Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Oct-2007 01:46 Email | Share | Bookmark
Persiapan Raya 2007

Jol.. tekun gergaji buluh lemang
dah hampir siap.. penuh satu baldi.. kat belakang tu hubby ku..
dok tengah kopek kelapa..
Haziq pun sibuk tengok Jol wat kerja..
Haziq sibuk nak turun tangga..
3 sepupu..
mula2 ukur daun pisang lebihkan 2 inci dari buluh..
gulung daun pisang guna pelepah pisang..
sumbatkan ke dalam buluh.. dah keluarkan pelepah pisang tadi..
masukkn pulut & tuangkan santan.. pulut jgn penuh sgt..
deretan lemang sedang dibakar
Assalamualaikum kepada semua pengunjung setia FP ku...

Pada semua.. MaDiHa minta maaf yer pasal lama senyap… maklum lah.. cuti raya.. actually.. bukannya cuti lama pun.. hari Jumaat lepas dah mula kerja.. tp.. maklumlah kan.. kita bekerja.. mestilah kena utamakan kerja dulu.. pastu baru boleh sambil2 berFP.. apapun.. ada gak singgah2 di FP teman2 yg lain.. ada yg sempat bagi komen.. ada yg nak cepat tak sempat bagi komen.. (maaflah yer).. bukan main seronok dan meriah tengok entry raya kawan2.. teruja rasanya.. tapi MaDiHa sendiri.. nampaknya.. utk tahun ni takde gambar raya.. cuma ada cerita raya & pre-raya saja.. sesiapa yg sudi dan ada banyak masa.. bolehlah baca.. tetapi kepada yg kesuntukan masa.. just tengok2 gambar yg ada jelah yer.. gambar2 yang ada hanyalah gambar2 pre-raya.. pasalnya…. Anda akan tau sebabnya bila habis baca cerita ni.. hehe.. (saja kasi suspen… kih kih)

2 Hari Sebelum Raya…

Raya tahun ni giliran rumah mertua.. hari khamis 11hb Oktober bertolak pulang ke kampong hubby di Raub, Pahang. Bertolak pun agak lewat sebab malam tu.. siapkan 3 biji kek coklat moist. 2 biji yg sepupu (Bie) tempah & sebiji utk bawak balik kg. Tidur pukul 3.30 pagi. Ingat mula2 tak nak tidur nak tunggu hubby balik kerja dan nak terus bersahur tp mata dah takleh tahan.. tidur gak kejap. Hubby dah cakap hari tu dia nak balik kul 4 pagi (sepatutnya balik kul 8 pagi khamis tu) Bila hubby sampai.. dia kejutkan dan kita pun terus siap2kan apa2 yg patut utk bersahur. Siap bersahur.. dah jd kebiasaan.. suka benor berkemas pakaian last minute.. kekekekee…. Tp oleh kerana mata masih mengantuk.. lepas solat subuh.. kita tidur balik utk cover tidur yg tak cukup malam tadi (tidur 1 jam jer). Bila bangun dari tidur baru ler terhegeh2 berkemas apa2 yg patut (sebahagiannya sempat gak kemas sementara tunggu kek masak mlm tu) Dah siap segala.. kitorang pun meninggalkan rumah.. tp singgah jap umah Sujah utk hantar kek yang sepupu tempah tu.. nak bertolak.. dah masuk waktu zuhur.. solat ler dulu kat umah sujah.. pastu baru ler bertolak ke Raub. Alhamdulillah.. jalan clear.. takde jem.

Sampai Raub lebih kurang pukul 4 petang kot (terlupa dah) Singgah pasar Raub kejap utk cari ayam & barang2 keperluan yang lain untuk masak raya nanti. Tak sangka pulak jumpa dengan mak mertua & adik bongsu hubby Firdaus kat pasar Raub tu.. terus ajak diaorang naik kereta sekali. (diaorang dtg dengan bas) Sempat singgah pasar ramadan kat bandar raub. Beli kuih muih & juadah yg berkenan utk buka puasa dan teruskan perjalanan ke kampong. Sampai rumah.. dah agak lewat.. hanya masak nasi ajer lauk2 tak sempat masak.. berbuka ler kami dengan kuih2 & lain2.. itupun dah kenyang… apa taknya.. macam2 yg dibeli.. hubby beli rojak mee, wadeh, murtabak & air laici kang, MaDiHa beli karipap sadin, akok, crab ball (dini nak) mak mertua pulak beli nugget ayam (utk haziq), air tebu, air soya & beberapa jenis kuih lagi.. onde2 dan kuih2 lain.. terlupa dah apa benda yg mak beli. Lepas buka puasa baru ler masak.. masak sekali utk sahur.. Ita adik pompuan hubby no. 3 sekeluarga dari PD pun dah sampai gak.. sempat berbuka sama2. Ida adik pompuan hubby no. 4 yg kat Kajang pulak sampai kul 2 pagi.. tp ku tak sedar langsung.. ngantuk bebenor.. sedar2 time nak bersahur tu baru sedar dia dah sampai.. kekekee...

Sehari Sebelum Raya

Pagi2.. masing2 dah sibuk.. hubby, Jol (B.I.L no. 6) & mak pegi cari buluh & daun pisang utk buat lemang. B.I.L no. 5 Nadzir masih kerja.. dah kirim dia beli daging 3 kg.. katanya ada daging rusa tauke dia order untuk jualan (rusa siap peket rm18/ 800 gm or 900 gm kalau tak silap.. tak perasan lak) & 4 kg ikan keli (ni permintaan Ita suruh mak masak gulai asrong). Kami yg kat rumah buat ler apa2 yg patut.. ada yg kemas rumah, pasang langsir, rebus ketupat segera 2 peket (12 ketul semuanya). Bila hubby balik dari ambil buluh.. dia kupas kelapa.. sementara Jol gergaji buluh pendek2 utk buat lemang.. aku pulak.. mesin kelapa 2 biji utk buat kerisik (goreng & tumbuk sekali) utk digunakan dlm rendang dan juga utk campur dlm kelamang versi berkerisik iaitu sejenis kuih yg dimasak dlm buluh mcm lemang.. tp sayang ku tak amik gambor… naper eikk.. rasa segan nak amik gambor makanan umah mertua.. takut adik beradik hubby hairan apasal beria2 nak amik gambar makanan.. hehe.. plus.. sibuk sangat tak sempat pun nak curi2 amik gambor.

Sambil Jol gergaji buluh utk buat lemang & kelamang.. anak2 sedara dok perhati dari tangga.. Haziq bukan takat perhati.. siap sibuk nak menolong jugak. Ku biarkan aje dia lepas bebas kat laman tu.. maklumlah bukan selalu dpt terlepas bebas macam tu.. kalau kat rumah sendiri hari2 duduk dlm rumah siap bergrill mcm dalam penjara.. heheh.. Mak ditugaskan buat lemang & kelamang.. basuh buluh, cuci pulut dan segala persiapan utk buat lemang. Sempat gak aku amik gambor diaorang ni wat kerja sebelum ku mula mesin kelapa.. pastu sempat gak belajar wat lemang dengan mak sambil2 tumbuk kerisik.. faham la sikit2 cara2 buat lemang (mungkin lain negeri lain cara penyediaannya).. tp tak berani lagi buat sendiri.. heheheee.. memang dah jadi kebiasaan… selagi mak / mertua ada memang malas nak buat sendiri juadah2 tradisional ni.. dok harap org tua gak buat.. esok2 bila mak dah takde.. barulah sibuk nak belajar buat sendiri.. taknak cuba buat dari skrg… esok2.. silap2 buat lemang.. jd lemang mentah ataupun lemang terbakar.. kekekeee… (melalutlah pulak ).

3 sepupu.. anak2 ku dan anak Ita no. 2.. Fikah... Haziq tu.. tengah berkira2 nak turun tangga..


Haziq perati pak embong gergaji buluh.. hubby plak tekun kopek kelapa utk kegunaan lemang, kerisik, rendang & pengat pisang..


Persiapan masak2 sampai ke malam.. siap buat kerisik.. potong daging dan lain2.. kuah kacang lak.. ku buat last sekali.. after Ita siap masak rendang. Mak pulak siang ikan keli. Kesian mak.. bila ikan dah siap cuci.. orang lain dah tidur.. demi utk anak2.. especially Ita yg teringin sgt makan asrong ikan keli tu.. kena gak mak masak... utk berbuka hari terakhir tu pun kitorang mkn makanan yg dimasak utk raya tu jugak.. Lauk2 lain utk berbuka dah malas nak masak.. cuma buat sambal tempoyak petai & pengat pisang jer.. hubby beli petai dari org kg 100 tangkai RM20.00. Adik beradik hubby ni memang ‘hantu petai’ masuk hari ke 5 dah selamat dah petai tu dikerjakan samada dibuat sambal ataupun ulam.. heheheee… Menu kitorang utk raya pertama.. lemang, kelamang, ketupat nasi segera, sayur lodeh, sambal ikan bilis, kuah kacang, rendang rusa dan ikan keli masak asrong.

Raya Pertama

Raya pertama.. macam biasa kat rumah mertua awal2 pagi lagi masing2 dah sibuk bergilir2 ke bilik air.. biasanya.. group lelaki ler yg mandi dulu.. sebab diaorang nak gi sembahyang raya. Geng2 pompuan ni mandi kemudian. Nak mandi awal2 sangat kat kg hubby air tersangat ler sejukkknya.. mcm mandi air aiss.. dah ler pagi tu hari hujan.. bertambah2 ler sejuk.. cuci muka & amik wuduk pun menggigil.. hehe.. (rumah mertua ni memang betul2 rumah kg & bukanlah org senang sangat.. bilik air dia kat luar rumah jer) Sambil geng2 lelaki mandi geng2 pompuan ada yg iron baju raya..ada yg siapkan juadah utk sarapan pagi tu, ada yg susun kuih raya.. Bayangkan.. adik beradik hubby 8 orang.. 5 lelaki & 3 pompuan.. plus cucu2 lagi.. anak aku 2 orang, anak Ita 4 orang.. gamat kejap pagi tu.. itupun Kak Roha S.I.L yang sulung tak balik lagi tu.. kalau tak lagi kecoh sebab ada lagi 4 cucu tak sampai lagi.. kekekee…

Bila diaorang dah balik solat sunat aidilfitri.. barulah kami bermaaf-maafan dan mkn pagi bersama2. Lepas tu barulah berkira2 utk pegi beraya.. maklumlah time2 raya mcm ni.. memang tak lekat kat rumah.. asyik nak berjalan jer.. Setiap kali beraya di kg hubby.. kami sekeluarga dengan 2 kereta & 2 buah motor akan berkunjung (buat rombongan) ke rumah mak2 saudara hubby seramai 6 buah rumah semuanya.. kiranya memang satu hari raya tu tak lekat kat rumahhh.. memang tiap tahun macam tu.. itupun baru ni.. dah tengahari baru boleh gerak dari rumah sebab ada tetamu dtg… bila tetamu balik.. kitorang pun turun rumah gak.. pertama sekali mestilah gi kubur dulu melawat pusara arwah apak (ayah hubby) & pusara adik hubby & pusara saudara mara yg lain... pastu barulah gi beraya.. habis beraya.. dah hampir maghrib.. kiranya raya sakan laaahhh… hehehee… juadah utama kat kg hubby semestinya lemang & nasi impit… di mana2.. 2 ni mesti ada.. Lauk feveret org kg hubby plak.. rendang samada ayam/daging, kuah kacang & juga gulai asrong yg menjadi satu kemestian.. tak kira samada asrong ayam, daging, ikan ataupun perut.. hinggakan aku pun dah ketagih dengan gulai ni… makan tak hengat.. akibatnya.. masing2 berulang ke tandas… heheheee…tak tahan wehhh… pedasnya menyengatt… ada jugak sesetengah rumah menyediakan juadah berbeza.. tp yg kusebutkan tadi adalah yg paling femes ler…

Gambar raya takde pun… ada pun dlm digicam tp macam biasa.. masalah utama ialah nak transfer ke PC.. nak buat kerja kat opis ni.. tak sedap pulak bila bos ada. Pc kat rumah masih takleh transfer gambar dr digicam. Jadi yg ada hanyalah gambar2 dari hp saja.. itupun gambar pre-raya. Layan jerlah gambar2 yg ada ni yer… Gambar2 makanan pulak tunggu lain tahun lah kot.. ada liputan bersekali gambar pasal buat masa ni.. masih malu2 utk amik gambar makanan kat umah mak ni.. kalau umah mak kita sendiri takper.. kita leh terangkan apasal amik gambar makanan tu.. hehehee.. lagipun takut org kata kita buat2 sibuk dengan bergambor jer.. padahal banyak lagi kerja lain nak kena buat.. kang tak pasal2 kena umpat dek ipar duai.. so baik ler kita concentrate jer dengan kerja dari asyik sibuk pegang kamera atau handphone.. memandai jer.. actually.. takde masalah pun dengan ipar duai semuanya ok & very sporting.. oklaaa.. dah banyak merapu.. kang melalut2 pulak… layan jerlah yer dengan gambar2 yang ada ni…

Quote:
Ok.. ini cara2 buat lemang versi mertuaku...

LEMANG PULUT

Bahan2
Beras pulut secukupnya (bersihkan dan tos)
Santan pekat secukupnya
garam + dalam santan
Buluh lemang secukupnya
Daun pisang muda / daun lerek.. ada juga guna daun tebu..

Cara2
1. Buluh di potong dgn gergaji mengikut ruas (kalau potong guna parang kang pecah2 plak..
2. Basuh dalam buluh dengan air biasa.. goncang2 sket.. buang air & terbalikkan supaya air keluar..
3. Ukur daun pisang mengikut panjang buluh.. lebihkan sebanyak 2 inci.. potong daun pisang dan masukkan daun pisang ke dalam buluh yg telah dibersihkan. (sila rujuk pd gambar yer) Buat hingga habis buluh.
4. Masukkan beras pulut yg telah dibersihkan ke dalam gulungan daun pisang tadi.. jangan sampai penuh kurangkan agak2 2 inci dari panjang buluh. Kalau terlebih nanti takut lemang terjulur keluar plak..
5. Tuang santan yg telah dibancuh garam secukupnya ke dalam buluh.
6. Sediakan para utk sandarkan buluh2 lemang nanti.
7. Marakkan api.. biarkan berbara.. jangan guna api menjulang2 tu.. karang terbakar lak lemang..
8. Susunkan lemang pada para/penyandar tadi.. dan bakar ler lemang guna bara air jer.. bakar ler hingga masak.. lama gak masa membakar ni..
9. Jika santan kering.. kena tambah santan dari masa ke semasa ke dalam buluh lemang tadi yer.. supaya lemang cukup masak..
10. Balik2 atau pusing2kan buluh lemang supaya masak sekata...
11. Untuk test samada lemang dah masak ke belum... kena belah ler.. baru tau masak ke tidak.. hehehe...

Note: Mungkin lain negeri lain pula cara penyediaan lemangnya.. ada juga dengar org guna pulut tanak & masukkan dlm buluh.. ada yg masukkan pulut berserta santan sekali.. tapi yang MaDiHa tulis ni adalah mengikut cara2 yang mak mertua buat.. memang saban tahun... lemang adalah kemestian di rumah mertua.. Jadi rasanya.. tiada yang salah dari segi penyediaan.. lain tempat.. lain caranya.. asalkan lemang itu menjadi.. kira oklah tu...


Mula2.. ukur daun pisang mengikut panjang buluh.. lebihkan 2 inci.. kemudian gulung daun pisang guna pelepah pisang..


Sumbatkan gulungan daun pisang tadi ke dalam buluh sambil betulkan gulungan daun pisang & keluarkan pelepah pisang tadi..

Masukkan beras pulut secukupnya.. inilah dia ibu mertuaku tersayang..


Bakarlah lemang hingga masak.. lemang dapat 11 batang ajer.. yg sebelah belakang tu ialah kelamang.. guna buluh bersaiz lebih kecil.. resepinya lain tahunlah yer..


JOM KITA SEMBANG
Quote:
1. IbuA&A : tak jauh tu.. raub dengan bentong.. berjiran mertua kita yer..
2. Ain: Memang meriah… tapi penat sikit ler banyak rumah nak kena pegi.. hehe.. lemang tu.. hubby akak pun tak berapa gemar.. dia mkn waktu mula2 masak jer.. masak berbuka tu.. pastu masa raya dia tak usik dah.. dia mkn nasi impit dgn kuah kacang jer..
3. Mamamierul: lemang mkn panas2 sedap.. dah sejuk kureng sket.. hehe.. mertua kat krtg 5 yer? Tak jauh tu dari krtg 1.. kalau tau no. rumah leh gi cari..
4. Idderess: tahun depan leh ler wat sendiri lomang..
5. Kamalina: dulu masa pereksa takde pun dpt A dlm essei… skrg ni dok tulis pun merapu.. A dlm FP leh ler kot.. hehehe.. pasal kat kg hubby tu.. memang betul.. air kat sana sejuk sangat.. mungkin sebab kat sana byk pokok.. cuaca jadi sejuk.. tu yg air pun sejuk..
6. Ishzah: slmt hari raya utk ishzah juga… memang selalu jenguk fp ishzah.. sebab masakan ishzah sedap2..
7. Boxhousestudio: alahaii.. bz bebenor ker kak? Wat open house yer;)
8. Cek de sam: takper.. versi perantau at least dapat gak melepaskan rindu mkn lemang..
9. Ida isk: dulu nak jd penulis tak jadi.. skrg ni dok gian nak menulis plak.. heheheee..
10. Masriyah: betul tu yah.. kat kg jugak yg seronoknyer beraya.. kalau beraya kat bandar ni mati kutu ler jawabnya.. hehehe.. lemang kawan dia mmg ler rendang.. hehehee..
11. Edoras: heheheeee…
12. Mamasya: samalah kita .. ma madiha pun jarang wt lemang.. selalu kalau teringin mkn pulut.. ma buat ketupat daun palas jer.. daging rusa tu.. madiha tak pandai sangat nak bezakan rasanya sebab dah bercampur rempah2 rendang tu.. sama jer rasanya dgn daging lembu.. cuma.. masa nak potong tu madiha dapati urat dagingnya lebih halus dari daging lembu atau daging kerbau.. jadi bila dah masak tuu.. daging dia lembut sket laa..
13. Nur: mekasih nur.. beraya di kg memang meriah nur.. tak sama ngan raya di bandar.. sebab kat kg terlalu byk nostalgianya.. hehe
14. Anir: haaa betul tu.. madiha kalau balik kg mertua.. selalunya jadi tukang tolong2 jer.. ipar2 ler yg jadi chef utama.. kita kena bagi laluan pd tuan rumah la kan.. hehee.. tp time ipar2 beraya umah mertua diaorang plak.. barulah kita turun padang.. madiha kerja kat jln klang lama.. pj
15. Ouled kenitra: betul tuu.. payah nak jumpa yg sedap & cukup lemak.. tp saya pun tak reti gak buat lemang.. m.i.l yang tukang buatnya..
16. Hajar: balik m’sia nanti.. leh ler buat hajar..
17. Mamaqina: akak dah hantar email kat salasiah.. nanti check yer..
18. Pemancing ikan: huhh.. siap kira hari pokcik nii.. hehe.. bos fp kita tak takut.. tp bos kat opis ni yg kita kena utamakan..
19. Sabrina: Lemang ni takleh mkn sangat.. boleh lemah badan.. org kata ler.. mak akak pun kalau teringin tempah jugak.. kat kg akak susah nak cari buluh lemang tuu… kg hubby akak no problem..
Re: Sab… dia yg kata sama.. tp akak tengok sab lagi cun dari akak.. hehehe..
20. Jeff: betul tu jeff.. penat memang penat.. tp kalau tak buat.. nak jamu apa pulak kat tetamu.. bila tengok tetamu jamu selera.. hilang segala penat..
21. Lee Lin: kita pun sejak kawin ngan hubby baru tau cara2 org wat lemang..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net