Want your
own Fotopage?








 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 30-Oct-2007 06:01 Email | Share | Bookmark
Pie Ubi Kentang

before bakar..
after bakar..
 
dah tinggal separuh..
 
Dah lama tak tulih resepi.. nak wat cemana.. byk sangat entry tunggu Q.. tergendala atas kesibukanku sendiri.........

Hari ni free sket.. jadi kita nak share resepi yg kita try buat minggu lepas... resepi ni diambil dari FP Kak Rinn iaitu Pie Ubi Kentang. Berbaloi buat pie ni sebab semua kata sedapp... rasa mcm nak buat lagi jer..

Kepada Kak Rinn.. TQ very much coz sudi share resepi ni.. MaDiHa copy & paste resepi dari FP Kak Rin.. boleh yer.. tapi jangan marah yer Kak Rinn.. coz ada alter sikit2... coz tak cukup bahan2 kat rumah


Quote:
PIE UBI KENTANG

Bahan-bahan utk kulit pie :
5 biji kentang, direbus dan dibuang kulit
3 sudu besar mentega
1 camca teh lada hitam tumbuk
Sedikit garam
3 sudu bread crumbs
*kuning telur utk disatu di atas pie

Lecek ubi kentang yg telah direbus. Kemudian masukkan mentega, lada hitam, garam serta bread crumbs. Gaul semua bahan hingga adunan sebati.

Bahan-bahan utk inti pie:
1/2 biji bawang besar - MaDiHa bubuh 1 labu
2 biji bawang bawang putih
1 sudu besar mentega, utk menumis
300gm daging cincang
1 sudu besar sos black pepper - MaDiHa bubuh 2 sudu besar
1 biji ubi kentang, didadu (Kalau nak cepat empuk rebus sekali dgn ubi kulit pie tapi 3/4 empuk)
1 biji buah tomato, didadu
1/2 biji carrot, didadu
1 sudu tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air
1/2 kiub ayam
1 camca teh sos lea perrin & wocestershire - sos ni takde kat rumah.. so tak bubuh..
1 sudu besar sos tiram

Cara-cara:
1. Panaskan mentega di kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
2. Masukkan daging cincang. Kacau rata.
3. Masukkan ubi kentang, kiub ayam, sos-sos dan garam. Kacau perlahan-lahan
hingga sebati dan masak.
4. Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung, tujuan utk memekatkan inti. Tunggu sehingga
kentang benar2 empuk baru angkat.

Assemble pie:
1. Sapukan mentega pada mangkuk kaca atau casserole pilihan anda. Lekapkan kulit pie di
dasar dan sekeliling sebelah dalam mangkuk.
2. Letakkan inti di atasnya.
3. Tutupkan inti sepenuhnya dengan adunan kulit pie.
4. Akhir sekali sapukan kuning telur di bahagian atas pie dan tabur sedikit daun parsley (optional).
5. Bakar pie pada suhu 200 darj cel selama 15min hingga 20min atau sehingga kulit pie bertukar
kuning keemasan.


JOM KITA SEMBANG
Quote:
1. Kamalina: Dijamin sedap.. my whole family semuanya suka.. si Haziq pun boleh makan sebab tak pedas coz guna lada hitam tak banyak sangat
2. Mamasya: Inipun kita dah lama gak angan2 nak buat.. ni baru tertunai hajat.. rupa2nya sedaplah pulak… mcm nak buat lagi jer..
3. Mamafami: Pie ni sama ngan shepherd pie ke mama? Ingatkan lain.. tak perasan lak dia punya ingredient sama ke tak.. atau.. agaknya pie menggunakan kentang juga dipanggil shepherd pie kot.. madiha jer yg tak tau agaknya..
4. Sabrina: Akak pun dah jatuh hati dgn pie ni… rugi tak cuba buat awal2 lagi..
Re: buah asam cepu dulu ada Kak Leen Segamat masukkan dlm entry dia.. agaknya Sab tak perasan kot..
5. Roylazim: memang sodap Akak oiiiii.. hehehe..
6. Idderes: leh suruh mak buatkan nanti yer..
7. Kak Jie Jie: MaDiHa lagi ler ketinggalan.. baru first time buat.. pasal pie plate pun baru je beli.. hehe..
Re: MaDiHa dah rasa bubur lambuk yg ada daun merunggai tu.. memang takleh masuklah kak.. anak yg suka mkn bubur pun kata tak sedap.. mkn sikit jer terus taknak..
8. Hajar: memang sedap ler Hajar.. ni rasa nak buat lagi jer nih..
9. Jeff: sesekali mkn macam orang putih… sedap jugak kan..
10. Nur: MaDiHa baru pertama kali cuba ni.. dah lama teringin nak buat.. tp asyik tergendala jer..
11. Haniss: nanti leh Haniss try buat pulakk yer..
12. Boxhousestudio: akak pun dah pernah buat kan…. Sedap kan kak?
13. Nabialishad: Mehla ke rumah.. nanti kita buatkan utk Nabia..
14. Ain: nampaknyer gitu ler Ain.. lagipun akak cuba resepi2 mudah jer.. mesti ler menjadi.. hehe.. nak rasa akak kena masak lain ler.. yg ni dah abis.. hehe..
15. Maylique: boleh apa salahnyer…



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net