Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 9-Oct-2007 04:36 Email | Share | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidilfitri...... Maaf Zahir & Batin..

oaty choc chips cookies
crunchy oats & nuts
suji shortbread
sugi cookies
deretan cookies raya ku
oaty choc chips cookies
 
suji cookies
suji cookies guna acuan 4 segi
 
Quote:
Kepada semua pengunjung FP ini termasuk saudara mara yg jauh mahupun dekat, kawan-kawan yang MaDiha kenali dan juga kepada rakan-rakan yang tak sempat MaDiHa kunjungi FP kalian... Di kesempatan ini.. MaDiHa & keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI... MAAF ZAHIR & BATIN... Semoga kita semua selamat dalam perjalanan pulang ke kampung dan selamat kembali semula ke rumah masing2.. berhati2 memandu di jalan raya.. & yang penting sekali.. jangan lupa bayar zakat fitrah..


Cookies raya lagiiii
Ok.. untuk cookies raya pulak.. hari ni kita ada 2 jenis lagi iaitu Oaty Choc Chips Cookies khas untuk Shasha (kawan Dini) dapat ler sebalang lebih sikit.. dan juga biskut yg maklang suka tu.. iaitu Snow Heart Cookies.. ni ada cerita menarik selepas buat snow heart cookies ni.. Bila siap jer bakar.. (buat malam tauuuuu ) kita pun cium baunyer... dalam hati berkata.. 'Uihhh.. bau ni mcm biskut kegemaran aku' kita pun rasa ler satu.. wallaaaaaaaaaaaa... memang betul..!!!! bau dan rasanya amatlah samaaaaaaaa.. nilah dia biskut kegemaran kita yang selalu kita beli kat Cosway tu.. tapi namanya lain.. dia tulis pd kotak Sugi Cookies.. Hati bukan main seronok lagi sebab resepi biskut kegemaran sudah dijumpai...

Untuk peminat oats & coklat (mcm kita ni).. inilah dia resepi
Quote:
OATY CHOC CHIPS COOKIES

Bahan2nya (dapat dlm 54 biji cookies saiz sederhana)
125 gram butter (lembutkan suhu bilik)
3/4 cawan gula perang
1 s/k esen vanila
1/2 cawan oats segera
1 cawan oats segera (dikisar halus)
1 s/b serbuk koko
1 biji telur gred A
1 cawan tepung gandum } diayak bersama
1/2 s/k soda bikarbonat }
2/3 cawan chocolate chips
choc chips untuk hiasan secukupnya (anggaran 1/3 cawan)

Cara2 menyediakan
Pukul butter, vanila dan gula perang hingga sebati. Masukkan serbuk koko dan pukul lagi hingga rata.
Berhentikan mixer dan scrape adunan tepi2 mangkuk tu ke dalam mangkok dan pukul lagi hingga kesemuanya sebati.
Masukkan telur dan pukul lagi. Pukul dgn kelajuan tinggi anggaran 4 minit.
Masukkan oats yang dikisar dan kacau rata menggunakan sudip kayu ataupun scraper.
Masukkan tepung yg telah diayak bersama soda dan kacau lagi.. masa ni nak uli dengan tangan pun ok jugak. Uli adunan hingga rata. Tambah oats segera tadi & juga coklat chips dan uli lagi hingga rata.
Adunan ini agak lembik.. masukkan ke dalam peti ais selama 1/2 jam.
Keluarkan adunan dari peti ais.. dan bentukkan bulat2 dan leperkan dan susun dlm tray. Jarakkan biskut kerana biskut ini sedikit mengembang.
Bakar dlm oven yg telah dipanaskan terlebih dulu dengan suhu 175C selama 10 - 12 minit atau sehingga masak (bergantung saiz biskut anda). Sejukkan sedikit sebelum dipindahkan ke redai kuih. Sejukkan biskut hingga betul2 sejuk dan biskut akan mengeras.. Hasilnya.. biskut sungguh rapuh & yummy...



Thanks to Maklang, Nina & Kak Noor yg telah menulis resepi biskut ni dlm FP masing2.. dah lama usha tp nak buat takut tak kena ngan selera.. tp bila ramai komen sedap.. kita pun try.. hasilnya amatlah menggembirakan sebab rupa2nya biskut ini adalah biskut kegemaran yang dibeli tiap2 tahun dari stokis Cosway tiap kali raya.. Nampaknya lepas ni.. tak perlu ler beli lagi.. boleh buat sendiri sebab dah tau resepi rahsianya... Oleh kerana biskut ni sedap & buat pun tak cerewet sangat.. kita buat 2 adunan dari resepi asal.. dapatlah 5 balang lebih.. akan diagih2kan pd mertua, ma, sujah, baby sitter & juga utk sendiri.. biskut yg lain2 tu tak larat ler nak buat byk2.. hehe.. tak cukup masa pun yer jugak.. tp utk MIL dan ma.. dah standby dah 3 jenis kuih sorang selain kerepek2 yang dibeli..

Oh ya... disebabkan cookies ni MaDiHa tak ayak susu tepung diatasnya (untuk mengekalkan rasa yg sama spt sugi cookies Cosway).. dan lagi satu.. kita pun tak guna acuan heart.. kita pun tukar namanya kepada Sugi Cookies utk biskut ni.. pada empunya resepi.. jangan marah yer.. pepandai kita ubah nama. yelahh.. nak letak snow heart cookies tak sesuai pasal kita tak guna acuan heart.. nak tambah perkataan snow pun tak sesuai gak pasal kita takde tabur susu.. hehehee...ok nilah dia biskutnyer...


Quote:
SUJI COOKIES (asal Snow Heart Cookies.. )

Bahan-bahannya:

500gm tepung kanji (aka tepung ubi kayu)
600gm tepung gandum
16 ozs ghee (1 tin ghee yg kecik)
12 ozs gula aising (1 oz = 28 g)
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-caranya:
Ayak tepung kanji, tepung gandum dan soda bikarbonat
Pukul ghee dan gula halus hingga sebati
Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga tepung hingga sebati.
Kalau adunan masih tak boleh dicanai dan terap, tambahkan tepung gandum sikit2 dan uli hinggalah adunan boleh dicanai.
Canai alas plastik, terap dan bakar dengan api sederhana pada suhu 180'C selama 10-12 minit
Sejukkan biskut dan simpan dlm bekas kedap udara.


Deretan cookies raya ku...



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net