Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 12-Dec-2007 07:08 Email | Share | Bookmark
Sayur, sayur & sayur lagi.....

vege salad
sup sayur
salad dari pizza hut
daging goreng yg dilitupi sayuran
Tak tau nak masak apa... tambahan pula dlm peti ais tak byk stok lauk... jadi.. sayur ni lah yg jadi dinner kitorang mlm tadi selain lauk semalam yg dipanaskan..

Quote:
Ini vege salad... ku buat gara2 tak puas makan salad Pizzahut yang diorder masa M.I.L dtg aritu.. (order pizza masa kitorang balik dari melawat muzium tuu...)
senang ajer nak buat salad ni... potong sayur kesukaan anda.. MaDiHa guna cucumber, salad, tomatoes & carrot.... then tuangkan thousand island sauce... dah pun siap..


Ini lagi best... almost same ingredient.. but came out with two different dishes... yummyyyyyyyyyy.....
Buat dua dishes ni bukannya apa.. pasal versi goreng tu.. kita nak buat pedas sikit nak dimasukkan cili padi.. jadi terpaksalah masak satu lagi versi sup dari sayuran yg sama (cuma buncis tak dimasukkan) khas untuk anak bujang kita si Haziq yg tak boleh makan pedas... tapi suka sangat makan sayur..

Resepi ni dah pernah masuk entry yg lepas2 tapi takper... kita c&p lagik.. ada sikit2 ubah dan sayuran pun bertambah kali ni.. (sebenarnya.. masak lauk ni boleh aje nak tambah itu ini mengikut citarasa sendiri )


Quote:
DAGING GORENG (BERSAYUR )
Sumber : Sendiri

Bahan2
500 gm daging - potong 3 dan direbus hingga empuk.. baru dihiris nipis & lebar2 (stok daging jangan dibuang.. nak digunakan utk sup sayur nanti)
1 biji carrot - hiris serong
1 biji brokoli - potong saiz kesukaan anda
segengam kacang buncis - potong serong
4 biji cili hijau- hiris (takde stok plak kat umah)
8 biji cili api - ditumbuk
4 ulas bwg merah - ditumbuk
1 biji bawang besar - mayang
2 inci halia - hiris lebar2 or halus2
2 ulas bawang putih - ketuk & cincang
sedikit tepung gandum
garam & perasa
serbuk kunyit
minyak utk menggoreng

Cara2 Memasaknya
-Daging yang direbus dan dihiris tadi digaul dengan garam dan kunyit. Kemudian direnjis2 dengan sedikit air. Taburkan sedikit tepung gandum supaya melekat pada kepingan daging. Gaul rata.
-Panaskan minyak dan goreng daging tadi hingga garing.. angkat dan ketepikan dulu.
-Kurangkan minyak dlm kuali tadi.. tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan bahan2 tumbuk, halia & bawang besar.. Kacau2 sebentar kemudian masukkan cili hijau dan carrot. Tambah air sikit jer jika perlu utk melembutkan carrot. Masukkan brokoli & buncis.. kacau rata.
-Masukkan garam dan perisa... kacau kejap. Last sekali masukkan daging goreng. Kacau rata dan bolehlah dihidang.


Inilah dia sup sayur kegemaran Haziq..
Quote:
SUP SAYUR CAMPUR SEMPOI

Bahan2 (agak2 jer yer)
Daging rebus (kita guna daging tadi amik sikit jer.. Haziq tak suka mkn daging)
Brokoli
Carrot
Bawang besar - mayang
Bawang putih - mayang
Stok daging (air rebusan daging tadi)
Sos tiram
Minyak jagung
garam

Cara2
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg dimayang. Masukkan stok daging, sos tiram, garam sikit je... Biar mendidih.. masukkan daging, carrot & brokoli... tunggu kejap.. agak2 sayur dah masak tutupkan api & hidang.


JOM SEMBANG
Quote:
1. Meorjay: yup.. betul sgt tuhh..
2. MamaFaMi: samalah kita mama.. suka ratah sayur.. tp madiha ni bukan sayur ajer.. segala mcm lauk pun suka ratah.. hehehe.. (mana tak bulat! )
3. Nabialishad: Itulah pasal.. beli punya tu sikit jer.. tak puas mkn.. buat jugak berbaloi.. modal pun murah! Yup.. budak2 mmg suka lauk yg berkuah tak kira masak ayam atau sayur.. haziq siap hirup lagi kuahnya..
4. Yatie: kalau ikutkan hati memang habis semangkuk ratah sayur… tp.. takut nanti mkn nasi tak berlauk pulak.. (tp kalau nak diet betul2.. mkn sayur pun dah cukup kan.. haii.. bilalah akak nak start diet nih! )
5. Ida isk: sesekali ajer menu sihat.. yg berkali2 tu.. menu tak hingat kesihatan langsung..
6. Nur: sebenarnya elok mkn sayur byk kan..? tp tulah.. tekak ni.. takleh tinggal gak dgn nasi…
7. Arrembawi: baguslah mkn salad selalu.. badan pun sihat..
8. Daalia: alahaiii… kita bukannya diet pun.. sajer ajer tu.. tekak teringin nak mkn sayur byk.. hehe…
9. Ciku_nunu: Ishhh.. akak mmg suka sayur.. tak kira sayur apa.. semua suka… tp ni menu bukannya kata sebab diet.. tp sebab dah takde idea nak masak + lauk dlm petiais dah habis… masak jelah sayur lebih pun sedap gak…
10. Masriyah: budak2 mmg suka dgn brokoli.. anak2 madiha pun sama.. dua2 minat brokoli..
11. Mamasya: Anak2 madiha lak.. si haziq mmg hantu sayur.. tak kisah sayur apa semua dia mkn kecuali sayur yg pahit2 tu tak mkn la.. tp si dini agak memilih.. certain2 sayur jer dia mkn.. tp brokoli mmg fav diaorang!
12. Srsfeqah: betulllll… buh banyak lagi sedap.. tp kalau buh byk2.. dah tak jd menu diet..
13. Abah along: abah.. kalau mkn sayur byk tapi nasi 3 pinggan.. tak turun gak perut tu.. hehehehehe.. jgn marah abah.. madiha gurau ajer…



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net