Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 19-Nov-2007 02:20 Email | Share | Bookmark

 
 
 
 
 
Dari minggu lepas dok teringin sangat nak buat rojak buah.. bahan2 dah siap beli semua.. buah mangga muda yang diambil dari rumah ayahde pun masih elok lagi dalam peti ais tu... tak sempat nak buat hari berkerja.. maklumlah masa singkat sangat.. dah makan nasi.. perut pun dah kenyang.. mata pun dah mula ngantuk.. jadi bila masa nak mkn rojak lagi.. last2.. hari sabtu baru ni barulah hajat tertunai..

Quote:
ROJAK BUAH

Bahan2 Buah
Nenas ]
Sengkuang ] buah2 ini dikopek kulitnya
Mangga Muda ]
Timun
(boleh guna buah kesukaan anda.. spt belimbing besi, epal hijau dan apa saja yang anda sukai)

Bersihkan buah2 & timun & potong mengikut saiz yang anda sukai.

Bahan2 Kuah

20 biji cili padi - mesin halus (guna mesin kering)
2 s/b penuh asam jawa - campur dgn dengan 1 1/2 cawan air masak ambil patinya.
2 cm belacan - hancurkan dengan sedikit air
3 sudu besar petis
gula secukup rasa
kicap manis kipas udang secukupnya
2 s/k tepung jagung - bancuh dgn sedikit air

Bahan2 Lain
1/2 cawan kacang tanah- goreng tanpa minyak dan mesin kasar
sedikit bijan - sangai hingga kekuningan

Cara2 Menyediakan Kuah Rojak
Masukkan semua bahan2 kecuali bancuhan tepung jagung ke dalam periuk dan masak di atas api sederhana sehingga mendidih. Masukkan air tepung jagung dan masak sehingga agak2 pekat. Jika terlalu pekat boleh tambah air. Rasakan kuahnya mengikut citarasa anda.. kuah hendaklah ada rasa masam, manis dan masin. Tidak perlu tambah garam kerana dalam belacan, petis & kicap sudah mempunyai rasa masin yg mencukupi.

Cara Menghidang
Ambil sebahagian buah2 pilihan anda dan masukkan sesenduk kuah, 1 sudu besar kacang tanah & sedikit bijan lalu digaul rata. Tambah apa yg kurang mengikut citarasa anda jika mau kuah lebih tambahkan kuah, jika mau kacang lebih tambah lagi.. Gaul sebati lalu masukkan ke dalam pinggan. Taburkan sedikit kacang tanah mesin & bijan sebagai hiasan.. siap!!

Ini pula udang mentega ataupun butter prawn yang kita masak last week.. macam janji2 dengan Mamasya... sama2 masak butter prawn last week . Cuma bezanya MaDiHa ikut resepi dalam majalah RASA yang disediakan oleh Chef Felda D'saji Sdn. Bhd. Rasanya sungguh sedap & lazat..!! tapi yang MaDiHa buat tu tak cantik mcm dlm majalah tu... telurnya tak jadi bersarang mcm rupa serunding tuu...sebaliknya jadi berabuk2 jer.. tapi walau apapun rupanya.. rasanya memang bestt!!! teringat pula masa dinner company hubby last year.. ada dihidangkan butter prawn.. rasanya sama mcm yg kita masak ni.. cuma resepi butter prawn waktu dinner tu ada ditambah nestum (mengikut kata budak2 yg menghidang tu ler pasal kita sibuk dok tanya apa benda yg berabuk2 tu.. pasal sedap sangat selamba jer tanya budak tu ). Kepada yang belum pernah masak butter prawn ni.. kita sertakan sekali resepinya.. tak rugi mencuba sebab sedap..

Quote:
UDANG GORENG MENTEGA

Bahan2
1 kg udang galah / udang harimau saiz besar - kerat bahagian sesungut & muncungnya yg tajam.
(udang perap dgn sedikit garam)

250 gm mentega tanpa garam (jika guna mentega bergaram.. kurangkan garam dlm masakan)
20 helai daun kari
5 ulas bawang putih ] cincang halus
8 biji cili padi ] hiris halus
8 biji kuning telur
250 ml susu cair penuh krim
1 s/k serbuk perasa
1 s/k garam
1 s/k sos ikan
3/4 s/k serbuk pati ayam
1 s/b gula
minyak utk menggoreng

Cara Memasaknya
1. Panaskan minyak yang banyak dan goreng udang sekejap selama 2 minit. Angkat dan toskan.
2. Pukul kuning telur dan susu bersama serbuk pati ayam hingga kembang. (MaDiHa guna mixer)
3. Panaskan kuali dan masukkan mentega hingga cair. Tumis bawang putih hingga kuning masukkan cili padi. Kacau sekejap.
4. Masukkan bancuhan telur tadi dan kacau hingga pekat.
5. Masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau sehingga bersarang dan garing.
6. Tuang ke atas penapis dan biar mentega sejat sebentar. Barulah diletakkan di dalam pinggan dan bolehlah dihidang

Note : MaDiHa buat setengah resepi sahaja..

Ok.. lebihan putih telur untuk butter prawn tadi jangan dibuang pulak... Ini yang MaDiHa olah dijadikan lauk tambahan

Quote:
TELUR MASAK HANCUR BERSAMA TAUHU

Bahan2
4 biji putih telur (lebihan buat butter prawn tadi)
1 biji telur
1 keping tauhu - goreng separuh garing & potong dadu kecil2 (ni sebab ada lebihan tauhu dlm peti ais.. ikut resepi Kak Ramlah aritu goreng telur + tauhu )
1 tangkai daun bawang - potong halus
2 biji cili padi - potong halus
sedikit garam
minyak

Cara2
Bancuh kesemua telur, daun bawang, cili padi & garam hingga rata. Panaskan kuali & sedikit minyak.. tuangkan bancuhan telur ke dalam kuali bersama2 dgn tauhu yg dipotong kecil2 dan kacau sentiasa sehingga menjadi scrambled dan sedikit kering. Bila dan masak bolehlah tutupkan api & hidang.


JOM KITA SEMBANG
Quote:
1. Pemancing Ikan: Pokcik jual siput ka?
2. Pemancing Ikan: oohhh cerita pasal siput yer.. kalau kat sini lala tu yg kulit berbatik2 tu… rupanya kat sana lala tu siput lain pulak yer..
3. Fliffy: ada masanya kita pun malas masak jugak.. especially bila husband takde kat rumah.. hehehe..
4. Daalia: Kat sini susah nak jumpa orang jual rojak buah.. pasal tu kena buat sendiri.. lagipun puas mkn buat sendiri.. heheh.. thanks yer sudi ke mari..
5. Haniss: MaDiHa biasa kalau rojak mamak tu beli jugak.. ni rojak buah takde jumpa org jual dekat2 sini.. tu yg terpaksa buat sendiri tu..
6. Alim-ummi najla: uihh.. macam boleh baca pulak gerak hati alim.. hehehe… akak kalau ada org jual dekat2 sini pun beli jugak.. ni tak jumpalah org jual.. terpaksalah merajinkan diri buat sendiri..
7. Masriyah: untunglah macam tu.. mak & ayah boleh balun cukup2.. heheheheee
8. Idderes: mak je ke yg suka.. idd tak suka? Memang selalu org pompuan je suka yg masam2 ni.. hehehe..
9. Sabrina: betul tu Sab.. berdua jer nanti membazir pulak beli buah yg saiznya besar tu.. bila tak habis kan.. baik beli je senang.. tapikan.. kat rumah akak.. mkn berdua jugak… anak2 tak suka.. Hihihihihiiiii….
10. Mamasya: tulaahh… macam tau2 jer masak benda yg sama.. cuma resepi jer versi berlainan.. heheh.. alaa.. aritu MaDiHa tengok Mamasya buat rojak India tu lagilah cerewet…. Ni rojak buah sempoi jer..
11. Jeff: yupp.. memang sedap.. keropok tepung yg garing & rangup tu kan? Pernah makan.. tp tak reti nak buat laa… isshh sedaplah pulak bila teringat…
12. Ouled Kenitra: ishhh kalau kita makan berdua.. untunglah saya boleh makan lebih.. hehehe.. gurau jer..
13. Ibu Chempaka:


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net