Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 14-Nov-2007 07:02 Email | Share | Bookmark
Cencaru Kerutub Hitam & Kerabu Pucuk Paku

Hari ni nak kongsi resepi pulakk.. Ni lauk yang dimasak minggu lepas.. walaupun simple.. tapi berselera kami anak beranak makan..

Quote:
CENCARU KERUTUB HITAM
Sumber : Chef Zaidah (cilok dari FP Maklang Azie.. TQ Maklang)

2 ekor ikan cencaru lumur garam & serbuk kunyit dan digoreng

10 biji bwg merah ]
1cm kunyit hidup ] Bahan2 ini ditumbuk lumat
1st lada hitam - Tumbuk kasar berasingan
Garam

Cara
Panaskan minyak.Tumiskan bhn tumbuk hingga wangi. Masukkan lada hitam dan sedikit garam.... tambah air sikit.. kacau2. Masukkan ikan dan biarkan hingga kering sikit.. bolehlah dihidang.

Quote:
KERABU PUCUK PAKU

Bahan2
2 cekak pucuk paku - disiang - ambil bahagian lembut sj & celur hingga lembut - tos
6 ulas bawang merah - hiris kasar]
2 ulas bawang putih - hiris kasar]
10 biji cili padi ] Bahan2 ini digoreng sebentar kemudian dimesin + air asam jawa
2 biji cili merah - dipatah 3 ]
3 batang serai - hiris nipis ]
2 s/b penuh udang kering - rendam air panas ]
sebesar guli belacan ]
sebesar limau nipis asam jawa - bancuh dengan 1/2 cwn air masak
1/2 biji kelapa parut - disangai sebentar
garam, gula secukup rasa

Cara Menyediakan
Gaulkan kesemua bahan.. pucuk paku yang telah dicelur, kelapa yg telah disangai, bahan2 yang dimesin halus dan juga garam serta gula.. Gaulkan hingga rata.. rasakan mengikut citarasa anda. Kerabu ni sesuai juga dicampur dengan kerang rebus atau apa2 juga yang anda suka.


JOM KITA SEMBANG
Quote:
1. Sabrina: akak pun ‘hantu’ kerabu jugak Sab… tak kira kerabu apa.. memang suka sangat.. cencaru tu memang simple membuatnya.. tp sedap tauu.. tak rugi mencuba.. akak suka pasal ada lada hitam tuu..
2. Zanaz70: cukup ker sepiring tu? Hehe.. alahaii.. cian dia cari pucuk paku takde yer.. agaknya musim2 hujan ni.. org kg tak dpt cari pucuk paku.. tu yg takde tu kat pasar mlm.. MaDiHa kalau blk kg hubby… nak makan pucuk paku.. hubby petik tepi sungai jer.. tp kita tak ikut ler.. hehe.. takut pacat maaaa…
3. Idderes: uikkk.. apasal tak makan ikan cencaru ? Selera idd sama dgn selera arwah ayah akak.. dia pun tak suka cencaru..
4. Kak Jie Jie: Untung ler akak selalu ada jamuan raya kat tempat kerja… Kat tempat kerja MaDiHa takde wat apa2 pun.. al-maklum ler kerja ngan kompeni Cina… heheheheeee.. itulah akak.. terliur tau MaDiHa tengok bubur lambok akak.. bulan puasa aritu.. tak jumpa lagi bubur lambok Pantai Timur..
5. Jeff: waaa… sama ler kita.. peminat kerabuuu…
6. Masriyah: Kat sana ada ke pokok paku yang boleh dimakan? Kalau ada boleh cuba buat.. hehe.. kerabu sememangnya sedap kan Yah..
7. Nur: kalau Nur nak.. MaDiHa kena buat lagi ler… yg itu dah ‘selamatttt’
8. Ana: haaaa.. betul sangat tu Ana.. kalau orang sakit2 urat.. tak elok mkn pucuk paku.. bukan salah kerabu.. tapi salah pucuk paku tuu.. sejukkkk..
9. Haniss: ramai yang sukakan kerabu kan..
10. Mamasya: itulah.. kalau kreatif semua pun boleh buat.. tp MaDiHa ni.. cilok idea orang jer.. hehehe.. samalah kita… kerabu boleh ratah gitu jer.. memang feveret
11. Kamalina: kadang2 yg simple2 tu makan bertambah2..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net