Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-Dec-2007 07:12 Email | Share | Bookmark
Sirih Junjung untuk Intan Juleana...

bila Dini dapat kamera..
ginilah jadinya.. hehe...
sirih junjung.. belum siap lagi.. bunga melur belum bubuh..
closed up sikit.. nampak tak bunga dari kapur sirih tu.. hehe
cantik juga yer warna purple..
ini pun Dini yg tembak.. Haziq sibuk minum air..
dah siap pun... cantik tak?


Hari Sabtu baru ni sibuk menyiapkan sirih junjung yang ditempah oleh seorang teman lama.. (pangkat adik2 dia ni sebab dia muda lagi ) Pagi2 lagi kita vroommmm ke pasar PJ mencari bunga utk hiasan sirih junjung. Warna tema hantarannya ialah purple & pink.. so kita pun cari ler bunga warna purple & pink2 sikit.. bunga kekwa ni.. takde pulak warna pink.. kita rembat jer warna dark purple & light purple.. (mujur Ju suka.. ) Manakala bahan2 lain telah disediakan awal2 lagi.. termasuk bunga ros dari pinang dan kapur sirih yg digubah menjadi bunga. Hanya daun sirih kita mintak tolong acu tolong carikan on friday sebab takut sabtu tu tak jumpa daun sirih.. punyalah kalut.. heheh.. yelah.. org dah tempah dgn kita.. buatnya tak dapat cari sirih hari sabtu tu tak ke gelabah.. sedangkan mlmnya dia dah nak guna gubahan tu... sirih pun hanya jumpa sirih india jer kat sini.. mana nak cari sirih melayu.. sirih india ni daunnya warna agak kekuningan sikit.. tak mcm sirih melayu ataupun sirih2 kg yg biasa ada kat kg2 tu... tapi takperlah.. janji sirih...

Seperti yang diminta... dia nak design macam ni.. (sama spt design masa Bie & Nasa bertunang aritu..) kita pun cilok jelah idea dari situ.. cuma ada penambahan bunga melur spt diminta oleh pengantin.. alhamdulillah.. Ju suka dengan gubahan tu...




JOM KITA SEMBANG
Quote:
1. Nur: MaDiHa tak kreatif mana… idea meniru jugak tu… kalau bab tu memang kreatif..hehe.. itulah.. cantik jugak warna purple ni.. sebenarnya MaDiHa b4 ni tak minat sangat warna purple.. tp bila tengok lama2.. cantik jugak warna ni yer…
2. Ouled Kenitra:
Bermula sudah siri LIMA
Gambar dipapar dikongsi bersama
Terima kasih kepada anda
Kerana kesungguhan berkongsi panorama disana
3. Kamalina: akak tau Kamalina memang suka purple… tulahh.. dulu nak kawin pasal tak cari akak tempah sirih junjung… kan dah rugi.. hehehehee..
4. Ida isk: Ohh.. boleh ke gitu? Kita tak berani nak guna sirih tipu takut org yg tempah tak berkenan.. tapi kalau tanyakan dulu mungkin boleh kot.. hehehe..
5. Ida isk:
6. Nabialishad: terima kasih… kat bandar2 ni memang payah nak jumpa sirih kg..
7. Srsfeqah: cantik ker? mekasih.. hehe.. nak tempah boleh ajer.. janji jangan disuruh hantar ke N9 udah.. hahaha.. sirih tu ada dijual kat pasar PJ bahagian atas.. ronda2lah sikit.. biasanya kedai India yg ada jual..
8. Mamasya: bagus jugak idea Mamasya ni.. mungkin suatu hari nanti bolehlah kot cuba2.. tapi ada ker yang nak beli..
9. Alim – umi najla: Alim oooo.. tu idea meniru ajer… Alim pun boleh buat gak kot.. kan Alim pun pandai bab2 deko mendeko..
10. Daalia: a’ahh.. kita sibuk menggubah.. Dini sibuk main kamera.. sebenarnya byk lagi gambar dia ambil.. dia posingkan bunga2 tu.. tah apa2 yg dia posing.. habis semua kita delete..
Re: mungkin boleh tiru celebrate kat taman besday anak2 satu hari nanti… tq for the idea..
11. Nisa : TQ…
12. Masriyah: buat masa ni tak pernah belajar kat mana2 lagi Yah… tapi semula jadi MaDiHa memang minat gubah menggubah ni.. bila tengok gubahan ajer.. dah boleh buat sendiri… mungkin sebab minat kot tu yg jadi terang hati tu
13. Zilzal: sesekali kita cuci2 mata dgn bunga pulak…
14. Roylazim: terima kasih.. bolehlah akak cuba buat sendiri bila anak2 nak bertunang or kawin nanti..
15. Tariqzaidanirah: terima kasih laa… akak meniru ajer tu
16. Jeff: kita pun suka gak tengok sirih junjung.. mata tu dok melilau ajer hantaran org kalau pegi kenduri kawin.. bukan apa.. nak cilok idea lah tu..
17. Lee Lin: tulah.. skrg ni mcm2 peten ada sirih junjung ni.. heheh.. tajam betul pemerhatian Lee Lin.. bila u kata gitu.. barulah I teringatkan skirt penari hawai.. memang ada iras2..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net