Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-Nov-2007 00:37 Email | Share | Bookmark
Roti Teh Hijau Jepun

roti tunggu naik..
ni dah naik.. bolehlah masuk oven
dah masak pun..
tak sabar2 nak cuba...
nampak gebuss..
memang gebuss..
dalamnya inti kastard ajer..
Dah lama tak buat roti sebenarnya.. rindu pulak nak mkn roti uli sendiri. Roti dah mula naik harga... kena rajin2 ler uli roti sendiri Minggu lepas merajinkan diri menguli roti lagipun tepung roti dah lama terperam.. lama2 dibiarkan takut tamat tempoh pulak..

Resepi ni jumpa kat mana lupa dah.. tapi resepi asal dari Alex Goh.. dikirim oleh Nini.. tertarik sebab roti ni menggunakan serbuk teh hijau. Serbuk teh hijau tu dah lama beli.. tak digunakan sekali pun.. aritu konon2 nak buat kek teh hijau.. tapi asyik delay jer.. Jadi kita buat ler roti dulu sebab ada resepi yg menarik ni. Mekasih pada Nini & Alex Goh.. walaupun tak bubuh bread softener & bread improver.. tapi roti tetap gebussss...

Resepi asal menggunakan inti kacang merah.. tapi kita malas nak buat inti kacang merah (malas nak merebus kacang yg memakan masa yg lama sebab masa buat tu dah malam dah..) jadi kita buat inti kastard jer.. mcm inti yg bubuh dalam krim puff tu MaDiHa timbang 80gm setiap sebiji dapat ler 13 biji semuanya.. esoknya boleh ler anak buat bekal sekolah & bawak ke rumah baby sitter sikit...


Quote:
ROTI TEH HIJAU JEPUN
Sumber: Alex Goh


Bahan A
400 gm tepung roti / tepung high protein (MaDiHa tak campur tepung tp guna 500 gm tepung roti sepenuhnya)
100 gm plain flour
75 gm gula halus
8 gm garam
8 gm serbuk teh hijau (main agak2 jer.. dlm 2 s/k)
1 s/b milk powder
4 s/k instant yeast (MaDiHa guna 11 gm/ 1 peket)

Bahan B
2 biji telur (MaDiHa guna saiz B)
200 ml cold water

Bahan C
60 gm butter

Bahan D
1 biji telur utk sapuan
Sedikit bijan hitam untuk hiasan (MaDiHa guna bijan biasa)
Sedikit butter utk sapu after roti masak

Kaedah:
1. Ayak tepung roti & serbuk teh hijau. Mix kesemua bahan A. Add B dan uli hingga jadi doh.
2. Campur C dan uli hingga doh jadi lembut dan kenyal.
3. Letakkan dlm mangkuk dan tutup dgn plastik
4. Biarkan 45 min atau saiz berganda. 5. Bentukkan bebola dan masukkan inti. Biarkan 45-60min. (MaDiHa timbang 80 gm tiap sebiji dapat 13 biji roti)
6. Sapu dgn telur dan tabur sedikit bijan hitam (MaDiHa guna bijan biasa)
7. Bakar at 180C selama 12-15 min.
8. Keluarkan roti dari ketuhar.. dan sapurkan butter semasa roti masih panas.

Inti kacang (kalau ikut resipi buku)
Bahan A
150gm kacang merah
800 ml air

Bahan B
150gm gula

Bahan C
40gm mentega

Kaedah untuk inti kacang merah:
1. Masak A hingga lembut.
2. Buang air dan tambah B. Masak hingga pekat.
3. Campur C dan terus masak hingga pekat. Biarkan sejuk.


Quote:
Tips
1. Untuk mempercepatkan proses menunggu roti naik.. on oven sebentar then off balik. kemudian masukkan doh dlm oven.. roti akan naik berganda dalam masa yang singkat sahaja .. guna kaedah Chef Anuar (Lagi satu tips dari Chef Anuar.. doh di dalam bekas ditutup/dibungkus dengan plastik.. & masukkan dalam kereta anda diluar rumah.. (kalau anda buat roti tengahari/petang) doh akan mengembang dengan cepat kerana tindak balas dari suhu dlm kereta yg panas )
2. Untuk menyimpan roti agar roti tetap lembut dan gebu.... apabila roti dah sejuk.. masukkan dalam plastik agar roti tidak terdedah kepada udara.. insyaAllah.. roti anda akan lembut seperti baru lepas dibakar.


Lately ni.. agak payah nak hantar komen kat FP kawan2.. mesti FP meragam lagi.. mujur Mamasya bagi tips macamana nak hantar komen.. caranya.. waktu nak hantar komen.. jangan attach link URL anda pd kotak yg disediakan.. boleh attach link URL bersama2 ruangan komen anda.. then hantar macam biasa... thanks Mamasya utk info ni yer....

JOM KITA SEMBANG
Quote:
1. Sabrina: Mekasih Sab.. memang gebus pun.. takper Sab.. lagipun Sab berdua jer.. kalau buat kot membazir pulak takde sapa nak tolong habiskan..
2. Haniss: Untung juga Haniss ada mesin roti.. akak ni main uli sendiri jer.. pasal tu yang lama tak buat roti.. hehehe..
3. Ain: Akak pun sama.. dok tulis2 komen kat FP member.. asyik tak lepas jer.. rupa2nya ada masalah.. mujur Mamasya ajarkan caranya.. roti tu ok memang gebu.. puas gak ler nak habiskan tu.. hehehe..
4. Kamalina: Ishhh.. buat pun dok tiru resepi org gak.. hehe.. ehhh tak semestinya kena guna mesin roti.. akak uli guna tangan jer.. tp jenuh gak ler kena uli lama.. nak bakar boleh gak guna oven biasa.. tp jgn kuat apinya.. kang hangus bawah dia.. tp kalau guna oven letrik cantik sket atas dia jd warna coklat sket.. itulah pasal.. skrg ni asyik barang naik jer.. gaji takat tuuu jugak
5. Masriyah: alhamdulillah… menjadi berkat tunjuk ajar kawan2 gak.. serbuk teh hijau tu rupanya mcm tepung jer.. & warnanya hijau lumut gitu.. jual dlm botol plastik mcm botol baking powder tu..
6. Alim – Umi Najla: Memang sodap ponnn Alim… Najla nak dapek adik kooo ?? Kalo boto… sekarang jugak den pos ko Gombakk…hehe..
7. Mamasya: Issshhhh belum sampai ke tahap tu lagiii… bakeri punya lagi lembut gilerrrr… takleh nak lawan.. tips tu.. memang baguss.. jimat masa tak perlu tunggu lama2..
8. Mamasya:


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net