Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 30-Nov-2007 05:01 Email | Share | Bookmark
Majlis Perkahwinan Abby & Aman

 
abby dlm bilik..
berdebar2 nak sambut suami.. nakni & nor jd pengapit..
aman.. chewah.. mcm putera raja.. (betul ler.. raja sehari..)
ok.. dah pun ditemukan.. Nakni ambil alih pengapit rasmi..
jalan ler..
opss.. lupa pengantin takleh jln lajuu....
pelan2 yer.. kang tersepak batu lak..
ok dah nak sampaii rumah..
duduk jap kat kosi tuu..
kita tengok org bersilat..
silat lagii..
& lagi..pengantin boring jerr.. hehehe..
last b4 masuk rumah
budak2 kg main kompang
aikkk.. acu pun ada? hehe.. lepaskan gian main kompang..
pengantin dah sanding..
ma memeluk abby selepas menepung tawar..
meja pengantin..
butter prawn.. siap digubah..
lagi.. view dari depan..
sedia menjamu selera
apa tunggu lagi...
makan lerr..
makan jgn tak makan
kek pengantin 3 tingkat
ok.. potong sekarangg...
i suap u..
u suap i..
aikk.. sudar tukar kaa..
ni ngan baju gaun lak..
band kugiran
si kecik ni pun bukan main lagi berjoget
yg ni apatah lagii...
aikk.. hubby & ayahwe pun joget gakk.. hehehee
ni para penontonn...
 
 
 
Hari ni nak bercerita pasal majlis kenduri & persandingan adik perempuan kita yg last ni.. (dah takde adik lagi dahh.. semua dah kawin ) Nampaknya.. majlis yang dirancang berjalan dengan lancar walaupun tidaklah sempurna & se grand seperti majlis2 orang lain.. majlis ni serba sederhana ajer.. (maklumlah kat kampong.. lagipun takde bajet nak buat grand2 ) tapi alhamdulilah.. segalanya berjalan dengan baik.. cuaca pun cantik ajer... mujur ler tak hujan.. 2 hari lepas kenduri bukan main lebat hujan..

Semua sanak saudara telah dijemput dan nampaknya ramai yang datang (mungkin kerana ini kenduri kawin penutup keluarga kami.. adik beradik 4 org jer..) walaupun saudara mara jauh nun di negeri Trengganu.. ada yang dtg dari Besut, ada yg dari Kuala Trengganu, yg Dungun semestinya (kat Dungun paling ramai sedara mara & sepupu samada belah ma ataupun belah arwah ayah). Tak lupa yg dari PJ, Semenyih.. M.I.L & mak saudara hubby dari Raub pun dtg sama.. S.I.L & sepupu hubby kat Kajang pun ikut juga. Tak dilupakan saudara paling dekat.. dari Rompin.. juga turut hadir. Kawan baru, kawan lama semuanya datang.. meriah sungguh nampaknya.. seronok dpt jumpa semua sepupu2, mak sedara, ayah sedara, tok sedara.. sebelah ma & sebelah arwah ayah.. semua pun hadir.. complete.. berkumpul serentak hari tu.. seronok pulak rasanya.. Cuma.. dalam keadaan majlis yang sibuk tu.. tak dapatlah nak berborak sangat.. maklumlah tak cukup masa..

Saudara2 rapat saja yang datang awal untuk membantu persiapan.. manakala yg selebihnya datang pada hari kenduri tu saja.. balik hari ler kiranya.. tapi.. kalau semua dtg awal dan bermalam kat rumah... sememangnya harus tak muat rumahh.. itupun Kak Yoh (sepupu) siap suruh book 2 bilik sewa sebab takut tak muat rumah kita... katanya keluarganya besor.. cian kat dia.. Tapi ada baiknya juga.. pasal malam kenduri tu.. hanya kaum2 ibu & anak2 saja yg tidur dlm rumah maupun dalam bilik.. hinggakan dlm bilik pengantin pun ada gak org titun.. hehe.. (macam sadin beratur ) kaum bapak2 terpaksa tidur kat luar rumah kat anjung ajer.. siap pasang kipas besor tu utk halau nyamuk Kalau tak silap.. ada juga kaum bapak yg kena tidur dlm kereta.. kesian betul.. Yang tidur kat luar tu.. katanya sambil2 mengawal periuk belanga & kawah yang ada kat luar tu.. takut orang curi... manalah tau kan.. tapi.. boleh caya ker tu dengor masing2 sedap jer berdengkor kat luor tuu.. especially hubby kita ler tu.. tapi takperlahh.. kita faham.. masing2 penat.. biasalah kan kenduri kendara ni.. kerja tak habis2.. itu pun mujur ler kat Felda ni diwujudkan majlis rewang.. dimana kerja2 menyediakan lauk kenduri dibantu oleh jiran2 terdekat & juga ahli2 blok (1 blok ada 24 rumah) Jadi ringanlah sikit tuan rumah.. tuan rumah hanya memantau sambil memastikan segala kelengkapan yang diperlukan ada pada waktu yang dikehendaki.. ada kalanya ada jugak bahan2 nak diguna terlupa nak dibeli.. tapi takper.. ada ajer volunteer tu yg rajin berulang alik ke kedai...

Tak dilupakan.. saudara mara pun ada juga yang turun padang menolong mana2 yang patut.. MaDiHa tak sempat merakan gambar diaorang buat kerja sebab MaDiHa sendiri pun sibuk dalam rumah siapkan perkara2 lain.. Sejak pagi Jumaat lagi orang dah ramai berkumpul menyiapkan apa2 yg patut.. yang luar rumah.. yang dalam rumah.. semuanya berganding bahu.. itulah dia berkat tolong menolong.. mungkin tak sama suasana di dalam bandar yang kebanyakkannya hanya menyerahkan tugas bulat2 pada catering.. jadi tiadalah suasana riuh rendah persiapan masak memasak.. semuanya diterima bersih dari catering..

Pagi Jumaat tu.. suasana dah hingar bingar dengan orang ramai (jiran2).. yang kaum ibunya.. yg budak2nya.. yg kaum bapanya kurang sikit kot bisingnya.. hehehe.. sambil buat kerja utk persediaan kenduri.. sebahagiannya ditugaskan bahagian memasak utk mkn tengahari orang2 yg menolong & juga utk kaum keluarga yg ramai tu. Tak lupa.. kuih muih pun turut dihidang.. takde ler kering tekak kaum ibu tu.. hehehe.. Kuih-muih semuanya ma tempah ajer.. spt kuih bakar, karipap, samosa inti ikan, apam (baulu kukus), tempeyek, kuih ros (kuih loyang) dan tak lupa pemberian dari kawan & saudara spt donut & kek gula hangus.. Sebelah malam pulak.. kaum2 bapa pulak dok sibuk memotong daging.. & macam2 lagilah persiapan.. Sambil2 orang lain buat kerja masing2.. Cik Nor & Co... turun padang masak sup tulang satu periuk besor tuu.. untuk makan2 malam tu.... amboiii.. sedapnyerrrr.. sampai tak cukup tuuu..... kita sempat merasa sikit jer..

Paginya.. awal2 kitaorang dah bangun.. tapi mula2 tu.. MaDiHa dah cuak jugak.. pasalnya dok tunggu orang blok takde datang menolong lagi... dalam hati kata.. ehh.. bila orang nak dtg tolong masak lauk kenduri nii???? Orang yg dlm rumah dah start keje dah.. ada yg mesin kelapa.. & mcm2 lagilah.. kita pun sound kat ma.. "ma... mana org dtg tolong tak dtg lagi..??" ma kata "awal lagi.. nanti kul 8 a.m sampailah tu.." oooo.. barulah kita rasa lega... tapi dlm masa yg sama.. masih tertanya2.. sempat ker siap masak.. kalau kul 12 tetamu dah sampai lauk lom siap cemana... Tapi alhamdulillah.. nampaknya org2 yg buat kerja tu semuanya cekap2 belaka.. lauk2 yg dimasak semuanya siap spt yg dijangkakan.. yelah.. diaorang dah biasa.. kita ajer yg tak tauu.. hehehehe...

Macam yg dah diceritakan sebelum ni.. Hari kenduri tu.. MaDiHa hanya sibuk siapkan hantaran dan juga persediaan utk makan beradap.. Hari kenduri tu.. Subuh2 lagi dah bangun dan cepat2 siapkan puding kastard yg dah dimasak sebelah malamnya (pagi tu cuma siapkan bahagian biji2 betik tu aje).. pastu bekukan.. dah siapkan puding tu.. baru ler solat subuh.. itu pun bilik air yg ada 3 biji tu terpaksa Q.. maklum ler ramai penghuninya hari tu.. mujur ler ada 3 biji bilik air.. kalau ada 1 jer.. harus ler sampai ke petang baru sampai giliran mandi

Pastu.. kita bereskan dulu sirih junjung.. hanya tambah2 bunga ajer.. and then bermulalah kerja2 memasak utk hidangan pengantin pula.. Ma dah serahkan tugas masak lauk pengantin pada saudara-mara saja.. (boleh juga minta ahli blok yg masak) MaDiHa ucapkan banyak2 terima kasih pada Moksu, anaknya Nor, Kak Mi, Sujah dan juga semua yg terlibat membantu menyediakan hidangan pengantin. Kalau tak kerana mereka rasanya tak dapat ler MaDiHa siapkan hidangan selazat tu mengikut citarasa kami.. (kalau ahli blok yang masak.. mungkin lain ler pulak cara masakan & juga cara menghiasnya ) Lauk pengantin hanya beberapa hidangan yang sempat dimasak.. seperti ayam percik, ikan merah sweet sour, sotong kekwa bersumbat, butter prawn, bergedil, sayur campur dan tak lupa sebagai pencuci mulut.. buah2an & juga dadih (thanks to Kak Ngah tolong masak dadih!). Yang tak sempat dimasak ialah hati lembu.. konon2 nak masak kicap berempah.. tapi nampaknya masa tak mengizinkan... hanya itu saja yg sempat kami sediakan.. tugasan MaDiHa hanyalah menyediakan butter prawn siap gubah dan juga gubah bergedil (buat mcm burung) Yang lain2 tu Moksu ler yg banyak siapkan.. tapi.. bab mendeko.. sepupu kita Nor ler yang banyak menolong.. bahan2 deko seperti bunga cili, bunga tomato, daun & sayap burung dari epal dan sebagainya.. Lauk pauk lain.. semua Nor yang deko.. Tak lupa.. gubahan buah2an.. Sujah & Co yang sediakan (kita dah bagi tugas kat dia gubah buah ) Tengah dok cucuk2 bergedil tu.. tup2 ada kawan telefon cakap dah nak sampai.. kita pun apalagi.. kelam kabut ler kejap.. mujur udang panjat dah siap.. hanya tinggal sekor lagi burung (dari bergedil yg dlm proses) Terus serahkan tugas pada... (pada sapa eikk.. lupa dah ) kita pun baru ler terhegeh2 nak gi mandi.. tapi pegi ke dalam rumah alamakk.. pintu bilik dah kena blocked dengan kaum2 ibu yang sedang marhaban.. (tak sempat snap gambor diaorang marhaban.... ramai jugak.. ada ler dlm 50 org kot.. coz masa org marhaban kita tengah sibuk kat dapur) tunggu punya tunggu.. punyalah lama diaorang ni nak siap.. last2.. pegi jugalah ke bilik.. lalu depan org ramai.. segannyer lahaii... tapi apa boleh buat.. kang kalau tak bersiap kang... segan pulak dengan T-shirt & kain batik nak jumpa kawan.. kita pun bersiap ler ala kadar jer.. tak sempat nak bermekap bagai.. lagipun.. bukan org nak tengok kita pun

After jumpa kawan2 lama yg dtg.. baru ler perasan yang puding betik belum dimasukkan dlm kotak.. kikikikiii.. mujur ingat.. cepat2 keluarkan dari peti ais dan potong2 masukkan dlm kotak.. Tak lama pengantin lelaki pun sampai.. Naknie ditugaskan jadi pengapit pengantin.. ditemani Nor... kelakornya punyalah kelam kabut.. masa nak sambut pengantin lelaki.. sampaikan takde siapa yang ingat nak bawak bunga manggor.. sia2 tengah2 malam buta (dibaca.. dah masuk pagi hari dah kul 12 lebih..) kita cucuk bunga manggor tu ramai2..





Kerja2 menghidang meja pengantin... kita dah serahkan tugas setting meja pada Nor dibantu sepupu2 yang lain... pasal kita dok sibuk jadi kamerawomen tak rasmi.. ini ajelah hasil dari digicam kita... (hehehe.. at last dpt gak download gambar dari digicam pasal bos cuti 5 hari... ) dannn..oohhh.. ada lagi sikit gambar dari handphone belum sempat di download lagi.. tunggu yer.. nanti kita masukkan kemudian.. Sementara tu.. layan jerlah gambar2 yg ada ni.. nanti kita edit balik.. minggu depan ler tu..

Ok.. selesai majlis bersanding.... macam biasa ler pengantin dibawa ke meja makan beradap.. alahh.. menyiapkan meja hidangan punyalah berjam2.. tp pengantin makan sikittt jer.. tapikan.. woww.. butter prawn kita sekor pun tak tinggal.. dua2 tu habis weiii tak sempat kita merasa.. kikikikiiiLOL Tapi takperlaa.. memang niat kita nak jamu pengantin dan keluarga pihak lelaki... lauk2 lain ada gakla yg tinggal... rezeki orang kat dapur ler pulak..




Dan second last.. mcm biasa ler.. acara memotong kek.. memula pengantin potong kek pakai baju yang sama.. ni pasal takut baju gaun tak muat.. kikikiki... after that baru ler tukar baju gaun.. alhamdulillah masih muat Jadinya.. 2 kali ler potong kek tapi guna kek yang sama.. baju ajer tukorr

Dan last sekali.. sebelah malamnya.. selepas solat isyak.. dlm kul 9.30 bermulalah acara ronggeng haha.. ni sebenarnya bukan apa.. saja2 nak berhibur dengan kugiran.. sambil2 tu dapat gak menghibur orang2 yang berkemas & mencuci bekas & periuk belanga.. jadi takdelah rasa letih sangat orang yg buat kerja tu sambil2 dengar lagu.. Kugiran ni.. kalau tak silap dari Felda Keratong Dua kot.. & salah sorang pemain gitar tu adalah besan ma kita (F.I.L adik lelaki kita) Masa mula2 tu.. hanya sanak sedara jer yg jadi penonton.. selang beberapa buah lagu.. tengok2 dah penuh budak2 muda datang kerumun... siap ada yg tak tahan iman tu.. siap joget lambak lagi.. dah akhir2 tu....nampaknya pakcik kita (ayahwe) pun turun padang gak joget lambak diikuti oleh acu & hubby hahahhahaaaa... (besttt.. very sportinggg!!) tak tahan weeiii dengar lagu rancak sangat... kaki ni macam nak terangkat2 jer nak berjoget... tapi yang kelakonyerrr.. bila pakcik & acu masuk joget.. tengok2 ada 2 org lagi (yg umur baya2 acu) pun ikut joget.. agaknya dari tadi dok teringin nak joget.. tapi segan.. bila nampak pakcik kita joget.. dan dan dia pun join lepaskan gian.. kita tak sempat ambik gambor masa hubby & ayahwe joget.. sebab masa tu sibuk membasuh bekas2 dan alat2 memasak. Bila diaorang dah nak abis joget baru ler sempat amik gambor.. alaa.. joget pun sebuah lagu jer.. nak lepaskan gian.. tapi anak2 muda yg lain tak makan saman.. selamba jer joget.. sampai dah pukul 12.30 kugiran dah nak stop pun boleh mintak lagi lagu.. mana boleh.. ganggu jiran2 nak tidurrr... tuan rumah pun nak tidur jugak.. pengantin pun dah ngantukk..

And last but not least.... MaDiHa bagi pihak keluarga ingin merakamkan berbanyak2 terima kasih kepada semua kaum keluarga & sahabat handai yang dapat hadir pada hari kenduri tersebut.... berlebih2 terima kasih pada kaum keluarga & jiran2 yang bertungkus lumut menolong kami semua...
Oklah.. banyak pulak berceloteh.. penat dah korang membacanya.. layan gambarlah pulak.. sebahagian gambar belum habis didownload dari hp.. minggu depan ler insyaAllah kalau umur panjang..


Quote:
Note: alamakkk.. kenapa gambar gelap semacam jer.. dlm digicam elok jer cerah.. nanti ler kita edit balik gambar2 nii... terbantut nak besarkan...


JOM KITA SEMBANG
Quote:
1. Cinta Dhinas Azraie: oohhh dengar yer kita seru nama dia.. hehehe.. tulah kan.. kecik jer dunia ni..
2. Haryani~Azam: kalau tak cerita senyap jer.. bila cerita berjela2.. kalah penglipur lara.. hehehehe.. ohh nak gi wedding kat Kemaman yer? Akak pun ada jemputan kawin gak next week.. kat PJ ni ajer.. pengantin pompuan tempah sirih junjung sekali..
3. Jeff: terima kasih.. (dah byk kali pengantin terima ucapan.. hehehe…)
4. Fliffy: sama2.. takper nanti leh cuba lagi ok.. MaDiHa dok Selangor.. umah mak kat Pahang.. chewah.. dia pun terer gak masak.. kita masak hok mudah2 jer pandailahh…
5. DoD: terima kasih.. uikk.. macam pelakon?.. kita pun tak perasan.. hehehe..
6. Mamasya: Kita ni.. kalau tak mula cerita takper.. tapi bila dah start nak bercerita mulalah berjela2.. hehehe…
7. Hajar: itulah kan Hajar.. kalau saudara mara datang hanya masa kenduri.. takdelah rasa kemeriahan tu.. bila habis kenduri.. rumah pun kosong… tak best langsung… bila ramai2 berkumpul riuh rendah tu yg buat seronok & meriah..
8. Ida Natrah: Umah mak MaDiHa kat Pahang.. bukan T’ganu.. kat sana ada saudara mara jer..
9. Kamalina: betul tu.. skrg warna baju pengantin garang2… ikut perkembangan semasa ler kot.. dari jauh orang dah nampak.. hehehee..
10. Masriyah: terima kasih yah.. memang meriah… maklumlah semua berkumpul..riuh rendah sekejap..
11. Srsfeqah: amboii.. semua dia telek yer.. hehehee… betul lah.. lupa pulak.. sepatutnya kena hidang air oren barulah matching.. heheheh
12. Sabrina: terima kasih Sab.. Alhamdulillah.. semuanya telah selamat.. memang udang tu.. takde sekor pun yg tinggal.. semuanya selamat dikerjakan.. hehehehee..
13. Lee Lin: hehehee… kalau golap.. lain lak ceritho..
14. Haniss: terima kasih Haniss.. betul tu.. kita menyiapkan lauknya bukan main lama berpeluh2.. tp pengantin mkn sikit jer.. hehehee..
15. Anir: Memang betul.. sama kaler tak naik seri sangat kan.. tapi masa tu.. kita pun tak tau apa yang dia pakai sebab kita dok sibuk kat dapur… tau2 dia dah siap berdandan.. hehehe..
16. Tariqzaidanirah: Terima kasih.. orange terang lak tuhh… hehe.. baju pengantin zaman skarang.. mengancam!!



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net