Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 13-Nov-2007 01:45 Email | Share | Bookmark
Makan-Makan Penutup Syawal

eLronie & hubby yg masih berkain pelekat baru blk dr surau..
Syasya & mamanya
me & Rina mama Syasya
Kak Liza & Abg Gee
Kimi yang cute
Kimi lagi..
inilah dia Ain & hubby yg sudi datang jauh2 tu.. dr Rawang..
bergambar kenangan dgn Ain..
Diana & her friend
my hubby, Eja, Kak Ramlah&hubby.. amboi Haziq dok atas sapa tu??
Ustazah taska Dini..
Ustazah Wani & Afiq anaknya..
antara yg dihidang
lagi..
kek coklat cheese marble
balang kuih raya..
pun nak posing jugak
ni jer yg tinggal..
 
 
 
Makan-Makan Penutup Syawal

Hari Sabtu lepas bersamaan 29 Syawal.. MaDiHa masak2 lebih sikit sebab ada kawan2 yang berhajat nak datang ke rumah.. bukannya buat open house pun.. sebab bukannya masak banyak ataupun tempah catering (takde bajet hehe ).. masak mana yang termampu jer maklum ler masak sorang-sorang.. kalau tahun lepas tu memang masak agak banyak jugak sebab masa tu ma & adik2 ada datang menolong.. untuk tahun ni.. tak sanggup lagi nak menyusahkan ma & adik2 datang menolong sebab diaorang pun tengah sibuk & sedang pening kepala sebab nak buat kenduri kawin adik lagi beberapa minggu kat kampong..

Oleh kerana ada teman2, jiran2 & saudara-mara yang belum berkunjung ke rumah… MaDiHa pun masak ler lebih sikit ajaklah diaorang yang berhajat nak datang tu dan kawan2 yang rapat, jiran2 & kawan opis datang sama.. bak kata orang.. alang2 tu.. ajak ler sekali… kepada teman2 yang tidak dijemput.. jangan ler berkecil hati eiikkk.. kalau nak datang.. call jer nanti kita masak2 lagi.. sebenarnya MaDiHa sentiasa ingat kat u all.. cuma nak jemput tu.. takut tak berbaloi u all nak dtg pasal kali ni kita masak tak mcm tahun lepas.. tu yg segan tu.. u all dtg jauh2… tp kita masak tah apa2 jer..

Tak lupa thanks to kakak Dini yang tolong ibu kopekkan telur utk dimakan dengan laksa asam.. Terima kasih tak terhingga pada hubby yang juga bertungkus lumus menolong especially kerja2 mengemop lantai, memotong ulam-ulaman & tolong perisi ikan untuk dibuat kuah laksa.. 5kg ikan tu.... cian abang.. balik dari kerja mlm kul 12.30 pagi.. sempat jugak dia tolong perisi ikan.. (perisi sama2 ler ) kami tidur pun kul 3++ pagi.. hehe before dia balik kerja tu.. malamnya MaDiHa sendiri sibuk buat rendang, siapkan puding & prepare bahan2 utk makaroni. Pastu rendam laksa & pulut.. itu yang kerja perisi ikan tertunda.. itu pun awal2 tu dok kalut dengan si Haziq.. merengek2 dia boring pasal kita dok kat dapur lama sangat… hehehe.. 2 mlm sebelumnya.. sempat ler buat 2 jenis kek. Yang paling sibuk.. pagi sabtu tu ler.. macam lipas kudung menyiapkan segalanya hingga selesai.. dapurku yg 2 tungku tu dah ler comel.. hehe.. Alhamdulillah.. sempat jugak masak semuanya..



Antara juadah yang sempat MaDiHa sediakan ialah laksa (beli laksa peket jer… ehem.. bukan jenama yg diragui halalnya tu yer.. kita beli yg halal sah punya.. ) yang dimakan bersama 2 jenis kuah iaitu kuah lemak dan kuah asam, pulut kuning dimakan dengan rendang daging, makaroni bakar Puan Norly.. (hehe yg ku testing masak hari tu.. ) dan pencuci mulut pula sempat disediakan kek gula hangus, kek marble cheese & juga puding triffle selain tu ada lagi sikit saki baki kuih raya & jeruk buah2an campur dari Penang yg kirim kat Sujah ari tu... (lupa lak nak snap gambor)

Quote:
KEK SPAN GULA HANGUS

Bahan-bahan
1 cawan gula pasir
1 cawan air (untuk gula hangus)
1 cawan tepung gandum + 1 sudu teh soda bicarbonate (diayak tiga kali)
4 biji telur ayam (MaDiHa guna gred A)
2 sudu besar marjerin
1 sudu teh esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis, tin saiz kecil

Cara membuatnya
1. Masak gula dlm periuk dengan api sederhana sehingga hangus berwarna coklat muda. Bila separuh cair tu kacau2 sentiasa guna senduk kayu. Bila gula dah larut semua.. jangan tunggu sampai jadi coklat gelap sangat kang pahit pulak kek.. perlahan2 tuangkan air sikit demi sikit sambil dikacau… tutupkan api dan tuangkan kesemua 1 cwn air tadi dan biarkan ia sejuk.
2. Telur dipukul hingga betul-betul kembang.
3. Marjerin dipukul hingga kembang di dalam bekas yang lain. (kacau guna sudu ajer ataupun guna mixer yg pukul telur tadi dan pukul kejap marjerin)
4. Masukkan marjerin ke dalam bekas berisi telur dan pukul lagi. (masa ni adunan telur akan turun sikit sebab dah tercampur dgn marjerin).
5. Panaskan oven anda.
5. Masukkan esen vanilla, susu pekat manis dan tepung. Pukul lagi hingga sebati.
6. Akhir sekali masukkan gula hangus. Kacau rata.
7. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilapik kertas dan dilenser marjerin.
8. Bakar hingga masak, suhu oven 175`C selama 40-50 minit atau sehingga masak

Nota: Kek ini memang cair.
MaDiHa buat 2 adunan untuk saiz loyang 4 segi 9”x9” atau 10”x 10”


Quote:
KEK COKLAT KEJU MARBLE

Bahan Bahan A
200 gm. Butter
140 gm. Gula castor
3 biji telor -MaDiHa guna gred A
20 gm. cocoa powder - ayak
120 gm. tepong naik Sendiri - ayak - MaDiHa gunakan tepung gandum saja
1 s/k. baking powder - ayak
1/2 s/k soda bikarbonat- ayak

Bahan bahan B
250 gm. cream cheese (asal 240 gm)
40 gm. gula castor
1 tsp. vanilla essence
1 biji telor

1. Pukul butter and gula sehingga kembang dan ringan.
2. Masukkan telor sebiji demi sebiji.
3. Masukkan campuran tepong yg telah diayak bersama serbuk koko, baking powder & soda bikarbonat. Gaul rata.
4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesemua bahan B hingga kembang.
5. Tuang separuh bahagian adunan A kedalam loyang yang telah di alas dengan kertas kek & dilengser dgn butter lalu ratakan adunan A tadi.
6. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
7. Tuangkan baki adunan A dan ratakan.
8. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins atau bila dicucuk tengah2nya penguji kek keluar bersih.
[ Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk baru keluarkan dari oven dan bolehlah dipotong dan hidang].


Quote:
TRIFLE

Bahan2
1 gulung kek swiss roll - MaDiHa guna perisa coklat
250 gm buah campuran -MaDiHa guna 1 tin fruits cocktail
250 ml susu cair
250 ml air
7 sudu makan gula pasir
4 sudu makan tepung kastad - dibancuh dengan 125 ml air (air yg lain bukan yg 250 ml tadi )

Bahan Jeli
400 ml air panas
100 gm serbuk jeli kristal/segera

Cara memasak
1. Potong swiss roll 1.5 cm tebal. Susun dalam acuan. Tuangkan sedikit air sirap buah campuran tadi sehingga kek basah dan lembab. Ketepikan dahulu.
2. Masak susu cair, 250 ml air dan gula di atas api sederhana. Masukkan bancuhan kastad tadi sambil dikacau selalu sehingga likat dan berkilat.
3. Tuangkan adunan kastad tadi di atas kek dan ratakan.
4. Taburkan buah2an campuran/cocktail ke atas kastard tadi.
5. Sementara tunggu kastad sejuk.. masak bahan2 jeli sehingga larut dan tapiskan ke atas lapisan kastad tadi.
6. Biarkan sejuk kemudian masukkan dlm peti ais sebelum dihidang.
7. Cara makan adalah dengan cara scooping.

Note: MaDiHa buat 1 1/2 dari resepi dapat 2 bekas sedang


Pulut kuning & rendang daging


Makaroni bakar & laksa


Kuah laksa lemak & kuah laksa asam


Kuih raya


Teman FP Datang Berkunjung… Siapakah Gerangannya Yer ??

Sedang MaDiHa menyiapkan meja hidangan... Rina mama si Syasya called.. (mama kawan Dini yang tumpang kereta balik sekolah sama tu) katanya dia nak datang awal sikit sebab dia nak pegi sebuah rumah lagi open house… then tengah2 menghidang tu.. ada ler tetamu bagi salam.. kita sangka Syasya dengan mamanya.. (masa tu kita kat dapur) tp dengar suara lelaki pulak.. Dini pun cakap.. "Ibu.. ada orang datang..." Bila kita pegi jengukkk... Jeng jeng jenggg…. Nak tau siapa ?? Dialah kawan FP kita... tak lain tak bukan.. Puan Ain @ Lady Ain bersama2 hubby & juga Kimi… amboiii… dia buat surprise U….. memang tak sangka lah Ain & family menjadi tetamu pertama hari tu.. Memang tau dia nak datang.. cumanya.. dia langsung tak call dulu cakap nak dtg awal… cekap betul dia cari rumah kita.. Lagipun pada mulanya kita dah pesan suruh dtg petang2 sikit sebab takut tak sempat siap masak awal.. Dia pun janji nak datang belah petang.. tu yg jadi surprise tu.. hehehe.. Comel lote Ain kita… berbeza dari dalam gambar.. kat luar lagi cun melecun.. dua2 pun ramah sangat termasuk ler si Kimi.. mula2 diaorang sampai si Haziq tengah tidur.. lama sikit baru ler Haziq bangun.. mamai lagi.. tp lama2 baru ler dia nak main dgn Kimi

Kimi yang cute.. Ain & her hubby..


Actually masa Ain sampai tu.. belum complete lagi menghidang.. kuah laksa belum diisi dan ada yang belum siap prepare seperti cili untuk laksa lemak tu & air pun belum siap dibancuh… dapur pun tak sempat nak lap lagi.. segan betul kat Ain.. siap ikut sampai ke dapur pulak tu… berkecah dapur akak.. tapi.. yang mujurnya.. akak dah siap mandi dulu.. cuma tak sempat nak pakai tudung elok2 sikit jer.. hehehe… kalau tak.. sure badan berbau asyemmmm... To Ain & hubby.. akak ucapkan berbanyak terima kasih sebab sudi berkunjung ke rumah akak yg kecik molek tu… segan kat Ain tau.. umah akak kecik jer.. hope u all enjoyed the food yang tak seberapa tu… lain kali jangan serik datang lagi tau…akak mintak maaf ler jika ada kekurangan layanan.. maklum ler sambil2 melayan sambil2 dok sibuk buat benda lain..

Bergambar kenangan dengan Ain


Okay.. after kunjungan Ain & family.. tetamu lain pun datang silih berganti.. hingga ke malam jugalah… Kakak angkat yang dok kat Meru pun datang jugak walaupun husband dia kena standby disebabkan perhimpunan Aman Bersih tu.. thanks Kak Ram sudi datang rumah Na yer.. tetamu yang last sekali.. Ustazah taska kakak Dini (masa dia 5 & 6 tahun dulu) datang bersama kawan2nya. Thanks to semua tetamu especially yang datang dari jauh2 tu kerana terpaksa mengharungi jalan jemm yang teruk sebab kebetulan hari tu polis buat sekatan jalanraya disebabkan ada majlis perhimpunan Aman Bersih kat Dataran Merdeka… alahaiii.. kesian kat U all semua tersangkut dalam jemm yang teruk kat Federal Highway & jalan2 yang bersangkutan. Tapi jemm jemm pun sampai jugak u all yer.. kesian kat Ida (cousin) with her twin & husband yang tak dapat datang sebab husband dia (polis) sedang bertugas disebabkan perhimpunan tersebut..

Dini & Syasya


Kebetulan juga hari tu.. Sujah ada terima tempahan untuk jamuan rumah terbuka YB.. kena masak daging & ayam untuk 3 ribu tetamu.. jadi diaorang pun tak dpt datang jugak.. tapi takperlaa… mujur ada wakil anak2 dia & sepupu2 yang lain.... thanks to eLronie sebab tolong bawakkan diaorang tu semua.. thanks to Bie & Nasa sudi dtg.. tp sori.. terlupa nak amik gambor u all berdua.. hehe.. (sorry to Syikin.. sebab tak sempat tunggu Syikin balik.. nak tunggu Syikin.. tak sempat dah sebab Syawal dah penghujung.. nanti kaklong masak lain special utk Syikin eiikk… )

Apa2 pun.. memang happening sungguh la rumah kita hari tu.. walaupun masak tak seberapa.. tapi alhamdulillah.. nampak tetamu enjoyed the food.. walaupun masakan kita tak tau ler sedap ke tak.. alahaii.. letih gak nak bercerita panjang2 ni.. U all layan gambar pulak yer.. gambar tu pun tak semuanya sempat di ambil.. Lily jiran kita siap pesan jgn masuk FP gambar dia

Quote:
Nota:
Kepada empunya resepi kuih2 yang MaDiHa cilok tu.. terima kasih banyak2.. mintak maaflah.. tak ingat dah ambil dari siapa..


Gambar kandid... hubby, Eja, Kak Ramlah & Abg Sobri.. Haziq bukan main lagi manja dengan Kak Ram..


Kamil & Naknie.. eLronie & Ashraf (baby Lily)


JOM KITA SEMBANG
Quote:
1. Tariqzaidanirah: masak biasa2 jer tu… entah sedap entah ke tidak yer.. akak asal T’ganu.. tp skrg ni dok cari rezeki kat S’ngor..
2. Ouled Kenitra: time org tak perasan.. kita amik ler gambor makanan tu..
3. Alim-umi najla: sedap ke Alim? Menu umah Alim pun best gak.. hehe.. jemput ler dtg rumah.. nanti akak wt pulut kuning & rendang utk alim & najla
4. Kamalina: Akak buat pun pasal ada kawan berhajat nak dtg.. masak pun menu2 mudah ajer tu.. hehe.. betul ker sanggup dtg ? Jauh tuuu… hehe.. tunggu ler tahun depan kalau murah rezeki..
5. Kamalina: lorrr.. berkenan kat balang kuih raya tu ker? tu dah pesen lama dah tu.. akak wt guna kain perca ajer.. pastu hias dengan renda & bunga2 sikit..
6. Kak Jie Jie: Banyak ker akak? Tapi tu menu mudah2 jer tu.. kalau yg cerewet2 memang tak sanggup jugak.. hehehe..
7. Haryani~Azam: oohh berkenan kat makaroni bakar tu yer? Bolehlah try lepas ni.. ohh Pantai Telung Gadong ke? Alahaii.. kompius pulak byk sangat nama yg akak tahu.. Teluk Lipat tu belah hujung ke kiri kan? Sebab masa akak budak2 dulu selalu gi main situ.. rumah pakcik akak kt kg depan berek kastam tu ajer.. kat Jalan Pegawai..
8. Kamalina: hehehe.. nampak berminat sungguh tu.. nanti ler yer.. bila akak free akak tunjukkan cara2 dia.. tp nak kena cari bekas kuih tu dulu ler.. ni nak kena cilok bekas kuih mak akak kat kg ler nampoknyer ni..
9. Mama adam & ammar: Oh yer ker… bagus ler tu nak balik sana.. dah lama tak balik.. time kenduri kendara ni boleh ler jumpa semua sanak sedara..
10. Mamasya: MaDiHa masak menu mudah2 je tu Mamasya… a’ah ikan selayang 5kg.. untuk kuah lemak 2 kg.. kuah asam tu 3 kg.. memang leh tertidur pun kalau buat sorang2 perisi ikan rebus tu..hehehe..
11. Hajar : Mula2 dulu MaDiHa pun tak confident jugak masak banyak2.. tp kena jugaklah mencuba sebab dah dok sendiri ni.. sampai bila nak harapkan mak ajer.. first time cuba masak byk 3 tahun lepas.. goreng meehun 3 peket… itu pun dah gabra.. time tu nak masak.. time tu ler beli kuali besar .. tp mujur ler meehun goreng secukup rasa..
12. Masriyah: Mana ada hebatnyer Yah.. MaDiHa masak byk pun.. pilih menu2 mudah ajer tu.. tapi masak byk2 cam gini kena ada perancangan.. kalau tak kelam kabut jadinya tak tau nak masak yg mana dulu.. dah ler kat rumah tu periuk besar ada 2 biji jer.. kena pandai2 ler buat yg mana dulu.. kalau masak kuah dulu.. jawabnya nak rebus laksa dah takde periuk nak guna..
13. Anir: alaaa.. akak takde nombor tipong anir ler nak jemput.. heheh..
14. Cek De Sam: sabor jerlah Cekde…
15. Cinta Dhinas Azraaei: Wa’alaikumsalam.. dah edit yer.. akak dah agak dah mesti terlupa ni.. hehe.. itulah tengok gambor aglio tu memang terliur habiss.. mesti sedapkan? Oooo on diet yer? Lepas ni slim melim ler dia…
16. Haniss: terpaksa ler Haniss.. sapa lagi nak masak kalau bukan sendiri.. nak tempah catering sikit sangat jemputannya… nak jemput ramai2 tak cukup bajet.. hehehehehee…
17. Cak: Memang patut pun panggey akak.. Cak muda lagi…akak dah tuoo... kuah lemak tu akak campur daun kesum sikit.. nak bagi sedap sket baunyer.. pasal masa makan tu.. tak ramai yg suka letak daun kesum yg hiris2 tu.. (termasuk ler akak.. ) jadi akak amik jln mudah.. bubuh terus dalam kuah.. barulah baunya mengancam.. hehehe.. cak kalau buat pun sure menjadi jugak kek tu.. ikut jer betul2 resepinya.. sure jadi.. kalau sudi jemput ler dtg.. cakap jer bila.. tapi akak tak jamin sedap.. pasal akak bukannya pandai sangat masak.. tengok Cak masak lagi mengancam..
18. Zanaz70: Memang seronok kumpul ramai2.. riuh ler kejap rumah..
19. LynZ :
20. MamaFaMi: Alahaii mama kata MaDiHa rajin..?? malunyerrr…. Mama lagi rajin tauu.. MaDiHa tabik spring dengan mama.. memang takde tandingan kerajinan mama tauu… masak best2 pulak tu..
21. Ain: Dapat kerja kat tempat baru ker? tahniah yer Ain.. patut ler senyap jer takperlahh.. nanti bila senang2 baru update.. lagipun kat tempat baru tu.. sure Ain busy pasal banyak benda baru nak kena belajar.. Pasal makan2 tempohari.. betul ker sedap tuu ?? Hehe.. alhamdulillah ler kalau kena dengan selera Ain & hubby.. makaroni tu.. memang akak buat khas untuk Ain sebab Ain kata tak pernah rasa kan... hehe.. sedap yer.? Akak rasa cam kureng sikit.. yg buat 1st time dulu lagi ok.. Kesian kat Ain tak dapat nak concentrate sangat makan.. pasal sibuk dok melayan Kimi.. takper.. lain kali ada masa datang ler lagi..boleh sembang2 lagi.. aritu tak puas sembang pasal dok kalut2 dengan orang ramai…
22. Sabrina: Cian kat Sab masih tak sihat lagi yer? Kenapa tu? Sab gastrik ker? Jaga kesihatan tau.. jangan lupa mkn ubat yg doc bagi..
23: eLronie: hehe.. sama2.. no problem.. kaklong suka masukkan gambar u all semua.. biar meriah FP kaklong... hehehee.. ok insyaAllah.. nanti akak kimsalam kat diana n fren tu.. hehehe.. oooohh berkenan yerr ?
24: eLronie: kaklong takkan lupa kenangan manis tu semua.. tp skrg jarak memisahkan kita.. tapi takper.. walaupun tinggal berjauhan.. masih dlm satu negeri.. kekekee.. memang betul.. pernah bersahur sama.. tu semua gara2 elronie kena tolong kaklong angkat barang masa kami pindah rumah tengah2 malam buta.. kemas punya kemas sampai masuk waktu sahur.. cian kat ronie.. kalau takde ronie.. sapalah yg nak tolong abglong angkat barang agaknya.. hehe.. thanks utk doa tu.. semoga ronie & family juga berbahagia dunia & akhirat..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net