Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 5-Dec-2007 05:29 Email | Share | Bookmark
Jenjalan ke Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam

 
 
 
M.I.L, aku & Cu (makcik hubby)
 
 
M.I.L & Dini depan beca lama
 
 
 
 
 
 
di hadapan beberapa mimbar lama yg cantik ukirannya
mimbar lagi
belakang tu ada replika buaya puchong yg BESORRRR..
rama2 yg cantik..
depan replika masjid negeri
belakang tasik tu.. nampak masjid negeri yg real
 
 
 
Gambar Muzium Sultan Alam Shah ni.. kita cilok dari wikipedia


Sebenarnya kitorang dah banyak kali pegi ke muzium ni.. sejak belum kawin hingga ler last dulu masa MaDiHa ngandungkan Haziq.. (maklumlah... masuk free ) tapi oleh kerana nak bawa mak mertua & mak saudara hubby jenjalan sebelum diaorang balik Raub semula (diaorang dtg sini sebab nak ikut balik ke kenduri adik MaDiHa last week) & hubby pulak kebetulan weekend yg lepas dia kena kerja shift malam (sabtu & ahad pun kerja). Jadi hubby kata.. bawa gi muzium jelah.. nak gi jauh2 dan tempat2 yang sesak hubby memang tak minat.. tambah pulak dia baru balik dari kerja malam pagi tu.. belum tidur2 lagi sejak mlmnya.. tapi oleh kerana mak & makcik dia ada kat rumah dan belum dibawa ke mana2.. kesian pulak orang tua tu boring.. anak & menantu asyik kerja ajer.. jd kitorang bawa ler diaorang keluar hari Sabtu tu.. pegi jalan2 yg dekat jelah Orang pun tak sesak sangat.. parking pun senang. Muzium ni terletak ditengah2 bandar Shah Alam.. bersebelahan dengan muzium ini terletak Perpustakaan Awam Selangor dan nun di belakang muzium boleh nampak Masjid Negeri yang tersergam indah. Muzium ni tahun lepas kalau tak silap.. ada buat pameran misteri dan hantu yang menjadi sebutan ramai tu.. masa tu ma & adik2 ada datang.. hubby dgn diaorang jer pegi sebab kita malas nak ikut masa tu haziq masih baby.. takut kena sampuk lak nanti.. bila diaorang balik.. masing2 kata hantu tipu Oklah.. merapu pulak.. jom kita layan gambar pulak.. gambar tak cantik sangat.. banyak yg gelap.. gambar outdoor pulak.. tak banyak amik sebab hubby nak balik cepat dah tak larat nak jalan katanya.. hanya beberapa yg sempat diambil berdekatan keretapi lama tu.. layan jelah yer..



Dini di hadapan patung2 kecil menggambarkan orang melayu dahulu dizaman jajahan inggeris.. eh betul ke tu.. kita ni sejarah lingkup





Anak2 di hadapan replika Masjid Negeri Shah Alam


Mimbar yang amat cantik seni ukirannya.


Di hadapan keretapi lama di 'Stesen Keretapi Klang'


Sempat jugak panjat gerabak keretapi tu..


Sebenarnya banyak juga bahan2 yang menarik perhatian kami.. tapi tak dapat ler nak diambil gambar satu persatu . Ada juga bahagian2 tertentu yang ditutup kerana kerja2 pengubahsuaian dan satu tempat yang aku paling suka sekali pun tutup gak.. iaitu kawasan 'hutan berbukit yang di dalamnya ada rusa & harimau... kalau masuk dlm tu.. rasa macam dalam hutan betul... tapi sayangnya hari kita pegi tu tak boleh masuk 'hutan' tu sebab ditutup kepada umum..
Quote:
Note: gambar2 kurang memuaskan.. tak tau kenapa lepas edit.. jadi blur pulak


MEH SEMBANG PULOKK
Quote:
1. Bonda Rafiqin: betul.. hanya tangan yg kreatif saja boleh hasilkan mimbar yg begitu halus seni ukirannya.. Shah Alam ni dekat ajer.. anytime leh pegi.. Utara nunnnnnn jauh di sana.. tak taulah bila boleh sampai..
2. Alim – umi najla: salam alim.. muzium ni.. biasalah alimm nak kata best sangat tu.. tak jugak.. biasa2 ajerlah.. tapi kalau pencinta sejarah sure suka tempat2 macam ni.. ehemmm.. nak tau dak.. b4 kawin dulu.. first time jejak kaki ke muzim ni.. ngan boypren lain tauuu.. kikikikiiiii..
3. Mamasya: huhh.. lama tuuu…. Tapi memang ler.. masa sekolah dulu.. kalau sebut muzium mesti excited nak pegi.. Dini & Haziq tak pandai sangat pon posing.. takde bakat .. hehehe.. Haziq pulak masa berjalan tu sebenarnya time dia nak tidur.. tu payah muka bad mood jer tuu…
4. Anir: Allahh…. Tak sampai lagi? Ruginyerrrr… heheheheee
5. Kamalina: sesekali jenjalan.. hehe.. haa itulah pasalnya.. gambar akak tu memang teruk betul lahh.. dlm digicam ok ajer.. bila reduce size dah jadi blur semacam jer..
**akak edit guna ZoomBrowser EX (actually bukan edit apa.. cuba reduce size ajer) kamalina tolonglah ajaukan akak ni… memang tak reti sangat bab2 ni..
**pameran hantu tu.. akak tak kisah sangat.. tp sebab ada baby risau gak nak pegi..
6. Jeff: kita sama lak yer… ooo.. rupanya jeff dibesarkan kat s.alam yer.. betul tu.. pameran bahagian kebesaran diraja dah takde.. mungkin atas sebab keselamatan kot..
7. Daalia: no problem.. dalam tu boleh ajer ambil gambar.. cuma dilarang bawak makanan & minuman aje dlm tuu… cuti sekolah ni boleh ler bawak anak2 ke sana..
8. Masriyah: MaDiHa ni cuti sekolah atau tak.. sama jer sibuknya sebab kita bekerja.. kena tunggu weekend jugak nak bawak diaorang berjalan.. kecuali kalau nak bercuti lama2 sikit tu… cuti sekolah memang sesuai sangatlah.
9. Sabrina: betul ker tu? Kira nasib baiklah yer.. takde orang nak komen.. hehehe… kalau masa kat uitm dulu.. takdelah berapa lama sangat.. kalau masa sekolah dulu.. tu memang dah lama ler tu..
10. Nur: betul tu nur.. secara tak langsung budak2 boleh timba ilmu dari sini.. termasuklah mak & bapak budak juga.. nur.. acuan kuih kaswi atau acuan kuih lompang? Kalau utk kuih lompang tu betullah tu.. acuan yang sama.. yang kecik2 comel tuu.
11. MamaFaMi: Fatin & Syahmi lagi seronok dok kat rumah tu mama… pasal mama dia rajin jamu makanan sedap2.. kalau berjalan.. badan penat kaki letih.. hehehee
12. Diba: kita samalah diba.. selalu jer blank tak tau mana nak bawak anak2 berjalan..
13. Hajar: ye ye betullll….. mak budak sebenornya yg lebih.. hehehehee
14. Fazizaid: iyerlah kak fazi.. bila kita dok satu2 tempat tu.. mesti tak heran pun nak melawat.. tp kalau org luar.. tempat tu lah yg teringin sangat nak pegi..
15. Auntie fliffy: boleh.. jomlah datang sini… cewahh.. mana boleh jadi pejabat pelancungan… pasal kita ni bukan kaki jalan pun… sebulan nak jalan sekali pun payah.. asyik kerja kerja kerjaa.. hehehehee..
16. Srsfeqah: feqah kat mana? Kenapa lama tak pergi muzium?? Akak muzium kat Lukut, Port Dickson pun dah 2x pegi tauuu.. heheheee..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net