita tandakan tadi.
Simpan dlm bekas kedap udara.


Yang ini pula.. percubaan pertama membuat shortbread. Agak mudah juga membuatnya.. tapi cabaran tiba tatkata nak memicit deco dari white choc. Rupanya susah jugak nak guna white choc ni sebab ianya mudah keras walaupun dah cair.. tp masih ada bintil2 kasar menyebabkan susah nak keluar dari kelongsong yang kugunakan utk memicit white choc tersebut. Hasilnya shortbread ku tak cantik selepas dipicit white choc kerana linenya ada yang halus, ada yg tebal... dan akhirnya madiha mengambil keputusan utk melukis2 di atas shortbread tersebut lalu jadilah corak marble ke apa tah namanya... tapi cantik gak jadinya. Kemudian utk menambahkan serinya.. madiha hias pula dengan hiasan bentuk heart yg halus2 tu.. Resepi asal ialah almond shortbread tapi ada 2 pilihan pd resepi tersebut samada nak guna almond ataupun suji.. madiha pilih suji pasal first time nak buat kan... so.. kita namakan cookies ni sebagai Suji Shortbread Thanks to Zanaz kerana sudi share resepi ni..

Quote:
SUJI SHORTBREAD

Sumber - Zanaz

Bahan2
250 gm butter
80-100 gm gula
125 gm suji atau badam bdm (kita guna suji)
65 gm susu tepung
300 gm tepung

Topping
350-400 gm cooking chocolate
50-60 gm white chocolate

Beat butter and sugar. Then masukkan suji or badam kisar, susu tepung dan akhir sekali tepung. Then tekan masuk ke dlm loyang. Pastikan rata ke seluruh loyang. Kemudian tekan cutter dan bakar pada suhu 180 C selama 15-20 minit. Keluarkan dari oven biar seketika tetapi sebelum sejuk keluarkan cutter.

Cairkan coklat dan tuang ke atas shortbread tadi. Cairkan coklat putih dan paipkan ke atas coklat. lorekkan coklat putih dgn lidi untuk membuat lakaran. Masukkan cutter kembali dan biarkan sejuk sebelum mengeluarkan cutter.

resipi ni sesuai untuk loyang 100 ketul.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net